06/01/2017 - 07/01/2017 - shfyqhazhr

Friday, 23 June 2017

ZALORA : LUBNA COLLECTION

14:28 3
ZALORA : LUBNA COLLECTION

Assalamualaikum!

Zalora? What is Zalora? ZALORA is Asia’s leading online fashion destination. They offering an extensive collection of over 500 top international and local brands and designers, our customers can shop from thousands of products across men’s and women’s fashion apparel, shoes, accessories, and beauty categories online. But today, i would like to share with you about LUBNA COLLECTION.

Lubna is a brand which definitely makes any women fall in love with as their collections are up-to-date and follows the perfect feminine styles. Designing with creative elements and based on what’s in trend, women who are looking for the perfect ensemble for Hari Raya can take a look at what Lubna has to offer. Here are the top three favourite picks from Lubna Collection which absolutely exudes sophistication and modern twists to your entire look. 

THREE LUBNA FAVOURITE PICKS TO STYLE THIS COMING RAYA

1. Pom Pom Crop Flare Kurung

The Pom Pom kurung stylish pattern definitely is the popular pick as its unique design makes it perfect to show off for Eid Day while portraying your feminine side. The Pom Pom details and flare sleeves will make you feel like a modern princess. Not only that, it definitely makes you be different from anyone else flaunting this new exquisite style. 

2. Lace Kurung 

Lace will never go out of style and it seen to be among the top best-seller pieces from Lubna. Choose from the various lace kurung designs available which represents your personal taste. Accessorize the lace kurung of your choice with jewellery or handbag but make sure to keep it simple to not overshadow the beauty of the lace. 
3. Metallic Pleat

For the individuals who are looking for something more glamorous, Lubna also offers a metallic pleated kurung which shows off an exclusive side of you. Match it with a plain hijab design for the hijabistas or go for simple jewellery to put focus on your metallic ensemble. 

So what is your favourite pieces from Lubna Collection? Share it with me in the comment section below.
Selamat Hari Raya!

Thursday, 22 June 2017

TIPS PENJIMATAN MINYAK

16:10 5
TIPS PENJIMATAN MINYAK

Assalamualaikum.

Bagi yang tengah busy mengemas nak balik kampung tu, sini sha nak share tips jimat minyak. Ada orang send this kat whtsapp. Selamat pulang ke kampung semua! raya mana tahun ni? ;)

minyak kereta, balik kampung, jimat

how to save fuel

HADIAH DARIPADA SUARIAMANDA.COM

12:29 3
HADIAH DARIPADA SUARIAMANDA.COM

Assalamualaikum,

Macam mana dengan mood raya? harini sha nak bagitau yang sha ada dapat sebuah buku daripada kak SA ♥


Alhamdulillah bertambahlah koleksi buku sha (baru ada dua) terima kasih SA ⇢ SURIAAMANDA

Sunday, 18 June 2017

GIRLS DAY OUT #1

12:13 9
GIRLS DAY OUT #1

Assalamualaikum.

Semalam, jumaat 16 Jun 2017, sha cuti yay! so yesterday was a very tired day hahaha lama gila tak keluar shopping T__T semua ni takrancang sebenarnya, dan sebenarnya lagi sha rancang nak keluar dengan orang lain kahkah!(tulah orang cakap kita hanya mampu merancang) tapi disebabkan sepupu yang ajak sha iyakan jelah dan terpaksa cancel dengan kawan . family first gituh. pada mulanya sha lah yang ajak si leka ni keluar sebab bosan duk rumah (puasa puasa nak merempit jugak) tapi dia cakap takmau pi jauh jauh sebab panas, sha pun okay je lah janji dapat kluar. lepas beberapa minit cousin sha call "nurul, teman aku pi jitra bla bla bla , 2:45 siap" hahahahaha dengan berat hatinya sha terpaksalah cakap kat si leka yang sha nak keluar dengan cousin sha. sebaik dia okay ja sebab katanya keluar lepas ni lah baru boleh makan!

