Sunday, 19 March 2017

# personal # random

cuti sekolah datang lagi


assalamualaikum & selamat berhari minggu *sha kerja*



yess sekarang cuti sekolah hahaha untuk negeri kedah, harini dah masuk hari ketiga cuti sekolah. walaupun sekarang cuti sekolah tapi yang bekerja ni tetap kerja sob sob hahahaha. tapi yang bestnya cuti sekolah ni, rumah penuh je dengan cousin cousin sebab semua cuti kan. kalau hari sekolah sunyi je rumah. tapi yang takbestnya kereta banyak gila kat jalan hahaha T.T so petang semalam masa balik dari kerja, dapat berita yang one of my family members got into a small excident. alhamdulillah takde apa yang teruk cuma kereta je remuk teruk. and for those yang tengah rancang nak balik kampung tu berhati hatilah dijalan raya, ingatlah family yang tengah tunggu kat kampung tu okay? 



cuti - cuti sekolah ni apa perancangan untuk anak anak? hehe sha takde anak lagi tapi duk rancang macam macam dah nak buat dengan cousin hehehe so by this week sha nak layankan je apa yang dorang nak buat, sebagai contoh nak joging *dari last year lagi rancang* tapi cuma boleh joging hari sha cuti jelah iaitu hari selasa. kalau hari kerja susah sikit kot sebab sha ni orang yang bersiap ambik masa hampir dua jam hahahaha. selain tu, petang - petang dorang ada main tuju kasut dengan cousin yang lain. best betul dorang yang baru balik kampung tu. yelah duduk perak kat rumah flat mananya nak main tuju kasut, kejar - kerja naik basikal semua. kalau berbasikal pun mesti tak semeriah kat kampung kan.

cuti - cuti macam ni kalau balik rumah family, luangkanlah masa dengan family. lupakan kejap pasal whatsapp wechat instagram semua tu, bukan senang kan nak cuti? so manfaatkanlah masa yang ada. cuti sekolah macam ni rugilah kalau takpi makan nasi minyak kan? hehehe jangan makan lebih lebih, balik nanti workout/diet balik ok? 

see u in next entry! ❤




5 comments:

  1. Selamat bercuti pada yang bercuti. Have fun and enjoy yourself =D

    ReplyDelete
  2. Jommm joinn ni cuti cuti sekolahhhh

    http://nonasani.blogspot.my/2017/03/lazada-birthday-blogger-contest.html

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hehe sha kerja >< selamat bercuti :D

      Delete