05/01/2017 - 06/01/2017 - shfyqhazhr

Wednesday, 31 May 2017

MISSING MY SCHOOL LIFE | FORMSIX LIFE

22:30 1
MISSING MY SCHOOL LIFE | FORMSIX LIFE

source : google

Assalamualaikum.

semalam scroll FB pastu nampak senior senior sekolah menengah dulu share mengenai kematian salah seorang cikgu sekolah sha. Al - Fatihah buat arwah cikgu non, semoga tenang disana. arwah takpernah ajar sha pun tapi dia pernah jadi warden time sha stay hostel dulu, he such a kind person, cakap pun lembut je. daripada post tu, sha pun stalk la page sekolah (geng tak like page sekolah :p). tengok video sambutan hari guru 16 mei yang lepas. syoknyaaaaaaa T_T

dalam video tu, sha tengok kan sikit je yang hadir hahaha padahal sekolah sha antara sekolah sekolah yang ramai pelajar kat area sha ni. bayangkan satu tingkatan ada 9 ke 11 kelas. dulu ada sesi pagi dan petang tapi sekarang semua sesi pagi. kesian takdapat rasa sesi petang hahahahaha. dalam video yang sha tengok tu, budak budak ni berlakon jadi mcm ejen gitulah kot, dorang kena hantar kek kat pengetua sekolah. punyalah berlakon dorang kemain ha, sha tengok sorang sorang rasa nak golek golek gelak.

rindunya zaman sekolah walaupun selalu baca/dengar orang cakap benci zaman sekolah. but why?? best apa sekolah, dapat jumpa kawan kawan, dapat sembang sembang dengan cikgu, RINDUNYAAAAA T___T setiap pagi pi sekolah lewat hahahahaha tutup pagar pukul 7:30 pagi, sha sampai sekolah 7:28pagi :p tapi sepanjang tahun takpernah kena tulis nama tau ;) dah la datang lewat, menyempat pulak nak pi kantin beli makanan buat breakfast. kalau bertuah haritu takdelah jumpa penolong kanan ke or mana mana cikgu, kalau tak bertuah memang berlaparlah sampai ke rehat hahahaha. part yang lagi best bila cikgu masuk kelas pastu cerita pasal kisah hidup dia, kita pun dengarlah lepas sejam dia cakap "lahh habis dah masa cikgu" hahahaha! kadang kadang tu masuk lepas tu suruh buat buku latihan je (masa form6). kadang kadang tu dalam seminggu akan ada satu hari cikgu malas nak mengajar so bukak table, bancuh air kopi dan sembang sembang :') punyalah kitaorang sayang ke kelas tu, dalam kelas kitaorang ada cerek elektrik + kopi + gula + teh + susu kambing hahahaha tu tak kira biskut coklat apa semua. mangkuk mug semua siap. macam rumah :') lepas tu kadang kadang gilir gilir masak buat makan sekelas time rehat ; nasi lemak, mee goreng, nasi goreng. macam rumah, macam satu family semua. ada sorang cikgu kitaorang siap cakap "selama bertahun tahun saya mengajar, kelas hampa yang pertama kali saya msuk boleh minum air kopi siap" ;p macam manalah rupa kelas tu sekarang hahaha, dah dua tahun tinggal. semua kenangan ni masa form6 sebab masa form6 semua cikgu layan kitaorang macam kawan kawan bukan macam pelajar sebab tu boleh rapat sampai macam tu, layan macam kawan kawan tapi masih ada rasa hormat kat cikgu cikgu tau. kiranya kalau ada apa - apa masalah feel free to tell them. walaupun cikgu cakap saya takkan cerita kat orang lain tapi nanti satu bilik guru tau hahahaha. masa sha form6 sha belajar 5 subjek je ;- Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu, Ekonomi & Muet. so total ada 5 orang cikgu jelah hahaha ;-

Cikgu Syed (Eko) ; guru tingkatan, suka mengajar hahahaha sebab jarang sangat waktu dia takbelajar walaupun  dia sibuk tanpa takboleh bincang tetap nak mengajar. takboleh tidur time kelas dia sebab dia suka cari mata orang hahaha, dia cakap suka tengok mata orang (sha kadang kadang malu) hahaha! dia jugak suka belanja kitaorang satu kelas makan o/ haritu pernah belanja KFC dan yang lain lain tu selalunya nasi kandar or nasi lauk campur. 

Cikgu Shalhah ; the best teacher ever. dia macam mak kepada kitaorang, selalu masak dari rumah sebab nak bagi kitaorang makan. even after dia pencen on aug 2015, dia still kirim makanan untuk kami melalui cikgu su ♥ bila tiba masa dia kan, 30 minit bersembang dan 10 minit mengajar hahahaha tapi bersembang benda berfaedah okay bukan sembang kosong hahaha

Cikgu Suzana ; cikgu paling cool diabad ini hahaha, dia punya yakin kami boleh score time exam tu 999%. walaupun dia mengajar macam besa besa je, tapi kelas kitaorang selalu dapat result elok hahahaha. cara dia mengajar senang je, buat latihan lepas tu baru bincang. rindunya nak belajar semantik laras bahasa dan lain lain hahahaha

Cikgu Ramli ; one of my fav teacher. dulu masa sem1 sha taksuka dia -___- sebab dia mengajar apabenda satu sha takfaham and at last sha dapat F untuk pengajian am, F tu ingat funny ke? failed huaaaaaaaaaaaaaa sedih gila! lepas tu masuk sem2 sha jadi manusia paling rajin buat graf apa semua hahaha takpercaya tanya kawan kawan, nak tidur pun buat graf lagi :p dan alhamdulillah dapat B+ (terbaik untuk sem2) siapa yang form6 memang taulah sem2 sem killer hahaha dan sem 3 sha dapat A! sayang cikgu hiks!