dalam pukul 2:50 petang macam tu kitaorang bertolak ke Jitra~ benda first yang nak buat adalah cod telekung hahahaha sejak bilalah sepupu aku jadi penjual telekung ni. act, dia jadi orang tengah je. so lepas cod telekung tu kitaorang pi Aneka (sekarang dah tukar nama rasanya) sebab cousin nak tukar kasut yang dia beli tak kena size. lepas dah settle semua mulalah tanya nakpi mana nakpi mana hang ke mana hahahahaha pastu ikut hang la, la hang nakpi mana -_- last last kitaorang pi Cmart Tanah Merah. tapi sebelum masuk cmart kitaorang masuk Mr DIY dulu. bermulalah sesi menghabiskan gaji~ kami jalan dari pintu masuk sampai ke hujung kedai. ada jugak la dua tiga kali pusing hahaha biasalah perempuan kalau shopping kan! sha beli sikit je sebab takde benda pun rasa nak beli hahahaha 

jeng jeng jeng
sha beli empat barang ni je, total RM17+ ; getah ikat rambut, earphone, botol spray kosong & beauty blender 
benda paling eksited nak try yang ni lah hahaha so far dalam tahun ni sha dah beli lebih dari 5 kali earphone uolls! ada yang murah ada yang mahal hahahaha yang geram bila yang mahal tu rosak la, kalau yang kedai Rm2.12 rosak boleh terima lagi. dan sha memang berpuas hati dengan earphone yang ni. adik sha siap pesan suruh salotip tempat yang selalu senang putus hahaha! earphone RM7.90 :)

lepas masuk DIY dan dah penat pusing - pusing kitaorang masuk Cmart (dorang sebelah sebelah je) ingatkan nak masuk kedai Max10 (kedai yang barang dia harga max RM10) tapi takbukak pulak huhuhuh dah masuk cmart sebenarnya nak pi watson je tapi cousin ajak jalan jalan dulu. ya Allah dia punya sales memang gila lah, 50% lah 70 % lah, handbag semua elok elok belaka (icry) bukan handbag je uolls, kasut, sandal apa semua lah, memang banyak gila sales! so siapa yang stay kedah tu boleh lah p cmart tu (promote jap) dekat luar cmart tu pun ada jugak booth - booth yang jual kasut copy ori (RM50) , baju (RM20 - 25) tapi kami taktengok pun lah, sebab kalau tengok mesti nak beli hahaha. lepas tu kami masuk watson, sha sebenarnya nak beli blusher -_- tapi pi beli benda lain hahahaha ;


dekat watson pun beli 4 barang jugak hahaha ; face mask (benda wajib), toner (sumpah toner ni best gila) dan tisu yang serap minyak tu (hahaha) total : RM47+
pagi semalam kan, sha keluar dengan makcik pi pasaraya kawang, sha memang nak beli dah toner tu tapi fikir balik, tanya lah sapa sapa kot ada yang nakpi jitra kan sebab harga kat kawang (RM23.90) sebaik takbeli uolls, sha beli kat watson RM19+ JEEEEE hahaha nak meroyan sha tengok harga dia semalam :p dah save banyak ringgit jugak lah kan. yang kertas serap minyak tu saja je beli (sebab comel) tapi mana lah tau kan hari raya nanti muka berminyak ke :p sha tak ingat pulak harga dia hahaha tapi semalam dah duk lap muka pakai benda tu kan, takde minyak pulak sedih :( 

balik je dari cmart kami singgah bazar ramadhan kat balai pos hahaha idk why nama tempat tu macam tu.banyak jugak orang yang menjual tapi sha jadi taktau nak makan apa so belikan kuih dekat nenek, nasi ayam kat adik dan shawarma kat sha. sumpah sedap gila shawarma dia (nak nangis) T__T adik sha pun cakap sedap kiranya memang sedap lah kan? sha ingat sebelum raya nanti nakpi beli lagi sekali hiks.

selesailah perjalanan sha semalam huhuhu balik tu memang letih gilalah kan, rasa macam terlekat kat katil ;p 



Thursday, 15 June 2017

OST ANDAINYA TAKDIR | MUNGKIN - MELLY GOESLAW (LIRIK)

10:58 3
OST ANDAINYA TAKDIR | MUNGKIN - MELLY GOESLAW (LIRIK)


LIRIK :-

Mungkin
Aku bisa bercinta dengan kamu
Kendati kata kata mu selalu
Menusuk jantung melukai ku

Mungkin
Ku mau memaafkan mu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskan mu dari kata pisah

Mungkin sang fajar
Dan sayap sayap burung patah
Menyaksikan kita berseteru
Slalu tak pernah damai

Mungkin cintaku terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama mungkin

Mungkin
Ku mau memaafkan mu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskan mu dari kata pisah
Mungkin...

