Friday, 31 March 2017

semakin hari semakin takdak hati dan rasa nak giveup...

11:03 5 Comments
assalamualaikum.

amboi panjangnya tajuk entry kali ni hahaha! dipagi jumaat yang tenang ni, sha terfikir sesuatu. rasa macam dah malas nak berblogging huaaaaaa T.T


dia bukan apatau. disebabkan takdak masa langsung sekarang, asyik busy je. padahal ada banyak benda nak dikongsikan tapi nak menaip tu yang taksempat. harini pun sempat menaip sebab harini jumaat, customer memang kurang kalau jumaat uhuuu. pastu bila dah ada masa lapang sikit mesti rasa nak berehat. yelah dah asyik letih je kebelakangan ni. letih apa taktau la tapi memang letih hahahaa T,T kat rumah nak menaip pun taksempat. balik kerja dah 5.30, malam ada ajar sepupu kerja sekolah apa semua. sebelum pukul 12 dah kena tidur hahahaha. macam mana semua blogger lain bahagikan masa T.T helpppppppppppp :(



Thursday, 30 March 2017

rezeki hujung bulan

15:04 3 Comments
assalamualaikum.





lamanya rasa tak menaip disebabkan sibuk isi pendaftaran darjah 1 dan prasekolah. sebelum busy haritu sha ada join giveaway yang blogger lain anjurkan, alhamdulillah rezeki hujung bulan kot hehehe mula mula dapat voucher dari lazada {baca disini}pastu semalam ada dapat email, uyul rosli ada komen nama pemenang giveaway yang dia anjurkan. alhamdulillah sha antara yang bertuah ececece. excited ni nama tersenarai :D



alhamdulillah dan terima kasih kepada Uyul Rosli
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
lepas tu, pagi tadi datang je kerja on je pc terus bukak blogger.com hehehe alhamdulillah dapat komen daripada kakak herneenazir 




alhamdulillah rezeki lagi :D terima kasih kak herneenazir ❤


dah masuk dah topup dari kak herneenazir hehehehe

alhamdulillah, terima kasih anjurkan giveaway, nanti sha join lagi :p by the way sha ada terima 2 bungkusan hari ni. kalau nak tau apa sha dapat , tunggu next entry okay? bye❤❤


Wednesday, 29 March 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com

17:12 5 Comments


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Tuesday, 28 March 2017

Sunday, 26 March 2017

selepas 8 tahun... akhirnya!!

12:17 6 Comments
Assalamualaikum.





Entry kalini sha nak cerita sikit apa yang terjadi dalam dua hari lepas. sebelum tu, sha cerita dululah apa yang terjadi sebenarnya. pada satu hari, rasanya bulan ogos tahun 2009, time tu sha kat hostel, mak sedara sha datang cakap nak bawak balik sha padahal esok tu sekolah tau huhuhuhu time tu dah tau dah mesti ada benda tak kena kan. mak sedara pi settle dengan warden apa semua, sha pun baliklah. rupanya kena ikut nenek sha pi pahang, arwah maktam sha kena campak yang teruk sampai kena tahan wad. sha tak ingat sangat sebenarnya.biasalah dah lama sangat kan huhuhu. so malam tu jugak sha bertolak pi pahang, bas pukul 8.30 kot, sha pi dengan nenek, mak sedara sha dan ayah mertua mak sedara sha yang kena demam campak tu. sha macam biasalah kalau naik bas time malam sha memang akan tidur tapi nenek sha taktidur, dia duk risaukan maktam sha tu la kan. mak sedara sha yang kat kedah ada call sha time 2 pagi tu tapi sha taksedar huhuhuhuhu so bila sampai kat pahang dalam pukul 5.55 pagi macam tu lah, naik je kereta paktam sha datang ambik kat terminal bas kan, dia cakap maktam sha dah takde............. luluh seluluh luluhnya hati ni :( tambah lagi lah nenek sha merangkap mak kandung arwah maktam sha tu kan. tapi Allah lebih sayangkan dia. arwah memang baik orangnya, sumpah baik, dulu masa sekolah rendah kalau sha dapat result elok mesti dia bagi hadiah. kehilangan arwah memang dapat dirasailah. masa arwah maktam sha meninggal anak dia umur 12,10,8 dan 6 tahun rasanya. bila dah selesai semuanya, nenek sha dan sha kena balik sebab sha sekolah kan. takdapat nak stay lama huhuhu. lepas arwah meninggal tu, dorang ada balik kedah dua kali tapi sha dapat jumpa dorang yang kali pertama balik lepas arwah dah takde tu je, kali kedua dorang balik sha kat hostel. sedih gila tau cousin balik tak dapat jumpa huwaaaa.