Teacher Farah ; tchr ni selalu bebel kat sha dulu kini dan selamanya hahahaha sebab dia macam takboleh tau dengan sha, sha taksembang pun sha kena hahaha tapi dia baik gila. selalu belanja makan walaupun dia bebel dulu hahahaah :p taklupa jugak kat tchr Maya ; dia selalu cakap sha dapat band 4 muet :')

pokoknya, semua cikgu baik baik kat form6 ni. sebab sha selalu jugak masuk kelas cikgu lain untuk belajar contohnya ; eko - cikgu ros, bm - cikgu liza, cikgu siti , sej - cikgu anuar, ustaz md isa, pa - cikgu far , cikgu kob. dengan cikgu lain walaupun tak masuk kelas dorang or takbelajar dengan dorang, dorang still layan semua sama je. kalau lah dapat putarkan masa, nak sekolah balik, kerja takbest walaupun dapat gaji tapi letih hahahahaha byeeee

LAGU RAYA 2017

10:14 1
LAGU RAYA 2017

Assalamualaikum,

SOURCE : GOOGLE

harini dah masuk hari ke 5 kita berpuasa. rasa sekejap je kan? kat wall FB dah banyak share lagu raya (dari sebelum puasa lagi). sekarang lagu lagu raya baru banyak kat youtube tu hahaha tapi kan, sha suka lagu raya yang lama lama sebab memang menusuk dihati kecilku hehe. jom kita usha lagu raya baru jeng jeng jeng

1. Kristal - Raya Yang Ku Cinta



2. Saleem - Cinta Di Hari Raya



3. Asfan Shah - Semua Tentang Raya



4. Sufian Suhaimi - Kasih Lebaran


5. Aiman Tino - Lara Dalam Kerinduan


6. Khalifah - Assalamualaikum Lebaran


7. Atmosfera - Berakhir Ramadhan


8.  Harry ft. Sheryl Shazwanie - Esok Hari Raya


9. Ezad Lazim - Demi Lebaran



10. Permata - Raya Yang Dulu



11. Terima Kasih - Aizat Amdan & Faizal Tahir


12. Bangsoda - Rasa Rendang Ini


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sha listkan lagu yang sha pernah dengar jelah hehe dan antara semua ni sha paling suka yang berakhir ramadan hehe. korang suka yang mana? :D


Tuesday, 30 May 2017

JADUAL WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI NEGERI KEDAH 2017

13:30 11
JADUAL WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI NEGERI KEDAH 2017

Assalamualaikum | WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI NEGERI KEDAH


ZON 1 : KOTA SETAR, KUBANG PASU, POKOK SENA


ZON 2 : PENDANG, KUALA MUDA , YAN


ZON 3 : PADANG TERAP, SIK


ZON 4 : BALING


ZON 5 : KULIM DAN BANDAR BARU


ZON 6 : PULAU LANGKAWI


ZON 7 : PUNCAK GUNUNG JERAI




Thursday, 25 May 2017

REVIEW : SEP CANOLA HONEY NOURISHING MASK

15:27 0
REVIEW : SEP CANOLA HONEY NOURISHING MASK

Assalamualaikum.

im back *acacah dah lama hilang* cuti sehari je since my workmate tak sihat so today dah kerja balik. memang rasa masih takcukup rehat tapi dah biasa huhuhu. so last week, hari sha cuti, sha ada teman kawan sha pi cari kerja sebagai balasan dia kena bawak sha pi watson hahaha. memang niat dihati nak pakai malam masa hari beli tu jugak, tapi tahu tahu jelah, tak sempat -____- dah letih, automatik tertidur dengan jayanya malam tu hahaha. sha bila masuk watson je, tempat first mesti bahagian lipstick, dah puas try semua lipstick, dah penuh tangan kiri kanan baru lah moveon ke bahagian lain iaitu bahagian face mask! one of my fav bahagian ever haha i dont even know why i do love face mask so much. padahal ramai je cakap kat sha beli mask yang dalam tiub tu lebih jimat tapi sha suka yang ni sebab memudahkan kerja kot? bukak packaging terus tempek kat muka lepas tu tunggu 10 - 15 minit terus buang, takpayah pergi cuci ke apa hehe so! sha beli this mask ↓ masa tengah belek belek mask kat watson tu, ada la pekerja watson kat situ suggest mask ni kat sha, then sha pun ambiklah. sha ambik dua dan kawan sha ambik dua, warna sama je kuning dgn hijau (greentea). so last night, sha berkesempatan untuk mencuba memakai mask ni. walaupun paksa diri je nak pakai benda ni pun hahaha. malas dia lain macam.



masa first tengok mask ni, belek belek packaging rasanya macam okay since harga dia pun memang berpatutan. packaging yang simple je, warna kuning gituh. bila bukak je packaging ni, pegang that face mask, memang rasa mask ni macam best sebab dia tak licin. bila pakai je kat muka rasa fresh gila! senang nak letak kat muka pulak tu, i mean size this face mask okaylah not so big and not too small. terus terniat nanti nak beli lagi haha!


im trying to smile tapi takboleh hahahaha! 


tadaa! best je lepas buang mask ni, muka rasa lembut dan paling best pasal mask ni, dia besar and fix to my face!!! hahahaha selalu mask kecik weh, muka sha dah la macam pinggan hahahaha! harga pun affordable.. sekarang ada promosi buy 1 free 1 kat website watson, boleh klik gambar kat bawah






Tuesday, 23 May 2017

MY BAD HABITS

15:11 14
MY BAD HABITS

Assalamualaikum and hi!