Mungkin
Ku mau memaafkan mu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskan mu dari kata pisah

Mungkin sang fajar
Dan sayap sayap burung patah
Menyaksikan kita berseteru
Slalu tak pernah damai

Mungkin cintaku terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama mungkin

Mungkin....

Tuesday, 13 June 2017

KDRAMA : FIGHT FOR MY WAY

22:00 6
KDRAMA : FIGHT FOR MY WAY

Assalamualaikum.

well sha pun macam gegirls lain jugak yang suka layan kdrama hahaha tapi kan kawan sha yang lelaki pun ada je yang layan kdrama hahaha! so my current favorite kdrama is FIGHT FOR MY WAY.


Drama: Fight for My Way (English title) / Fight, My Way (literal title)
Revised romanization: Ssam, Maiwei
Hangul: 쌈, 마이웨이
Director: Lee Na-Jeong
Writer: Im Sang-Choon
Network: KBS2
Episodes: 16
Release Date: May 22 - July 11, 2017
Runtime: Mon & Tue 22:00
Language: Korean
Country: South Korea

Description: A romance drama about two people who chase their dreams in life, despite facing harsh reality which brings them down. In their school days, Ko Dong Man (Park Seo Joon) took part in Taekwondo. Now, he makes a living by working as a contract employee and also goes after the UFC title. Meanwhile, Choi Ae Ra (Kim Ji Won) hope to become an announcer, but she gave up her dream. Now, she works at the information desk of a department store.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

antara sebab sebab sha suka dengan cerita ni adalah sebab cerita mengenai persahabatan lelaki dengan perempuan hahaha. tahu tahu jelah kan kalau lelaki dengan perempuan berkawan rapat mestilah salah sorang terjatuh hati. lagipun cerita ni kelakar kot. kiranya takbosan lah bila tengok sha tunggu tiap tiap minggu tau episod baru... hari selasa je mesti bukak dramanice nak download cerita ni hahaha tapi kat dramanice cerita ni tajuk dia Third -Rate My Way (sha pun taktau apa sebab dia haha) so kalau korang nak tengok cerita ni  sha dah sediakan link untuk ke page dramanice tu okay? → FIGHT FOR MY WAY









bye! see u in next post!❤

IKLAN RAYA SEDIH 2017 #bahuluemak

15:46 0
IKLAN RAYA SEDIH 2017 #bahuluemak


Kesinambungan #bahuluemak 2016


sumpah sedih huhuhuhuhuhuhu nak terjatuh air mata iolls tengok tadi 

HADIAH DARIPADA CHEESE AND CINCAU

10:21 0
HADIAH DARIPADA CHEESE AND CINCAU

Assalamualaikum.

sha dapat this parcel last week tapi harini baru rasa nak update hahaha sumpah makin malas sekarang ni. sha dapat face mask dari :- CHEESE AND CINCAU


sha tak try lagi mask ni sebab nak habiskan dulu mask mask yang sha dah beli haritu (baca sini). tapi sha dah pernah guna mask brand SEP ni, memang best gila! sha pakai yang madu dengan greentea kalau taksalah. ingat nak pakai ni pagi raya hahaha boleh gitu? :P btw thankyou for this mask Nita ;) 

JOM VISIT BLOG NITA :-

Saturday, 10 June 2017

100 | me myself and i

16:40 10
100 | me myself and i


1. suka makan dan makan. lagi suka makan kalau orang yang nak belanja.

2. dulu suka pedas, sekarang kurang

3. tak suka berjalan berlari dan seangkatan dengannya

4. terlalu sayang untuk meninggalkan katil

5. taksuka ber voice note di whatsapp sebab nanti malu kalau dengar suara sendiri

6. kalau pakai tudung lepastu tak terbentuk langsung, tu lah jadi kali pertama dan terakhir pakai tudung tu.