so, hari jumaat 24 mac 2017. petang jumaat tu sha serabut gila sebab banyak kerja dengan panas semua lah kan ahahaha pastu bila balik dari jauh nampak kereta putih, cakaplah dalam hati sapalah datang orang letih ni hahahaha >< dalam masa yang sama takut nak bagi harapan sebab kereta saga putih paktam sha je yang ada, dan tempat dia parking memang kat situ huhuhuhu. pastu bila balik nampak seorang lelaki bukan remaja dah hahaha tua dah! :p tengah tengok nenek sha buang ikan dari pukat. pastu dia pusing hahaha sha tekalah, najmi kan?? excited bukan main lagi tau time tu, tengok tengok salah orang hahahahahahahaha pastu dia panggil "najmi!! aishah!! adawiyah!!" hahaha rupanya dia nazirul. pastu semua keluar bersalaman semua kan,ya Allah time tu bahagia sangat sangat. bayangkan 8 tahun takjumpa, masa dulu jumpa budak budak lagi, taktau apa lagi hahahaha sekarang dah besar semua. sha rapat dengan cousin yang ni sebab umur kitaorang tak beza banyak sangat. macam nazirul 20, sha 21, adawiyah 18, adik sha pun 18. najmi pulak 16. cuma aisyah jelah masa last jumpa dia baru umur 6 tahun so dia macam tak kenal sangat lah dengan sha hahaha berubah sangat ke sha ni macam biasa je rasanya tapi mungkin makin mok :p

walaupun dah 8 tahun tak jumpa each other dan lost contact terus, tapi bila jumpa balik kitaorang boleh sembang macam selalu jumpa hahaha tak kekok langsung. boleh je nak melawak macam dulu. masa malam first dorang tidur rumah nenek semua macam letih je sebab dari pahang kan,so takbanyak sangat sembang apa semua. tapi semalam, malam last dorang kat rumah nenek kitaorang overnight sampai pukul2 pastu masing masing pakat nak lelap, dengan sha kerja harini hahahaha. layan movie lah, sembang sembang, cerita kenangan masa time budak budak dulu haahahaha :p disebabkan jarak usia sha dan cousin yang atas sha agak banyak, kitaorang takrapat hahahaha dorang semua dah kahwin ada anak semua kecuali anak paklong sorang lagi tak kahwin. yang anak makngah dengan anak maklang semua dah kahwin.mak sha anak ke empat so sha antara cousin yang tua lah hahaha T.T pastu semalam cousin sha yang 20 tu sibuk suruh sha kahwin hahahaha padahal umur kitaorang jarak setahun je pun.

sebenarnya taksempat nak selfie. so insyaaAllah dorang cakap kalau ada rezeki, raya nanti dorang balik. harap harap betulah dorang balik walaupun bukan time raya pertama. tak kisahlah asalkan balik. sha macam mimpi lagitau semua ni, macam taksangka sebab dah besar pastu baru dapat jumpa balik, sha ada jugak search kat facebook kan tapi takjumpa. tapi tulah, rancangan Allah lebih baik. kan dah boleh terus jumpa ftf.banyak sangat kenangan dengan dorang ni walaupun dulu dorang baik setahun sekali je, time bulan 12. hahahaha yang paling best yang lelaki makin kurus, yang perempuan semua mok mok :p bahagia betul kitaorang hahahaha. panjangnya sha merepek sebab excited sangatkan. terima kasihlah siapa yang sudi baca hahaha! see u in next entry, Al Fatihah untuk arwah maktam...❤

Saturday, 25 March 2017

YAY BARANG DAH SAMPAI!