sha rasa kan, sha kena update blog lepas tu cakap takde mood lah nak berblogging, takde hatilah nak berblogging lepas tu mesti banyak benda rasa nak share hahaha. btw, esok sha dah apply cuti hahahaha kalau sempat sha nak habiskan buku yang sha beli tu. tak sabarnya nak tunggu esok hahaha! dah lari tajuk dah kalau start membebel.

tabiat buruk... sha yakin dan pasti semua orang ada tabiat buruk hahaha sebab nobody perfect kan? so here my bad habits ;-

SUKA GIGIT KUKU
- perangai ni sebenarnya datang dari mak hehehe dan terkena dekat sha sebab adik sha takdak pulak perangai suka gigit kuku ni. dulu masa kecik kecik lagi teruk tau, kesian kuku taksempat nak panjang hahahaha. sebenarnya tabiat ni tak elok tau tapi sha dah lupa sebab apa >< dulu selalu jugak orang cakap "kalau takkcukup kuku jari tu, meh gigit kuku pakcik/makcik/abang/kakak" -___- ayat paling femeslah time tu. tapi bila dah makin menjadi anak dara kan, so sha boleh control lah tabiat ni. tapi kadang kadang takboleh jugak ==' nak kuku cantik, bulan puasa jelah sebab time puasa takgigit kuku takut batal *masa kecil kecil dulu* hahahaha cantik sebulan jelah, lepas tu kuku macam kena gigit dengan tikus hahahaha oh btw, sha memang beranak tahun tikus pun haha!

TAKSUKA MANDI
- sha nak bagitau sha tak mandi pun sha wangi ok hahahaha perangai ni start bila sha stay hostel. bila hari cuti kan, rasa macam kena gam kat katil. dia punya malas tu lain macam betul hahahaha dan bila hari cuti kan semua penghuni asrama ada so kena cari waktu yang tepat lah untuk mandi kalau taknak berebut so sha selalunya kalau hari jumaat sha akan pilih time tengahari or petang sikit hahaha kalau sabtu pulak, wajiblah mandi awal sebab nanti family nak datang hahaha. bila dah stay rumah balik kan, malas dia ikut sama :( tambah bila kat rumah kan, tak keluar mana memang lagi malas lah nak mandi, ditambah pulak dapat baring atas katil dengan cara yang selesa memang susah nak bangunlah kan? hahahaha


MALAS SIKIT RAMBUT
- sha memang pemalas la hahaha. ni lagi satu tabiat buruk sha, sha malas betul nak sikat rambut *dulu dulu* sebab tu rambut sha tak lurus hahahaha, sha suka beli sikat tapi tak suka sikat rambut. banyak jugaklah sikat yang comel comel yang sha beli tapi tetap taksuka sikat rambut -____- padahal bukan lama pun kalau buat benda tu hahahahaha walaupun malas sikat rambut tapi sha suka letak minyak rambut so rambut takdelah kembang semangkuk hahahaha terurus jugaklah tapi tak kemas huhuhu

TAKSUKA SHARE BARANG DENGAN ADIK
- okay ni tabiat masa kecik okay. sha memang taksuka dengan adik dulu sebab dia mcm pengacau kasih sayang mak abah nenek makcik sha kepada sha hahahahaha so masa kecik kecik sha taksuka share benda sha dengan adik, macam mainan ke apa kan. sebab tu lah dulu kalau mak nak beli baju kat sha mesti beli baju yang sama dengan adik, well adik sha lelaki so kena beli tshirt lah kedua dua nya. sebab tu sha takde baju kembang :'( sebab takkan adik nak pakai baju kembang kan? kalau mainan pun beli sorang satu jugak dannnnnn sha suka rosakkan mainan adik :p jahatnya dulu! tapi sekarang semua benda sha beli mesti nak beli kat adik sama :'))

BERSIAP LAMA!
- yang tabiat ni, sha rasa semua perempuan kot macam ni? hahaha sha memang respect lah perempuan yang jenis siap cepat hahaha. sha kalau nak keluar pukul 10 kan, pukul 8.30 kena start bersiap dah :') sebab tu sha paling taksuka orang ajak keluar mengejut hahahaha T__T selalu cousin sha lah macam tu, macam dia pnggil kan pastu cakap lagi 30 minit kita keluar ?????????? agaklah 30 minit hahahahaha adoilah, kalau diberi masa macam ni kan, mesti kalut sangatttt dan kalau sapa kacau or halang perjalanan sha nak bersiap memang siaplah dia hahahaha >< bila nak pergi kerja kan, bersiap lama lama lepas tu mesti nenek cakap "besiap lama kemain, takcantik pun" nak nangis boleh?? hahahahahaha

PEMBOROS
- last but not least, ya sha seorang yang pemboros dan disebabkan perangai sha yang pemboros ni, sha signup ig baru bulan 3 haritu dan takfollow mana mana igshop hahahahaha (btw follow ig sha pls : @shfyqhazhr) memang kalau nampak berkenan je, gigih pi start motor pi bankin (sebelum ada online banking) hahahaha tu baru barang dalam phone, kalau kat kedai lagi lahh -______- pantang tengok benda comel walaupun tak diperlukan, sha akan beli -_- kadang kadang tu beli sebab murah ; contohnya tupperware yang harga RM1.99. nampak ok je tupperware tu terus beli. lepas tu kan, kena marah dengan nenek. apa motif beli tupperware bukan ada rumah sendiri lagi pun - kata nenek sha. tu tak kira lampu meja lah, ketip kuku lah, pen, botol air (gonna update about this stuff soon) tapi sejak kerja, kurang sikit boros tu sebab letih cari duit sendiri :') dulu tak sedar mak abah penat cari duit kan? :') 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

so tamatlah cerita harini hehe takdelah tabiat buruk sangat kan? hahaha! korang ada tak tabiat macam sha, alah takpayah malu malu la :p❤

