SELAMAT HARI GURU! - GURU PEMBINA BANGSA NEGARA - shfyqhazhr

Tuesday, 16 May 2017

SELAMAT HARI GURU! - GURU PEMBINA BANGSA NEGARA


Assalamualaikum


so this year adalah tahun kedua lepas sha habis sekolah. ah i miss my school so much. tempat paling rindu kat sekolah adalah kantin Pak Cha sebab ada karipap pusing yang sedap :( kat luar susah nak cari, selalu ada yang biasa ja T.T

2002 ; so sha mula bersekolah time umur 6 tahun di Taska Matang Paku or Tadika Matang Paku *sorry tak ingat*. ikr sekarang 4 tahun 5 tahun dah dihantar ke sekolah kan? sha pun ada jugak tanya my parents why tak hantar sha sekolah since 4/5 tahun. dorang cakap nanti kalau hantar awal sangat takut bosan je, tapi pada pandangan sha kalau umur 5 tahun tu okay kot sebab nak bagi dia selesa dengan persekitaran di sekolah kan? tapi masing masing ada pendapat sendiri. sha ingat lagi dulu dulu masa hari ahad mesti mak yang hantar pergi sekolah :') bila balik makcik yang datang ambik, mak sha dah balik penang sebab kerja sana. sha selalu nangis kat toilet dulu sebab semua orang mak ayah datang ambik, while me kenapa makcik sha yang ambik T.T selalu cakap kat cikgu yang sha nak pergi toilet, lama pulak tu hahahaa pi nangis pastu nanti mesti cikgu tu datang pujuk :') cikgu sha tu adik beradik sha jugak, so dia tau lah semua pasal family sha, dia selalu cakap mak kerja, cari duit nak sekolahkan sha :') time sekolah situ, makanan disediakan, tau tak tiap hari makan nasi lemak daun pisang? bila dapat makan je sha behenti nangis terus hehehehe dan sha hanya nangis hari ahad je sebab mak balik sabtu pagi macam tu pastu balik sana pagi ahad. kiranya taksempatlah nak ambik sha sekolah huhu so cikgu pertama sha adalah cikgu Azizah! haritu sha ada jumpa result exam last sha kat taska/tadika tu, semua 100% kecuali bahasa arab 98%. ya Allah pandainya sha time tu :'))))

2003 - 2008 ; ni sekolah kedua sha Sekolah Kebangsaan Matang Paku. kat sekolah ni sha ada banyak jugaklah bagi sumbangan hahaha sumbanganlah sangat. masa first day masuk darjah 1 tu, cikgu first yang sha kenal adalah cikgu Zainurin, dia nampak mcm kelakar dan suka senyum, mungkin sebab dia jadi guru kelas budak darjah 1 so dia mmg kena sentiasa senyum kalau tak nanti budak budak takut pulak kan? sini sha senaraikan nama guru kelas sha dulu ;

darjah 1 ; cikgu zainurin
darjah 2 ; cikgu megat *one of my fav math teacher*
darjah 3 ; cikgu siti hajar *kot*
darjah 4 ; ustazah salwa *cikgu paling garang dan suka cubit cubit ><*
darjah 5 ; cikgu zuzanariah
darjah 6 ; cikgu zuzanariah

tapi tak sure betul ke tak hahaha nanti sha balik cari balik buku masa sekolah rendah kalau ada ;p dulu kan sha memang tak minat english erti kata lain belajar sebab nak exam je, tapi ada satu hari tu kan, masa darjah 6 taksilap, ada sorang teacher ni dia suka bercerita pasal anak dia, kisah hidup dia dulu dulu , sha mcm boringnya diani masuk je cerita pasal anak dia, kisah hidup dia *im so sorry teacher* but one day, dia mcm perasan sha taksuka dia dan dia tegur sha hahaha malu gila weh time tu, she said "teacher tau shafyqah bukan suka dengar teacher membebel, dia cakap orang tua ni merepek apalah takhabis habis"  apa teacher ni ckap sama mcm apa sha rasa hahaha hebatkan dia? :( lepas tu dia cakap lagi, "teacher cerita semua ni sebab nak korang tau mcm mana hidup teacher, teacher bukan hidup hidup je terus pandai, berjaya apa semua" pastu ayat yang paling sha ingat sampai skrg dia cakap "shafyqah nanti bila dah berjaya naik kereta besar suami dia bawak lalu depan rumah teacher hon je pastu cakap kat anak dia, teacher ni lah duk bebel kat mama dulu" hahaha >< tapi sekarang teacher ni dah tak mengajar kat sekolah tu, idk dia pindah mana huhu i wish i could meet you, teacher zalilah. sebab lepas je dari dia cakap semua tu, dia masuk kelas je mesti mengajar haha!cerita pun mcm sikit sikit je, dari situ sha tanam impian nak jadi seorang teacher jugak ;') malangnya tak kesampaian hahaha.