7. tak suka pakai kasut tumit tinggi. sliper dah cukup

8. dalam purse banyak resit dari duit

9. taksuka pi kedai sorang - sorang

10. taksuka makan sorang sorang

11. setiap tahun tukar phone sebab selalu rosak hm

12. setahun 249476 kali beli earphone

13. seorang yang kedekut kalau guna duit sendiri dan pemboros kalau guna duit orang

14. dulu seorang yang taktau satu benda pasal makeup dan sekarang hahahahaah

15. beli makeup tapi taksuka makeup

16. beli alat makeup sebab nak puaskan hati

17. taksuka makeup sebab kesian muka takboleh nafas :p

18. jarang skip night routine kecuali malas tahap dinasour

19. selalu skip morning routine bila hari cuti

20. takpernah takcuci muka sebab nanti minyak kat muka boleh goreng ikan

21. selalu tukar cleanser (bila habis satu cleanser terus tukar jenama lain)

22. suka pakai baju kurung

23. takreti pakai instant shawl

24. boleh masak semua jenis masakan tapi kena tengok resepi (insyaaAllah sedap sebab masak dengan penuh kasih sayang)

25. taksuka sejarah tapi suka math

26. pernah bercinta 9 tahun tapi masih tak kahwin (well baru 21 hahaha!)

27. tak ramai kawan sebab taksuka kawan dengan ramai orang

28. orang cakap belagak sebab tak tegur dorang. macam mana nak tegur kalau nampak pun tak

29. morning routine yang wajib : cleanser , toner, serum, moist, sunscreen, day cream

30. night routine yang wajib ; cleanser , toner, serum, night cream

31. malam malam kalau malas , lepas pakai cleanser terus letak bedak cina kat jerawat (tips)

32. taksuka pakai jeans

33. suka pakai helmet + sweater

34. sebelum tidur wajib dengar lagu

35. taksuka menangis depan orang

36. bukan jenis cakap sorang sorang

37. takut katak melebihi takut kepada lipas

38. taksuka sapu sampah

39. taksuka mengemas

40. taksuka bilik selerak

41. suka kemas katil sebelum tidur

42. taksuka kemas katil masa bangun

43. takdak bantalk busuk

44. suka simpan barang yang orang bagi

45. taksuka panas

46. taksuka bising (kalau iolls menyanyi melalak takpa :p)

47. kalau rajin rajin melampau, kalau malas nak gerak pun malas

48. suka panggil adik or cousin untuk ambikkan barang depan mata (and they be like ; ee kaklong ni) hahaha!

49. suka tengok orang lain bahagia

50. susah nak cakap tak kalau kawan kawan ajak keluar

51. guna 4 number ; maxis, celcom, digi, umobile (semua number ada krdit ok)

52. suka shopping online

53. takdak lesen

54. taksuka tempat yang banyak orang

55. takboleh duduk kalau takdak kipas

56. sejenis yang suka berpeluh

57. suka support perniagaan kawan kawan (walaupun beli takguna)

58. taksuka kena marah

59. suka kdrama tapi bukan kpopperr

60. taksuka kdrama yang pakai baju tradisional

61. taksuka kdrama yang lawan lawan

62. suka kdrama yang cinta cinta ja kahkahkah

63. tidak mempunyai hubungan yang serious dengan mana mana lelaki buat masa ni (mungkin terus kahwin)

64. ada empat orang kawan baik yang sangat memahami saya dan perut saya

65. suka meroyan di twitter, status whatsapp dan story ig

66. jarang update cinta cinta di FB (banyak sedara mara)

67. jarang sedih tapi selalu letih dengan dunia

68. pernah ada myspace, tagged, ask fm semua benda soc med la tapi takguna pun

69. mula berblogging since 2012 tapi behenti selama 4 tahun lebih

70. cita - cita dulu nak jadi cikgu (takdapat jadi cikgu sekolah jadi cikgu untuk anak - anak jelah nanti)

71. banyak masa terluang tapi lebih suka tidur daripada hadap benda lain

72. suka beli buku masakan (yelah takpandai masak kan)

73. suka benda free

74. taksuka makan gula gula tapi suka coklat

75. suka cheese

76. nasi lemak kerang is bae

77. fav youtuber : zakirah zainal , sterk production

78. email yang saya guna hingga sekarang adalah email yang cikgu ict suruh buat utuk hantar hw masa form 4 form5 (tq cikgu)

79. taksuka senyum (awak bukan camera)

80. seorang yang super dupper gila bila dengan bestfriend

81. selalu terpaksa dengar masalah cinta kawan kawan walaupun saya takbercinta

82. walaupun jarang masak tapi kalau sekali masak esok mesti ada orang suruh masak lagi

83. suka budak budak (biasalah adik dah 18 takkan nak dukung dia kan)

84. boleh share kasut dengan adik

85. adik tinggi dari saya

86. takdak sepupu sama umur

87. sepupu paling tua umur 30+++

88. sepupu paling muda umur 7 tahun

89. seorang kakak yang garang tapi adik takpernah takut pun

90. dibesarkan dengan sedara lelaki yang ramai tetapi tak pernah nak jadi lelaki sebab memang lembut

91. pandai berlakon dan menyanyi walaupun orang menyampah

92. ya berlakon sukakan seseorang walaupun benci gila dan pandai berlakon malas nak layan padahal suka gila bila dia tagur

93. boleh berkaraoke selama 2 jam ke atas hahaha

94. taksuka masuk cinema sebab bosan

95. takut nak bercinta

96. taksuka round about sebab pernah exciden kat round about stadium darula aman 2015

97. suka window shopping

98. ada darah mamak penang tapi hidung tak mancung sbb hidung mancung dapat kat adik

99. niat nak kahwin dengan orang dekat sebab takmau travel jauh jauh bila raya tapi teringin nak balik kampung hahahahahaha

100. sukakan pekerjaan yang sekarang walaupun gaji beshe beshe je

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

mengambil masa hampir sejam untuk meng-listkan 100 benda ni hahaha nanti kalau rajin kita buat lagi :p see u in next post!


ALAHAI

12:20 0
ALAHAI


Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua. alhamdulillah harini dah 15 Ramadhan. rasa kejap je kan bulan ramadhan tahun ni, tinggal beberapa hari je lagi. persiapan raya macam mana? ke masih takde mood? hahahaha jangan biar mood tu menghantui diri anda takut nanti baju takde size :p

sha nak cerita pasal semalam (9 Jun 2017) ; hari yang agak kelam kabut dan teruk -_____- nak dijadikan cerita hari khamis sha cuti, bila cuti tidur je lah kan lepas tu bila dah malam takboleh tidur sebab dah puas tidur time siang. tak silap sha dalam pukul 3 lebih jugak sha tidur lepas tu bangun sahur 4:45 macam tu lah, memang makan sikit je sebab nak kejar tidur huhuhu walaupun dah berazam taknak tidur lepas sahur kan. lepas tu tidur kejap 6 lebih bangun subuh lepas tu tidur lagi -_____- lepas tu 7 lebih bangun mandi semua kan, cakap nak tidur kejappppppp je, lepas tu terjaga lewat dalam pukul 7 nak pukul 8 hahaha sha dah la masuk kerja 8:30. nak dijadikan cerita, toner dan perfume sha botol nak sama cuma bezanya perfume kat luar raga dan toner dalam raga. sebab mengantuk tahap dinasour kan, sha TERSPRAY PERFUME kat muka hahahahahaha lepas tu segar terus tapi pedih gila sebab muka sha ada luka sikit. lepas tu pi kerja apa semua, taktau la samada sha je ke yang rasa tapi semalam memang panas gila. letih dia lain macam, letih rasa nak marah semua orang hahahaha. so malam semalam sha tidur awal o/ satu sebab letih, dua sebab takde Andainya Takdir :p

Sekian cerita dari sha. lepas ni janji dah taknak tidur lewat ngeh ngeh

Friday, 9 June 2017

LIRIK PESAN | IRFAN HARIS

11:28 1
LIRIK PESAN | IRFAN HARIS


LAGU - HAQIEM RUSLI
LIRIK - IPPO HAFIZ / IRFAN HARIS / HAQIEM RUSLI
PENERBIT - IPPO HAFIZ 
EDARAN - INDIGITAL MUSIC SDN BHD 
Mix & Mastering - AHMAD HUZAINI

disaat ku tiada nanti
tiada lagi disisimu
jangan kau bersedih dan menangis

engkau insan yang ku sayang
yang paling ku kasih dirimu
amat bererti dihifupku

nanti diakhir nafasku
lihatlah ku buat kali yang terakhir
doa - doakan lah aku
disaat aku menghadapNya

jaga dirimu sayang ku
disaat ku bila tiada disisimu
semoga cinta kita kan bersama dihatimu

jadikan aku yang terakhir
sampai nafas ku terhenti dihujung waktu
saat ku kirim cinta yang abadi

nanti diakhir nafasku 
lihatlah ku buat kali yang terakhir
doa - doakan lah aku
disaat aku menghadapNya

jaga dirimu sayang ku
disaat ku bila tiada disisimu
semoga cinta kita kan bersama dihatimu

jadikan aku yang terakhir
sampai nafas ku terhenti dihujung waktu
saat ku kirim cinta yang abadi