Monday, 22 May 2017

BLUE SKY TAG #2 BY PATEHAH

16:44 6
BLUE SKY TAG #2 BY PATEHAH

Assalamualaikum.


harini rajin pulak nak update blog kan hahaha. so sha ditag oleh P A T E H A H untuk jawab soalan soalan yang diberikan. thankyou patehah, tag sha ❤ sha suka menjawab je taktau nak tanya apa hahaha. so here we goo

QUESTION

1.  If given the choice to put ur own name, what will u put for ur name ?
- idk, i love my own name so much sebab unik kan :p

2. Mostly ppl will said "Girl/Woman are complicated". Do you agree ? What make them look complicated ?
- yes, im agree with it. im a girl and kekadang memang rasa diri ni complicated sangat. benda tu sha sedar tapi takboleh ubah hahaha because i love being a complicated girl! hahahaha contoh benda paling senang nak nampak perempuan ni complicatedlah kan, "nak makan kat mana?" "ikutlah kat mana pun" "kedai A nak?" "ala taknak situ" "habis nak makan kat mana?" "ikutlah" dan tanpa kau sedari dah bertukar jam or hari? haha!

3. What's the worst thing you ever do in your life ?
- menangis sebab lelaki a.k.a cinta lah sangat. lol

4. Love for the first sight do you still believe it nowdays ?
- yes. but i dont think so, so no. hahahaha

5. If you can be different gender for a week , what the things u really wanted to do ?
- nak tidur sehari macam orang lelaki selalu buat hahaha pastu taknak mandi dan nak tackle awek cantik. eh hehehehehe

6. Are u willing to be silly but beautiful or ugly but clever ? Which one do u choose and why ? 
- ugly but clever kot? sebab kalau dah pandai nanti buatlah business ke kerja tinggi ke, ambik duit buat facial ke hahahaha taraaa boleh jadi cantik hahaha

7. Describe the characteristic of the man that u like . 
- tak merokok, takpanas baran, boleh teman sha makan hahahaha, tak suka memaki, kedekut sikit haha taknak yang kedekut teruk tu since sha seorang yang pemboros so i need a man yang kedekut hahaha, nak susah senang dengan sha, boleh terima sha seadanya, tak cerewet hahaha tapi kalau cerewet sikit okaylah boleh diterima, matang!

8. If you`re not normal and you fall in with ur friends . Who will be ?
- hahahahahahahahaha nazirah kot?

9.  What hurt u the most ? 
- being lied, cheated...................

10. Your bad habits 
- gigit kuku -___________- nak kuku cantik sob sobb ☹

11. Why are u love blogging ?
- foa sha berblogging bukan untuk famous tapi kalau famous apa salahnya hahaha sha suka berblogging sebab sha suka menaip dan merepek bila start sentuh keyboard hahaha diterima tak jawapan kalau macam ni 😛


THE RULES 
Thank the person who tagged you  ✓
Answer their 11 questions ✓
Tag 11 people
Give them 11 questions to answer

okay done menjawab semua soalan. best jugak kan jawab jawab macam ni, macam soalan peperiksaan pulak hahahaha so sesiapa nak tag, feel free to tag me okay :p


SEBENARNYA......

10:24 6
SEBENARNYA......


Assalamualaikum.

sebenarnya hati ini cinta kepadaMu.. sebenarnya diri ini rindu kepadaMU.. tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih takhadir~ ok sebenarnya sha ada banyak sangat benda nak share kat blog sha ni tapi mood masih takdatang walaupun dah cari, dah kejar huhuhuhu. disebabkan banyak sangat benda sha kena settle sebelum puasa ni, sha jadi macam busy mengalahkan orang terbusy kat Malaysia hahaha. sha ada nak review pasal skincare yang sha pakai dan okay dengan sha, nak review segala mask yang sha dah beli, nak review sebuah buku yang sha taktau kenapa sha beli hahaha dan buku tu pun masih belum habis dibaca..... walaupun muka surat buku tu kurang daripada 70 muka surat. kalau orang tanya, busy buat apa je. yaaa sha pun taktau sha busy buat apa je hahaha. kat tempat kerja pun takdelah banyak sangat pun kerja, biasa je dan sha dah ada pembantu kan sekarang huhu. bila balik je kerja mesti lah rasa malas nak buat apa kan, nak hadap phone pun malas + menyampah. bayangkanlah 8 jam kerja hadap pc, balik nak hadap phone pulak? memang takla. bukan kat blog je sha menyepi tapi kat FB, Twitter dan Ig pun! dulu wajib ok wajib upload satu gambar setiap hari hahahaahaha tapi sekarang haahahahahahaha. mungkin sha perlukan cuti untuk rehatkan badan dan minda dan segalanya lah. kesian jugak kat badan asyik kerja je kan. huhuhuhuhuhu


Thursday, 18 May 2017

7 DAYS CROISSANT BY MUNCHY'S

11:04 7
7 DAYS CROISSANT BY MUNCHY'S

Assalamualaikum.



hari tu masa sha keluar pergi kedai, sha ternampak satu roti ni. nampak macam menarik hahaha! so sha pun ambiklah ketiga tiga perisa yang ada ; coklat, vanila dan karamel. sha makan yang coklat, adik makan yang karamel dan cousin sha makan yang vanilla. pastu bila tanya dorang sedap tak, masing masing cakap tak. sha cakaplah eh yang kaklong sedap ja pastu masing masing "eloklah yang kaklong perisa coklat" hahahahahahahahahaha walaupun mulut cakap taksedap tapi habis jugak -_____- but for me okaylah, sedap je, roti pun lembut je dan harga dia RM 1.30!


tapi krim dia memang sikit :( takpuas tau. hahaha kalau letak lebih coklat dan tambah  20sen, sha ok je :p hahahahahaha sha bagi 8.9/10 bintang!