my fav subject masa sekolah rendah adalah math. alhamdulillah sebab dapat cikgu cikgu yang handsome handsome semua yang ajar math haha! cikgu zainurin, cikgu megat dan cikgu kamal! rasanya cikgu zainurin ajar darjah 1 je kot, lepas tu cikgu megat yang ajar darjah 2 dan 3, cikgu megat lah seorang cikgu yang berjaya buat sha minat kat math. hello gais math kot? hahaha sha suka buat homework dia sebab dia punya tandatangan cantik hehe. next, cikgu kamal. cikgu ni pun fav sha. fav sangat sangat haha! ingat lagi dulu dulu, kalau lupa bawak kertas yang di bagi kan kena bayar 20sen hahaha. cikgu ni adalah bawak satu pencil box yang tin tu untuk letak duit syiling yang dia berjaya kumpul >< lepas tu kalau exam, taklepas target yang dia nak mesti kena pukul pakai rotan kat tapak tangan. nampak macam biasa biasa tapi sakit oh. tapi sha pernah kena sekali je hehehehehehe sha punya minat math time tu taip kali test or exam, kertas 1 paling paling sikit pun 32/40 hahahaha dan kertas 2 selalu 40/40 tapi pernah jugak dapat 38/40 hahaha pandaikan time tu :') sebab takde phone, takde semua benda lagha ni haha

sha tamatkan persekolahannya dengan keputusan UPSR 5A, time tu sha sorang je dapat 5A hahaa tapi muka mcm apani apani haha sebab cikgu tak target sha pun, banyak target anak cikgu yang lain je hehehehe tapi alhamdulillah i did it!

2009 - 2015 ; Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam. time form 1 form 2 stay hostel. sha ni mcm sedikit nakal. no bukan sedikit tapi banyak sampailah takboleh dah stay hostel masa form3 but siapa kisah hahaha stay luar best lagi kot :p masa form1, makcik sha ada datang bagitau sha dapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, tapi sha tolak :') cikgu datang pujuk pun sha tolak :') sebab paling takboleh pakai sha tolak tawaran tu sebab dah 3 bulan sekolah sini dan dah ada kawan apa semua kan huhuhu sha pernah menyesal buat keputusan ni, tapi benda dah jadi kan? yang bestnya kan, sha sekolah sini dari form 1 sampai form 5 kelas sama iaitu kelas Amanah hahahaha dan ada classmate yang sama dari form1 sampai form 5 :p pastu bila naik tingkatan 6, sha rasa satu tahun setengah yang paling best dalam hidup sha. tingkatan 6 ni memang orang cakap susah lah itulah inilah, tapi dari sinilah dapat belajar benda best. kena handle semua bila ada event, kena handle junior hahahaha kat situ belajar erti kerjasama. awal tahun 2015, kitaorang kena paksa bercamping sebab sambut jubli emas. mula mula tu memang rasa bencilah semualah tapi apa yang berlaku ada hikmah dia kan? cikgu cikgu kat form6 semua best best, boleh tukar tukar cerita, ada masalah pun cerita je. kenangan kenangan time form6 memang sha simpan ketad ketad dalam hati cia cia cia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sha tak sangka nak menaip sepanjang ni. kalau yang sekolah menengah tu nak describe satu satu memang esok pun takhabis hehe. rugilah serious rugi sapa cakap zaman sekolah takbest, ke dia yang tak menyeronokkan zaman sekolah dia heheh sebab pada sha time sekolah zaman paling best walaupun zaman tu zaman takde duit, takboleh enjoy sana sini kan? but i will always missing my school day

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU GURU DI MALAYSIA

kepada cikgu cikgu yang pernah mengajar saya, Shafyqah Azry. terima kasih yang tak terhingga sebab sabar ajar saya yang agak nakal ni hahaha sampai berjaya ke harini. semua jasa cikgu - cikgu saya takpernah lupa dan takkan saya lupakan ❤


10 comments:

  1. Jemput join giveaway RM200 shopping credit dari SGshop :)
    http://www.ayueidris.com/2017/05/14-fesyen-baru-raya-2017-di-taobao.html

    ReplyDelete
  2. slmt hari guru.

    guru pertama haruslah ibu bapa kan

    ReplyDelete
  3. Selamat hari guru buat semua guru2 di Malaysia..

    P/S: hadiah akak kirim jumaat lepas dh dpt ke?

    ReplyDelete