Wednesday, 7 June 2017

TAWAR HATI

21:00 2
TAWAR HATI



tawar hati.
dulu sayang, sekarang?
dulu rindu, sekarang?
dulu bila tiada mesti tercari - cari, sekarang?
dulu kita nampak terhegeh - hegeh tapi sekarang?

orang selalu rasa kita akan sayang dia sampai bila bila,
orang selalu rasa kita akan rindu dia selalu, setiap masa,
orang selalu rasa kita akan cari dia sampai bila bila,
orang selalu rasa kita akan terhegeh - hegeh nak kan dia sampai bila bila.

tapi
orang tu lupa yang kita hanya manusia biasa,
orang tu lupa yang kita juga ada hati,
orang tu lupa yang kita ada perasaan,
orang tu lupa yang kita pun boleh tawar hati.

bila kita dah taknak dia,
bila kita dah tak sayang dia,
bila kita dah tak rindukan dia.,
bila kita tak lagi tercari - cari dimana dia

dia datang.
dia datang cari kita,
dia datang terhegeh - hegeh menagih kasih kat kita,
dia datang tanpa rasa bersalah,
dia datang nak kan kita yang dulu.

tapi dia lupa,
dia lupa yang perasaan tu akan hilang
dia lupa yang perasaan tu tak kekal

pada saat itu,
mulalah dia menyalahkan kita
mulalah dia tuduh kita macam - macam

sampai dia lupa
dia lupa apa dia buat pada kita dulu
dia lupa macam mana dia layan kita

orang takpernah menghargai kita,
melainkan saat dia kehilangan kita,
pada saat itu, barulah dia sedar,
dia sedar yang selama ni dia perlukan kita,
ya, perlukan kita
perlukan kita untuk melepaskan bosan,
perlukan kita untuk menolong dia,
bukan mengungkit tapi menyedari kebodohan sendiri.

tapi malangnya,
saat dia sudah sedar,
hati kita sudah tawar,
sudah tawar untuk menyayangi dia,
sudah tawar untuk merindui dia,
sudah tawar untuk menerima dia.

moga dia menyedari kesilapan dia,
moga dia tidak mengulanginya lagi,
moga bahagia.......

Saturday, 3 June 2017

LIRIK ZALIKHA - FLOOR 88

15:43 7
LIRIK ZALIKHA - FLOOR 88

Assalamualaikum


semalam sha ada komen kat satu video kat youtube ni -- Floor 88 - Zalikha. sebelum ni jaranglah sha nak komen kat video kat youtube walaupu tiap kali tengok video mesti baca komen haha dah jadi habit kot. memang wajib rasanya baca komen hahaha. yang taksangka nya dia reply hahaaha kalau tak mesti jadi syok sendiri kan :p masalahnya sekarang sampai sekarang sha takboleh moveon lagi hahaahah! tapi sekarang memang trend kot kan lagu letak nama orang, aisyah, zalikha dan dengar dengar lagu baru hasrita hahaha tapi bila nak letak tajuk lagu shafyqah pulak?? :p

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Composer : Zai Hamzah
Lyricist : Zai Hamzah
Arranger : Harry Khalifah
Producer : Brattbob
Publisher : Rusa Marketing Sdn. Bhd.
Executive Producer : Rusa Marketing Sdn. Bhd.

LIRIK : - 

Seorang gadis yang mencuri hatiku
Anggun terpersona ku melihat wajahnya
Adakah dia merasakan apa yang ku rasa
Degup jantungku bergetar getar

Lirikan matamu menusuk ke jiwaku
Sekali ku pandang membaut ku terpaku
Selalu terbayang akan wajahmu
Adakah kau merasa seperti diriku

Zalikha~Zalikha~Zalikha
Kaulah gadis jelita
Bila ku berjalan sebelah
Terasa rusuk bergetar

Zalikha~Zalikha~Zalikha

Kaulah yang mempersona
Bilaku terdengar suaranya
Hatiku terpaut jadi gila

Adakah dia sudah berpunya
Jika belum ada
Ingin ku berkenalan dengannya

Zalikha~Zalikha~Zalikha
Kaulah gadis jelita
Bila ku berjalan sebelah
Terasa rusuk bergetar