Wednesday, 17 May 2017

HADIAH DARIPADA SURIAAMANDA.COM

15:36 16
HADIAH DARIPADA SURIAAMANDA.COM

Assalamualaikum.

hari isnin haritu, pakcik poslaju ada datang tempat kerja sha, katanya ada baranglah kan, tapi sha rasa takde pulak beli apa apa hahaha lepas tu tengok nama oh rupanya dari  SA. sha dapat hadiah untuk pemenang top komentators April 2017 di blog http://www.suriaamanda.com/. bukak je parcel terus happy sebab dapat barang yang sha suka hehe iaitu face mask


actually sha baru bercadang nak borong mask kat watson, hari selasa (semalam) tapi alhamdulillah dah dapat mask ni, boleh lah beli benda lain kan? sha dah try satu mask daripada tiga mask yang sha dapat, hahaha excited kan, lepas pakai tu muka rasa segar lain macam. sha pakai yang refening herb mask ;)


JOM SERBU BLOG SA DAN KOMEN BANYAK BANYAK HEHE 

Tuesday, 16 May 2017

SELAMAT HARI GURU! - GURU PEMBINA BANGSA NEGARA

08:30 10
SELAMAT HARI GURU! - GURU PEMBINA BANGSA NEGARA

Assalamualaikum


so this year adalah tahun kedua lepas sha habis sekolah. ah i miss my school so much. tempat paling rindu kat sekolah adalah kantin Pak Cha sebab ada karipap pusing yang sedap :( kat luar susah nak cari, selalu ada yang biasa ja T.T

2002 ; so sha mula bersekolah time umur 6 tahun di Taska Matang Paku or Tadika Matang Paku *sorry tak ingat*. ikr sekarang 4 tahun 5 tahun dah dihantar ke sekolah kan? sha pun ada jugak tanya my parents why tak hantar sha sekolah since 4/5 tahun. dorang cakap nanti kalau hantar awal sangat takut bosan je, tapi pada pandangan sha kalau umur 5 tahun tu okay kot sebab nak bagi dia selesa dengan persekitaran di sekolah kan? tapi masing masing ada pendapat sendiri. sha ingat lagi dulu dulu masa hari ahad mesti mak yang hantar pergi sekolah :') bila balik makcik yang datang ambik, mak sha dah balik penang sebab kerja sana. sha selalu nangis kat toilet dulu sebab semua orang mak ayah datang ambik, while me kenapa makcik sha yang ambik T.T selalu cakap kat cikgu yang sha nak pergi toilet, lama pulak tu hahahaa pi nangis pastu nanti mesti cikgu tu datang pujuk :') cikgu sha tu adik beradik sha jugak, so dia tau lah semua pasal family sha, dia selalu cakap mak kerja, cari duit nak sekolahkan sha :') time sekolah situ, makanan disediakan, tau tak tiap hari makan nasi lemak daun pisang? bila dapat makan je sha behenti nangis terus hehehehe dan sha hanya nangis hari ahad je sebab mak balik sabtu pagi macam tu pastu balik sana pagi ahad. kiranya taksempatlah nak ambik sha sekolah huhu so cikgu pertama sha adalah cikgu Azizah! haritu sha ada jumpa result exam last sha kat taska/tadika tu, semua 100% kecuali bahasa arab 98%. ya Allah pandainya sha time tu :'))))

2003 - 2008 ; ni sekolah kedua sha Sekolah Kebangsaan Matang Paku. kat sekolah ni sha ada banyak jugaklah bagi sumbangan hahaha sumbanganlah sangat. masa first day masuk darjah 1 tu, cikgu first yang sha kenal adalah cikgu Zainurin, dia nampak mcm kelakar dan suka senyum, mungkin sebab dia jadi guru kelas budak darjah 1 so dia mmg kena sentiasa senyum kalau tak nanti budak budak takut pulak kan? sini sha senaraikan nama guru kelas sha dulu ;

darjah 1 ; cikgu zainurin
darjah 2 ; cikgu megat *one of my fav math teacher*
darjah 3 ; cikgu siti hajar *kot*
darjah 4 ; ustazah salwa *cikgu paling garang dan suka cubit cubit ><*
darjah 5 ; cikgu zuzanariah
darjah 6 ; cikgu zuzanariah

tapi tak sure betul ke tak hahaha nanti sha balik cari balik buku masa sekolah rendah kalau ada ;p dulu kan sha memang tak minat english erti kata lain belajar sebab nak exam je, tapi ada satu hari tu kan, masa darjah 6 taksilap, ada sorang teacher ni dia suka bercerita pasal anak dia, kisah hidup dia dulu dulu , sha mcm boringnya diani masuk je cerita pasal anak dia, kisah hidup dia *im so sorry teacher* but one day, dia mcm perasan sha taksuka dia dan dia tegur sha hahaha malu gila weh time tu, she said "teacher tau shafyqah bukan suka dengar teacher membebel, dia cakap orang tua ni merepek apalah takhabis habis"  apa teacher ni ckap sama mcm apa sha rasa hahaha hebatkan dia? :( lepas tu dia cakap lagi, "teacher cerita semua ni sebab nak korang tau mcm mana hidup teacher, teacher bukan hidup hidup je terus pandai, berjaya apa semua" pastu ayat yang paling sha ingat sampai skrg dia cakap "shafyqah nanti bila dah berjaya naik kereta besar suami dia bawak lalu depan rumah teacher hon je pastu cakap kat anak dia, teacher ni lah duk bebel kat mama dulu" hahaha >< tapi sekarang teacher ni dah tak mengajar kat sekolah tu, idk dia pindah mana huhu i wish i could meet you, teacher zalilah. sebab lepas je dari dia cakap semua tu, dia masuk kelas je mesti mengajar haha!cerita pun mcm sikit sikit je, dari situ sha tanam impian nak jadi seorang teacher jugak ;') malangnya tak kesampaian hahaha.

my fav subject masa sekolah rendah adalah math. alhamdulillah sebab dapat cikgu cikgu yang handsome handsome semua yang ajar math haha! cikgu zainurin, cikgu megat dan cikgu kamal! rasanya cikgu zainurin ajar darjah 1 je kot, lepas tu cikgu megat yang ajar darjah 2 dan 3, cikgu megat lah seorang cikgu yang berjaya buat sha minat kat math. hello gais math kot? hahaha sha suka buat homework dia sebab dia punya tandatangan cantik hehe. next, cikgu kamal. cikgu ni pun fav sha. fav sangat sangat haha! ingat lagi dulu dulu, kalau lupa bawak kertas yang di bagi kan kena bayar 20sen hahaha. cikgu ni adalah bawak satu pencil box yang tin tu untuk letak duit syiling yang dia berjaya kumpul >< lepas tu kalau exam, taklepas target yang dia nak mesti kena pukul pakai rotan kat tapak tangan. nampak macam biasa biasa tapi sakit oh. tapi sha pernah kena sekali je hehehehehehe sha punya minat math time tu taip kali test or exam, kertas 1 paling paling sikit pun 32/40 hahahaha dan kertas 2 selalu 40/40 tapi pernah jugak dapat 38/40 hahaha pandaikan time tu :') sebab takde phone, takde semua benda lagha ni haha

sha tamatkan persekolahannya dengan keputusan UPSR 5A, time tu sha sorang je dapat 5A hahaa tapi muka mcm apani apani haha sebab cikgu tak target sha pun, banyak target anak cikgu yang lain je hehehehe tapi alhamdulillah i did it!

2009 - 2015 ; Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam. time form 1 form 2 stay hostel. sha ni mcm sedikit nakal. no bukan sedikit tapi banyak sampailah takboleh dah stay hostel masa form3 but siapa kisah hahaha stay luar best lagi kot :p masa form1, makcik sha ada datang bagitau sha dapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, tapi sha tolak :') cikgu datang pujuk pun sha tolak :') sebab paling takboleh pakai sha tolak tawaran tu sebab dah 3 bulan sekolah sini dan dah ada kawan apa semua kan huhuhu sha pernah menyesal buat keputusan ni, tapi benda dah jadi kan? yang bestnya kan, sha sekolah sini dari form 1 sampai form 5 kelas sama iaitu kelas Amanah hahahaha dan ada classmate yang sama dari form1 sampai form 5 :p pastu bila naik tingkatan 6, sha rasa satu tahun setengah yang paling best dalam hidup sha. tingkatan 6 ni memang orang cakap susah lah itulah inilah, tapi dari sinilah dapat belajar benda best. kena handle semua bila ada event, kena handle junior hahahaha kat situ belajar erti kerjasama. awal tahun 2015, kitaorang kena paksa bercamping sebab sambut jubli emas. mula mula tu memang rasa bencilah semualah tapi apa yang berlaku ada hikmah dia kan? cikgu cikgu kat form6 semua best best, boleh tukar tukar cerita, ada masalah pun cerita je. kenangan kenangan time form6 memang sha simpan ketad ketad dalam hati cia cia cia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sha tak sangka nak menaip sepanjang ni. kalau yang sekolah menengah tu nak describe satu satu memang esok pun takhabis hehe. rugilah serious rugi sapa cakap zaman sekolah takbest, ke dia yang tak menyeronokkan zaman sekolah dia heheh sebab pada sha time sekolah zaman paling best walaupun zaman tu zaman takde duit, takboleh enjoy sana sini kan? but i will always missing my school day

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU GURU DI MALAYSIA

kepada cikgu cikgu yang pernah mengajar saya, Shafyqah Azry. terima kasih yang tak terhingga sebab sabar ajar saya yang agak nakal ni hahaha sampai berjaya ke harini. semua jasa cikgu - cikgu saya takpernah lupa dan takkan saya lupakan ❤


Monday, 15 May 2017

SELAMAT HARI IBU!

10:28 4
SELAMAT HARI IBU!

Assalamualaikum



"No status on med soc, no photo upload. but trust me, i love you mom."

Sunday, 14 May 2017

BLUE SKY TAG BY MISS A

16:00 6
BLUE SKY TAG BY MISS A

Assalamualaikum!



thanks to Miss A for tagging me. since takbusy harini, jom jawab soalan!
RULES
- Thank the person who tagged you
- Answer their 11 questions

QUESTIONS

1. What is your goals in life ?
get a permanent job with a high salary, life happily with my family and the love one, meet a person who gonna love  me no matter what and be rich haha

2. The best place that you had visit ?
my room hahaha takdak tempat lain yang best selain bilik sendiri

3. Tell me about your hobbies ?
eat and gain my weight huh

4. Your favourite movie ? ( 5 only )
tentang bulan, anak mami, mami jarum the movie, nana tanjung *sorry sis membesar dengan cerita ni ><*

5. At what time you usually go to sleep at night ?
11PM?

6. What is the happiest thing that happened in your life ?
im still searching for it huhu

7. What genre of music do you like ?
jiwang & cinta cintun haha

8. Try to imagine, your money in your hand is one million. What will you do with that money ?
buy a house, buy a car, give to my parents and to my nenek, simpan dalam bank, belanja kawan kawan, melancong dan iolls belanja hahaha

9. Your ambition when you was kid ?
a teacher. i love seeing my teacher teach me. takpernah bosan nak pandaikan anak murid dia, walaupun nakal, tak dengar cakap, huwaaaa nak sekolah balik!

10. the memories that make you remember until today ?
meet my cousins back after 8 years? dapat 5A time UPSR dan dapat makan pizza dengan abah a long long time ago......

