Saturday, 18 March 2017

# kecantikan # review

50 KEBAIKAN VASELINE

Assalamualaikum.
siapa pernah guna vaseline? atau memang penggemar vaseline? kalau sha, vaseline ni wajib ada dalam bilik sha. lagipun vaseline ni kalau beli 1 bekas kecil tu pun boleh tahan lama hahaha. ni ha rupa vaseline tu



harga dia sha rasa bawah dari RM5 kalau bekas kecil dan RM10+ untuk bekas besar. tapi okaylah kan dengan harga dan kebaikan dia :D

50 KEBAIKAN VASELINE 

1. Sapukan sedikit pada bulu mata anda sebelum masuk tidur. Ia akan membuatkan bulu mata anda menjadi lebih panjang dan lebih tebal dr masa ke semasa

2. Sapukan pada kaki anda setiap hari, pakai stokin and bila anda bangun akan tersa lembut jer kaki tu. Lakukan setiap hari...

3. Sapukan pada siku anda setiap hari, ia akan menjadi lebih lembut

4. Sapukan dan urut pada 'cuticles' beberapa kali dalam sehari untuk kelembutan dan kecantikan cuticles anda.

5. Sapukan pada bibir yg terluka, macam pecah2 bibir tu...

6. Gunakan sebagai LIP GLOSS

7. Campurkan sedikit pada serbuk KOOL-AID dan jadikan ia sebagai LIP GLOSS berwarna serta berperisa

8. Cairkan vaseline dan sebiji coklat cip dalam microwave, gaul sebati dan jadikan Lip Gloss berperisa coklat... nyum...nyum....

9. Sapukan pada tempat2 yg ingin di semburkan minyak wangi. Ia akan menjadikan minyak wangi lebih tahan lama dari sepatutnya..

10. Boleh dijadikan sebagai pelembap jerawat yg degil & rasa sakit. (tidak akan menyumbat liang2 pori anda)

11. Pelembap utk kulit kering yg amat teruk.

12. Sapukan pada lutut2 anda drpd kering yg kelihatan mcm rupa abu tu....

13. Gaulkan bersama garam laut utk dijadikan SCRUB

14. Sapukan sedikit pada gigi anda untuk mengelakkan mulut melekat pada gigi.. pada yg selalu senyum spt beauty pagent ker... artis ker...

15. Sapukan juga pada gigi utk elakkan lipstik ada melekat pada gigi.... auw.... malu nyer kalau terjadi kan..

16. Sebagai bahan utk mengURUT.... yo!!

17. Panaskan utk dijadikan krim malam

18. MAKE UP remover (bg menanggalkan kesan2 make up)

19. Melindungi kulit daripada terdedah kepada cuaca yg teruk (panas... sejuk....)

20. Digunakan pada pipi utk kelihatan lebih dewy..

21. Digunakan di bawah eye shadow utk mendapatkan efek bersinar / bercahaya....

22. Boleh digunakan untuk kulit lebih licin dan soother selepas bercukur

23. Digunakan pada waktu rawatan kuku

24. Bagi menghilangkan garis-garis kulit kering yang bole timbul selepas membasuh

25. Melincirkan cuping telinga dan membantu memasukkan anting2 dengan mudah tanpa menyakitkan...

26. Menjadikan kuku lebih tahan dan kuat...

27. Gunakan dgn lipstik utk dijadikan sbg blusher pipi anda.

28. Memudahkan untuk menanggalkan cincin yang tersekat di jari anda..

29. Mencantikkan kening yang susah sgt di urus... messy

30. Menjadikan bulu mata anda lebih berkilat dan kalis air...

31. Melegakan kulit kepala, pra-shampoo

32. CAN HELP PREVENT CHAFFING

33. Membantu menyembuhkan selepas prosedur pembedahan kosmetik.

34. Mengurangkan kegatalan dan kerak2 kelemumur

35. Theraputic apabila digunakan ketika akibat terkena Poison Ivy

36. Dapat membantu memperbaiki keadaan mereka yg menghidap ezkema atopik

37. Membantu menyembuhkan dan melindungi tatoo baru dibuat.

38. Boleh melindungi terhadap pewarnaaan rambut yg membahayakan, pengerintingan dan meluruskan dengan bahan kimia yg digunakan sebagai topeng di sekitar garis rambut..

39. Gunakan sedikit utk kilatkan kasut dan beg anda.

40. Colekkan sedikit di jari anda dan gosok di tapak tangan kemudian ramas2 perlahan di rambut anda .. buat mcm ala.. korean style...

41. Gunakan utk disapukan pada hujung rambut yg berbelah dan kering.

42. Menghilangkan kesan makeup pada pakaian

43. Gosokkan pada leher botol pewarna kuku anda agar tidak melekat lagi pd botol.

44. Menjadikan pewarna kuku ada yg lama nampak baru semula

45. Letakkan sedikit serta campurkan pada serbuk eyeshadow utk dptkan warna lain dan lebih menarik lagi bila memakainya.

46. Campurkan pada losyen kegemaran anda

47. Sapukan pada bibir anda, biarkan utk beberapa minit kemudia gosok perlahan dgn berus gigi utk mengupaskan kulit mati agar lebih lembut.

48. Menanggalkan bulu mata palsu yg tersalah pakai dgn cepat.

49. Sapukan sedikit pada badan anda yg kering sebelum anda menyapukan losyen utk TON kulit agar samarata.


50. Sapukan pada keseluruhan sebelum penerbangan bagi mengelakkan kulit kering.

credit to :kaki kaki travel

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

wah banyak betul kan kebaikan vaseline ni walaupun harga beshe beshe je hahaha. sha guna vaseline letak kat bulu mata, tapi kena rajinlah. nampak lah bulu mata makin panjang tapi takboleh lawan bulu mata che ta la hehehehe. dan disebabkan kening sha pun segan segan je nak ada, sampai ada yang tegur "hang ni takdak kening ka" hhuhuhu sha letak jugak vaseline ni kat kening, so sekarang sha dah ada kening hehehe!

selain tu, sha guna vaseline ni as makeup remover tapi takbest sangat huhu tapi memang hilang lah semua makeup tu. sha selalu guna kat bahagian mata jelah. kalau letak kat bulu mata yang dah dipakaikan maskara kan, sapu sapu pastu biarkan kejap then tarik dengan tisu memang semua maskara tu keluar silap silap bulu mata sekali keluar hahaha

sha jugak pernah jadikan vaseline ni as face highlight. nak nampak glowing kan hahaha tapi sha guna ni bila main main makeup kat rumah jelah :p tapi memang nampak muka bercahaya gituhh

last sekali, sejak cuaca panas sangat kan sekarang, kaki sha habis jadi kering :( so sebelum tidur sha guna vaseline ni kat tempat tempat yang kering tu pastu pakai stokin yang sha beli kat kedai 90 plus tu :p tapi macam takberkesan sangat. so sesiapa ada cara lain nak rawat masalah ni komen ye!

bestkan kalau beli satu produk ni dan banyak kegunaan dia. so save budget hehehe. soooo bye lunch time. siapa kerja harini angkat tangan satu kali :p ♥

2 comments:

  1. CCL pengguna vaseline jugak ..sebelum tido sapu kat kening bulu mata ..bibir ..kat tangan apply dengan losyen sekali ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! best ke kalau apply dengan losyen?

      Delete