10:41 11 Comments
Assalamualaikum!

tiba tiba rasa best pulak walaupun kerja pada hari sabtu ni hehehe. tengah busy busy buat kerja, pakcik posmen hon hahaha pin!!!! pin!!!! apa makna lagi kalau bukan barang dah sampai hahahaha. taksabar nak balik un-plastic-ing barang ni hahahaha ><

ni barang barang yang sha beli  hehehe :3


walaupun kecewa dengan spec yang takboleh pakai haritu tetap nak beli jugak barang kat shopee my heheheeh


taraaaaa. bestnya! taksabar rasa nak balik kerja hahahaha >< see u in next entry, have a nice weekend ❤

Friday, 24 March 2017

WHAT'S IN MY PHONE?

13:14 22 Comments
Assalamualaikum &Hi! 

Harini sha nak share what's in my phone. jeng jeng jeng. sha pakai phone biasa je hahaha malu nak cakap phone jenama apa hahahaha. so kita mulakan dengan lock screen, home screen dan seterusnya aplication menu.

LOCK SCREEN


ni lockscreen phone sha. simple je hehehe wallpaper lockscreen ni pun ambik dari phone. so sha guna simkad umobile dan maxis. umobile untuk call/mesej/whatsapp dan maxis untuk internet. 

HOME SCREEN


wallpaper homescreen sha pun guna gambar yang ada masa mula beli phone haritu je hahahaha. homescreen ni sha letak benda yang selalu sha guna je. start dari camera, gallery, instagram, twitter, whatsapp, setting, phone, contact list, message and browser. homescreen kedua pulak ; snapchat, b612, shareit, blogger dan widget hotlink red.

APPLICATION MENU


so ni lah semua benda yang ada kat phone sha huhuhu. sha memang jenis install benda yang betul betul sha guna je. macam game tu selalu juga install pastu uninstall sebab nanti cousin, adik, sepupu sepapat semua nak main kat phone sha hahahaha. 

  • b612 - untuk selfie, untuk nampak flawless hahahaha
  • blogger - katanya untuk tulis entry, malangnya langsung taksempat hahaha
  • followers assistant - untuk detect orang yang unfollow kat ig hehe
  • gmail - untuk check email hahaha
  • go keyboard - keyboard paling terbaik di abad ini
  • hotlink red - untuk check baki dan beli internet pastu dapat point boleh tebus internet freeeeee
  • instasquare - untuk square-kan gambar *jarang guna*
  • share it - untuk share gambar lepas selfie guna phone orang hehehe
  • snapchat - untuk selfie dan acaca cun ada flower crown atas kepala
  • soul movie - untuk tengok kdrama dan drama drama hehehe
  • twitter - tempat untuk merepek dan meroyan bila stress kerja 
  • video download - untuk download video di web (lebih mudah dan cepat dari tubemate)
  • vsco - edit gambar bagi cun nak upload kat ig *walaupun tak cun sangat*
  • whatsapp - untuk usha status orang sebab whtsapp selalu krik krik
  • youtube - tempat untuk habiskan kuota hahahah

FAV APP?

favourite app sha rasanya snapchat kot hahahaha sebab dah berapa kali install uninstall. bila takdak macam taklengkap jeee hahaha masalahnya berat sangat app ni. takut phone hang je huhuhuhu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
rasa macam takcukupkan sebab takdak facebook huhuhu tapi masalahnya kalau nak install semua nanti habislah terus takboleh guna. facebook lite takbest sangat. nak install wechat, joox hahahaha so harap harap before raya ni bolehlah sebijik tablet hehehehe doa doakan saya dimurahkan rezeki! berakhirlah sudah entry kali ni hehe. so whats in your phone? ツ see u in next entry, salam jumaat and assalamualaikum!♥

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SIAPA DAPAT TEKA SHA PAKAI PHONE APA SHA BELANJA TOPUP RM 5, PHONE NI BERAKHIR DENGAN HURUF G







Thursday, 23 March 2017

Wednesday, 22 March 2017

Tuesday, 21 March 2017

Monday, 20 March 2017

REWANG

15:51 5 Comments
Assalamualaikum dan selamat petang! 

disebabkan sekarang cuti sekolah, mesti banyak kan dapat undangan perkahwinan? tapi sha bukan nak cerita pasal kenduri kahwin, sha nak cerita pasal rewang. kalau kat tempat sha takpanggil rewang tapi panggil pakatan/pakat. 



apa itu rewang?