11. Who is your idol ?
 Nabi Muhammad S.W.T.


Saturday, 13 May 2017

TERKENA JAMPI

22:00 10
TERKENA JAMPI

Assalamualaikum.



sha terpanggil nak buat entry pasal ni sebab my workmate told me "pikah, kami terkena jampi la" and i replied to her "ha tau pun dah terkena jampi, haritu cakap kat kami sangat". apa yang kena jampi jampi ni? hahaha kami dah terkena jampi oleh abang jampi a.k.a hael husaini hahahahaha

sha mula dengar lagu ni bila viral yang seorang abang tengah cover lagu jampi pastu adik dia kacau dia menyanyi tapi dia layan je hahaha. jom layan video bawah ni

credit to : blogger kacak

lepas je tengok video atas ni, sha dah sibuk dah google lirik dia sebab nak tau lagu apa kan. but my first impression was like "lagu apani asal macam takbest je, takmacam budak tu nyanyi pun" hahahahaha lepas tu, sha pun download la kat JOOX. bila dah selalu dengarkan rasa macam "asal best pulak lagu ni" pastu asyik nak ulang sampai jemu lah cerita dia tapi takdelah jemu mana pun sebab bila kat tempat kerja sha suka bukak lagu ni hehe sebab tu lah workmate sha sekali terkena jampi dengan lagu si abang jampi yang handsome ni hiks


ni lah si abang jampi yang telah men-jampi sha dan workmate sha sampaikan setiap hari nak dengar lagu dia hahaha. rasa macam handsome je abang jampi ni hahahaha >< jom layan lagu jampi kat youtube → Hael Husaini - Jampi (Lirik Video)

Artis : Hael Husaini
Tajuk : Jampi
Lirik & Lagu - Hael Husaini & Ezra Kong 


Lirik : -
VERSE
Bermula pandang pertama
Terlihat kamu di depan mata
Terasa debar di dada
Menahan rasa bila kau ada

PRECHO
Kau buat ku terpaku 
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu

CHORUS
Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai 

VERSE 2
Ha ha ha aku ketawa
Terasa aku tak tentu arah

PRECHO
Kau buat ku terpaku 
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu

Bridge
Malam, berganti malam
Masih terbayang
Apa yang berlaku
Pada diriku
Ternyata kamu
Ternyata kau mahu diriku
Selamanya kau milik ku


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TWITTER : @haelhusaini



Thursday, 11 May 2017

KLAVUU ACTRESS CREAM REVIEW

12:00 15
KLAVUU ACTRESS CREAM REVIEW

Assalamualaikum.


after a long time no see, im back. back to few days ago, im very busy with my work and my personal life. so today, i wanna make a short review about KLAVUU ACTRESS CREAM. i had try this korean skincare last weeks and this is my honest review about it.

so i applied this actress cream in the morning and when im at my workplace, one of my workmate ask me "weh pykah pakai apa awat muka lain" lepastu sibuk cari cermin, weh betul lah awat glowing hahahaha im only use the actress cream + bb cream from garnier and bedak baby johnson weh. no compact powder yesterday bcs im sooooo lazy and im late! i had gelarkan yesterday was a selekeh day until my workmate cakap muka i lain. wehh best weh!! but Kedah was so hot. everyday was hot. in the afternoon, when im going to have lunch, time nak tacap lipstick semua kan, my face was a little bit oily but!!! bila oily muka nampak glowing hiks. then when im home after work, im using a wipe tissue to remove all the things on my face, guess what? nothing on the tissue which mean, the actress cream + the bb cream had gone away before im home hahaha T.T so for the conclusion for my "short" review, this actress cream is so good ; its blend well on my skin, tak bercapuk, and i think my skin rasa lembut but its make my skin oily :( maybe i gonna buy this cream soon (10 more years :p) because the price sob sob




me using KLAVUU ACTRESS CREAM. excuse my parut campak hahahahaha


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
why you should buy this actress cream?

+ has SPF 30 PA++. so you dont need to wear another sunscreen!

+ its 5 in 1 product!! for those who kedekut like me, then you should have this cream hahahaha. in just a bottle of cream its provide makeup base + primer + sunscreen + pearl base + fixer. this product can help to improve your skin condition everyday and its also support your makeup. why? because the actress cream contains 5 pre makeup products (which is i had mentioned it before) so its gonna help your makeup blend very well!

+ make your skin instant glow and white! this actress cream contain extracts from Korean Pearl and pearl micro particles that fit the skin evenly for glowing pearl shine.




how to apply this actress cream

mix this actress cream with your foundation at a 1:1 ratio. no need to apply another sunscreen!

if you're intrested with this ACTRESS CREAM you can buy it from LAZADA → KLAVUU ON LAZADA ❤

you also can visit their page :-
instagram : KLAVUU MALAYSIA
facebook :  KLAVUU MALAYSIA
twitter : KLAVUU MALAYSIA

Wednesday, 10 May 2017

KLON KINDER JOY

21:30 18
KLON KINDER JOY

Assalamualaikum.

tadi masa sha tengah jalan jalan pastu singgah kat blog lain, sha ada terjumpa satu entry mengenai kinderjoy klon. sha pun ada jugak jumpa jugak kinder joy klon ni. nk beli yang kinder joy betul tu memang rabak la poket kan? benda kecik tu RM5++ ???? baik beli makanan hehehe


RM 1.99 untuk dua ni hahaha. dalam tu dapat mainan dan ada sebelah dia coklat tapi coklat dia takdelah sedap mana tapi habislah adik sha makan. mainan tu pulak cousin sha ambik hahaha, sha dapat apa? dapat yang kat atas ni jelah. rasa macam nak beli lagi tapi kartun yang lain pulak. eh kartun ke? hahaha byee


