Monday, 10 July 2017

# sapikah jalan jalan

CUTI #PART2


Assalamualaikum.

Im back again. so berbalik kepada my prev entry (here) rasa macam perlukan sebulan untuk siapkan semua entry ni hahahaha. malas nak bebel panjang so here we go!

5 JULAI 2017, RABU , 11 SYAWAL

kitaorang sekelas ex 6A2 2015 (7 orang je lol) bercadang nakpi beraya kat rumah cikgu kitaorang, cikgu sejarah. walaupun dia bukan cikgu kelas kitaorang tapi rapat sangattt dengan dia sebab kasih sayang dia tu phewwww. our ex ketua kelas whatsapp sorang sorang (well ada 7 orang je kan) tapi ayat dia sumpah kelakar gila hahahaha icry

ni whatsapp yang first hahaha ayat dia ><'' *btw ni whtsapp yang diforward sahaja*
ni whtsapp yang bilamana dah dapat tarikh nakpi hahaha
so kitaorang yang geng perempuan decide nak keluar pukul dua sebab kitaorang memang kalau jumpa cikgu ni, susah nak balik so macam nak pi lama sikit la. yang lelaki cakap pukul 3 baru nak datang. lepas tu dalam 2;30 lebih baru gerak hahaha biasalah melayu :p bila sampai je mestilah nak bersalam salaman bermaaf maafan kan? tau tak cikgu kitaorang patah jari tapi dia takcakap pun masa dia call ketua kelas kitaorang tu :( cikgu cakap kalau nanti bagitau yang jari dia patah mesti semua orang takdatang. tapi betullah kan sebab taknak susahkan dia. cikgu pun ceritalah yang jari dia patah masa 20 ramadhan, kiranya raya tahun ni takde ketupat apa semua tu lah. kesian cikgu sebab dia kan jenis kalau orang pi rumah dia, dapat makan dan dapat makanan siap hahaha. sembang punya sembang pukul 3 lebih dah, geng laki taksampai lagi. cikgu pun cakaplah, kita makan jelah dulu :3 walaupun dengan keadaan cikgu macam tu, cikgu buatkan kitaorang spagetti uolls. dalam pukul 4 lebih baru geng laki datang hahaha perkataan geng tu mcm ramai je kan padahal dua orang je sebenarnya lelaki dalam kelas hahaha

simple gila spagetti ni tapi sumpah sedap 
lepas tu dalam pukul 5 kitaorang nak balik sebab ada tempat lain lagi nak pi. tapi macam biasa, bila nak balik je mesti cikgu mcm nak cerita lagi hahaha so mcm tersekat sekat :p tapi memang kena balik jugak sebab macam sha memang takboleh balik malam so kami pun ajak la cikgu bergambar hahahaha 

cikgu yang ketiga dari kanan
haaa ni jelah classmate sha time form6 hahaha paling sikit kot, 7 orang je ;p dua lelaki, 5 perempuan. kalau dulu, dua orang takpi skolah macam kosong kelas hahahaha tapi bagusnya pelajar sikit ni cikgu senang tumpukan perhatian dan yang takbagusnya taksempat nak lelap cikgu dah nampak hahahahaha.

selfie dengan cikguu
macam acah acah candid hahaha
dalam pukul 5;30 macam tu baru balik hahaha pastu singgah sana sini, memang letih gila lah kan. dannn kitaorang duk bincang nak pi beraya rumah cikgu kelas kitaorang pulak sabtu ni heheh #rayakansebulan

3 comments: