Tuesday, 5 September 2017

# sapikah jalan jalan

GIRLS DAY OUT #2


Assalamualaikum.

so sabtu lepas which is hari raya aidiladha yang kedua, my girls and i keluar. bukan keluar beraya ye gais, keluar habiskan duit haha. matlamat utama kitaorang nakpi karaoke. lepas tu, kitaorang dah pusing kemain banyak kali pusat karaoke semua takbukak hahaha yelah masa tu baru pkul 12 lebih, awal lagi yedok hahaha so kitaorang pun macam kita pi makan lah dulu. kitaorang pusing jitra ke alor setar masuk brapa kali tol dah hahaha. yang si driver jelah duk beria pasang lagu lah yang penumpang semua lali dah sebab boringkan. so kitaorang decide nak makan sushiking kat as mall. ingatkan nak tengok movie sekali tapi semua movie takbest dan matlamat kami nak karaoke so kenalah karaoke. kalini pi sushiking bawak duit lebih sikit hahaha tu pun sampai skrg takboleh moveon, i want moreeeeee.

benda pertama yang diambil

sikit je tak macam orang lain haha

haritu pergi order ni, kali ni pun order ni jugak hahaha


sikit sikit pun RM100+ hahaha baik makan kat rumah 

alhamdulillah kenyang hahaha

lepas je habiskan duit kat sini, kitaorang pun macam pusing pusing kejap dalam mall, masuk watson, touchup lipstick guna yang tester lol hahahahaha tapi sha ada pakai satu lisptik ni dari in2it, kan lepas dari makan ni kitaorang gi karaoke kan, kat karaoke tu ada pakej which is kalau 2 jam dapat sejag air hahaha dan dua jam Rm25 je???? ah cant brain sebab selama ni dukpi karok sejam RM20????! lol ok berbalik kepada lipstick tu hahaha, bila dah penat keluarkan suara sambil sambil tu minum kan, pastu masa nak balik dalam kereta macam saja nak selfie kan, teka apa? lipstick tu duk elok cun melecun lagi uolls. sha pun mcm terkejut la, sebab kebanykkan sekarang lipstick mmg lepas makan or minum memang habis la kan? ni tak ok, ada duk merah elok lagi hahaha dan lipstick tu harga dia bawah RM20?????? penat pulak beremosi sambil cerita ni hahaha yelah excitedlah kan sebab kebanyakkan lipstick sha kalau minum memang ke touchup. ok dah. balik tu singgah KFC belikan untuk family masing masing sebab dah keluar sehari kan hahaha. yang kat KFC pulak kan, kitaorng mcm beratur lain lain baris la, sambil beratur macam leka main phone kan, lepas je siap apa semua pusing belakang penuh KFC hahahahaah padahal td kitaorang beratur tkde orang sangat pun, fuh sebaik awal sikit hahaha. letih ok walaupun macam takdak apa pun yang buat hahaha serious letih, malam tu lepas je isyak terus lelap sampai pagi.

sejak masing masing dah belajar, kerja ni meamng susah nak berkumpul, macam mana pun mesti ada yang takboleh ada hahaaha. jadi bila raya lah kitaorang dapat kumpul sama sama, walaupun kat group whtsapp pun takbehenti gosip (hahahahaha) dan bercerita tapi taksama macam jumpa face to face, well sha sangat menghargai masa masa dengan orang yang sha sayang. sekian cerita untuk kali ni, sehingga bersambung raya next year pulak kot hihi bye, assalamualaikum.

13 comments:

  1. milo tu mengancam >,< maunya tak mahal makan kat luar , service tax dah 10%

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. Samalah.. Kawan dari zaman sekolah rendah lagi masih in-contact kat whatsapp dan kalau ada event besar2 je kitorg dpt jumpa semua. Hihi

    ReplyDelete
  3. Samalah.. Kawan dari zaman sekolah rendah pun still in-contact lagi n berjumpa pun kalau ada perayaan jelah. Haha

    ReplyDelete
  4. Amboi sushi kita kurang sikit tapi ada juga makan hehehehe bestnya..

    ReplyDelete
  5. Makan sushi tuuuu. Setahun sekali je akak bleh. Sebab takda peminat dalam family. So makan sorang-sorang je. Nanti bleh la girls day ngan akak pula. hahaha

    ReplyDelete
  6. Tengok org mkn sushi mcm sedap je tp akak xmkn sushi

    ReplyDelete
  7. Sis punya fav sushi king. Kalau makan kalau boleh sume nak rasa..hehehe.

    ReplyDelete
  8. sesekali buat sesi gilrs day out ni memang best kan.. boleh borak2 smpai lebam dengan gegerls yang lain..

    ReplyDelete
  9. Ala rindu nak makan sushi. Tapi yaya makan sushi yg dimasak je yg mentah takleh telan haha memey mahal sikit sekali sekala boleh la kan

    ReplyDelete
  10. Sushi king memang favorite akak & anak. Kami berdua kalau girls day out memang tuju sini la...hihi

    ReplyDelete
  11. kita pun selalu buat jugak masuk mall pi try yang tester tu. hehehe

    ReplyDelete
  12. Best lah! That day during Sushi King promo I also go there makan with my friends.

    ReplyDelete