Tuesday, 9 May 2017

KEK COKLAT CHEESE RM5

20:59 5
KEK COKLAT CHEESE RM5

Assalamualaikum!

petang semalam sha scroll scroll feeds FB lepas tu mata terpandang satu post ni, dia ada jual kek coklat cheese weh! lama dah ni takmakan hahahaha. sha pun pm la si penjual ni, dia layan okay kan sha pun on jelah sebab dia cakap dia tinggal dekat je dengan kawasan tempat kerja sha hahaha so takdelah kos untuk cod hehe


lepastu dah janji tengahari kan, time sha keluar lunch tadi dia datang tapi ada la workmate sha ambilkan, pastu bila balik dari lunch takkan nak makan lagi kan? hahaha sha pun simpanlah dulu dalam peti ais tapi hati ni nak makan tapi perut kata kenyang sob sob. lepas tu dalam pukul 3.45 macam tu, sha pun try lah. tengok hiasan pun dah terliur hahaaha!


syafiyah pun boleh la hahahaha comel je nama tu kan, nama future daughter kot :p 


tadaaaaaaa. nampak sedapkan? hahahaha dan rasa dia memang sedap!!!!! sha memang selalu makan kek coklat cheese tapi jarang jumpa yang kena dengan apa sha nak,. tapi yang akak ni buat memang kena dengan tekak sha. berbaloi dengan harga RM5. korang suka kek apa? ❤




Saturday, 6 May 2017

PRODUK SAVEE RM1

13:13 4
PRODUK SAVEE RM1
assalamualaikum


hari rabu, 3 mei haritu sha ada order beberapa mask dari SAVEE lepas tu kan, 4 mei dah sampai!!!!!! time tu kat tempat kerja macam biasa, pastu adalah sebuah lori behenti kat depan kedai, ingatkan nak topup ke apa hahaa! pastu dia cakap nurul shafyqah ada? eh hehehehe sebab selalu kalau poslaju 1-3 hari kan, kiranya memang tak jangka langsung la benda nak sampai. pastu excited gila lah kan barang sampai hehehehe :p

ni list mask - scrub yang sha beli


mask memang seringgit tapi postage dia agak mahal lah tapi takpelah kalau order semalam harini dh sampai kan? memang wow gila la kan? hehehe










kiranya sha beli banyak banyak ni untuk stok sampai raya lah kan haha. jauh betul fikir puasa pun belum kan :( tapi takut je nanti dah dekat raya semua buat hal, barang yang 1-3 hari jadi 5-7minggu hahaha! so sesiapa yang suka beli online tu, boleh dah start beli sekarang! ;) xoxo

website : SAVEE BEAUTY

Thursday, 4 May 2017

WHISKAS FREE??

10:00 2
WHISKAS FREE??
Assalamualaikum

sebenarnya dah lama sha dapat parcel ni tapi asyik taksempat nak menaip je haha. so pada satu hari sha duk scroll fb pastu nampaklah pasal free whiskas ni, sha pun isilah padahal sha takde kucing sha memang suka dengan benda free hahahaha! kalau p shoping mall nak shoping apa mesti pentingkan benda yang ada freegift walaupun barang tu mcm takguna sangat hahaha teruknya perangai

lepas tu, satu haritu pakcik poslaju datang, dia cakap ada parcel hehehehe sha macam waaahh sapalah yang hantar barang diam diam ni excited kot sbb dia dalam kotak, ingatkan makeup ke apa hahaha! kalini sha bukak parcel main tarik je sebab excited sangat.

bukak bukak kotak whiskas keciwa sistur tau hahahaha tapi still excited sbb sha duk fikir dah ni nak bagi kat kucing mana hahahaha dalam kotak tu dia bagi 3 pack whiskas dgn buku panduan macam tulah.





so kepada yang suka jugak barang percuma dan nak whiskas percuma boleh apply kat sini → WHISKAS PERCUMA and youre welcome ;)


Wednesday, 3 May 2017

KLAVUU AQUA CUSHION REVIEW

09:55 14
KLAVUU AQUA CUSHION REVIEW

Assalamualaikum! first of all excuse my bad english hehe im still trying ;)

so today i gonna review another  KLAVUU product that i received last week. Its an AQUA CUSHION!!! this is not my first time using cushion, i had tried more than one cushion before this but i found this aqua cushion is the best. this is my an honest confession; this aqua cushion is very very very suitable with my skin tone. im using the #23 color. for those who like korean cosmetic, you should get this aqua cushion a.s.a.p!

before this, when im using another cushion, when i applied it on my face, my face looks like a ghost hahaha! you know what i mean? even though they said the 23 shade gonna looks natural but it still look too light for my skin tone. and its also looks so cracked on my face. i only use the cushion once and never touch it anymore -___-


for me la kan, i do like to wear makeup to look natural hehehehe bukannya bercapuk putih macam hantu :p so i prefer this aqua cushion bcs i loooks sooo natural to me la.

why i like this aqua cushion?

* the packaging is so nice! and i like blue hehaha!
* its have SPF 50+ PA+++ sunblock.
* the texture are so soft and its also moisturize your skin


* easy to blend.
* its has a good smell too :p
* its can cover the scar, pimple and whatever on your face hahaha!
* its also can whiten your skin
* its looks natural on you skin

fyi, this aqua cushion have two color which is #21 (light) and #23 (natural) but guess what? i even can use the #21 color! hahahaha


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


sumpah it easy to blend on my skin and its also blend so well. recommended!!!!!!

selfie depan kamera ;p excuse my open poress

if you're intrested with this AQUA CUSHION you can buy it from LAZADA → KLAVUU ON LAZADA ❤

you also can visit their page :-
instagram : KLAVUU MALAYSIA
facebook :  KLAVUU MALAYSIA
twitter : KLAVUU MALAYSIA