Zalikha~Zalikha~Zalikha
Kaulah yang mempersona
Bilaku terdengar suaranya
Hatiku terpaut jadi gila

Adakah dia sudah berpunya
Jika belum ada
Ingin ku berkenalan dengannya

Friday, 2 June 2017

SAPIKAH & GARNIER

17:30 17
SAPIKAH & GARNIER

Assalamualaikum

source : google.com

harini sha nak share antara skincare yang sha gunakan. yang ni semua jenama garnier. jatuh cinta betul sha dengan garnier ni. walaupun dah jatuh cinta tapi ada jugak sha campur campur produk jenama lain hiks. kulit muka sha jenis normal to oily. so tanpa membebel panjang, lets check it out ;-

dari kiri ; cleanser + scrub + mask , bb cream, scrub , night cream, cleanser, day cream, makeup remover

1. GARNIER PURE ACTIVE 3 IN 1 ( WASH, SCRUB ,MASK)


sha gunakan this one as mask, dia okay tapi mengeringkan kulit. sha jarang jarang jarang pakai, sebab prefer sheet mask. harga RM20++. repurchase : NO! :p

2. GARNIER BB CREAM MIRACLE SKIN PERFECTOR 

sha jarang jarang guna but i love it! jarang guna bukan sebab tak okay tapi malas nak pakai tebal tebal hahahaha lol sha selalu campur this one with moisturizer gel by ulfaa beauty sebab senang nak blend dan takbercapuk. this one sha rasa only have one shade yang sesuai untuk semua ton kulit. harga RM18++. repurchase : YES!

3. GARNIER MULTI ACTION BRIGHTENING SCRUB

ni sha dapat sebab beli cleanser sejenis dia dulu hahaha tapi cleanser tu adik yang guna, so sha ambik scrub dia. sharing is caring uolls. so this scrub is super good. bila lepas guna dia kan, dia akan rasa muka bersih gila! tekstur pun tak kasar. harga dia taksalah RM6+ for 50ml la. repurchase ; YES

4. GARNIER MULTI ACTION WHITENING SERUM CREAM ( NIGHT CREAM)

sha start guna this night cream last year rasanya. this is my second purchase. memang best gila pakai dia, bila bangun tidur muka lembut + glowing haha! tahan lama jugak ni 4 bulan ++ rasanya sebab guna sikit je, dah cukup untuk membuat kulit anda terasa lembut hahaha. harga RM8+ . repurchase ; YES

5. GARNIER PURE ACTIVE MATCHA DE - TOX

so! back to a few month before, muka sha a lil bit breakout (bukan sebab any product tapi sebab persekiraran) so sha decide nak guna this cleanser walaupun baca review dorang cakap agak mengeringkan kulit. full review here → REVIEW GARNIER PUREACTIVE MATCHA DE-TOX . harga ; RM6.90 packaging kecil, RM 13.90 packaging besar. repuchase ; NO (btw this was my second purchase and my skin getting better)

6. GARNIER SAKURA WHITE PINKISH RADIANCES & SMOOTH PORES

mula mula buy this one sebab taktau nak guna day cream apa -_- lepas tu, dah guna i love it! rasa macam taknak tukar lain hahaha. walaupun kat iklan dia cakap guna dalam masa beberapa hari tah, muka jadi pinkish semua tu. but idc about that pun. best pakai this cream ni sebab dia tak oily. harga ; RM8+ . repurchased : YES (this is my second purchase btw)
7. GARNIER MICELLAR CLEANSING WATER

sebab pertama i bought this sebab zakirah zainal hahaha siapa tak kenal dia boleh search kat youtube :p even sha takpakai heavy makeup, sha tetap akan guna this cleansing water untuk remove kotoran ke apa kan. dia okay tapi sha taksuka sangat sebab dia macam melekit sikit hahaha ke sha je rasa macam tu? harga : RM9.90. repurchase ; MAYBE but the pink one lol
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

so that all for today. i still hoping that garnier keluarkan wipe tissue huhuhu ke dah ada? sebab for me kan, wipe tissue ni sesuatu yang penting dan memudahkan. by the way ni bukan sponsor review okay hahaha, see u soon!