Sebenarnya perkataan Rewang ini berasalnya dari bahasa jawa yang membawa maksud beramai-ramai membanting tulang bergotong-royong dalam menyediakan persiapan sesuatu majlis. Selalunya majlis yang memerlukan kerja Rewang adalah majlis kahwin, sambut menantu, cukur jambul dan seangkatannya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
kalau kat tempat sha kan, sehari sebelum kenduri mesti orang - orang kampung akan datang rumah yang nak kenduri tu siang bawang dan bahan bahan yang nak dimasak pada hari kenduri , pasangkan khemah , lap pinggan gelas dan bekas bekas yang nak digunakan pada hari kenduri. tapi sekarang kebanyakkannya guna pinggan dan cawan pakai buang tu je. pastu masa petang sebelum kenduri, kanak kanak area situ akan tolong susunkan meja dan kerusi tempat makan tetamu yang datang esok dan pihak yang buat pelamin pun sibuk siapkan pelamin dan meja makan pengantin.paling best sehari sebelum majlis kenduri lah kan hahaha dengan pelamin semua mestilah best kan! time tu semua sanak saudara balik berkumpul nak meraikan pengantin baru. tapi zaman sekarang takramai sangat dah guna rewang, kebanyakkannya guna katering je. cepat dan mudah haha! tapi kalau sha, sha lebih suka rewang sebab nampak macam busy dan barulah nampak macam nak ada satu majlis esok tu kan. 

masa sha form6 haritu, sha ada buat kajian pasal rewang ni dan sha pergi tengok sendiri di kampung makcik sha apa yang dorang buat semua. kiranya duk situ dari pagi sampai petang hahaha gigih betul nak siapkan kerja kursus katakan. tapi okay jugaklah sebab dapat pengalaman daan pengetahuan. walaupun niat dihati nak pi buat kajian ja tapi kena buat kerja sekali hahaha kena goreng ayam lah, kena buat nasi gorenglah hahaha.

pada pendapat sha, aktiviti rewang patut diteruskan sebab aktiviti ni mempunyai kebaikan seperti dapat mengeratkan silatulrahim sesama masyarakat setempat dan dapat menerapkan sikap bekerjasama. di samping itu juga, aktiviti ini amat menyoronokkan kerana kita sebagai golongan muda dapat berbual - bual dengan orang orang lama yang lebih banyak makan garam dari kita. tapi disebabkan peredaran masa, rewang semakin dilupakan, di kampung sha pun aktiviti macam ni dah makin lama makin berkurang disebabkan ramai yang lebih gemar guna khidmat katering. harap harap kenduri sha nanti bolehlah buat aktiviti rewang ni :p eh! hahahahaha


BARANG ROSAK? SALAH SIAPA?

12:23 4 Comments

Assalamualaikum dan selamat bekerja kepada yang bekerja dan selamat bercuti kepada yang masih bercuti. 


entry kali ni pasai sha shopping online dan barang tu rosak. sha adalah beli spec kat satu shop kat shopee my ni. okay sebelum ni sha dah dua kali beli spec kat shop di shopee my dan alhamdulillah dua dua sampai dalam keadaan yang elok. sebab tu lah tak teragak - agak nak beli kat shopee my kan. sha tengok ig shop tu follower memang ramai, ni yang lagi meyakinkan sha untuk beli kat dia. so sha pun orderlah spec ni kat dia. harga spec tu RM 20.00 + postage RM 5.30, total = RM 25.30. 

lepas dah buat pembayaran, sha tunggu parcel sampai.. taksabarnya! huhuhu pastu pada 11 Mac 2017, parcel pun sampai kat tangan sha sendiri tau hehe selalu semua parcel pakcik tu hantar kat rumah. yayy dapat parcel
tapi perasaan seronok tu kejap je sebab bila bukak je parcel sedih gila tengok spec tu hmmm masa first buka tu kan.........


patutlah cermin tu terkeluar sebab skru kat bingkai tu dah hilang. sedih gila haritu terus takde mood apa semua hahaha. bila fikir balik kalau salah poslaju takkan lah sampai hilang skru tu kan :( dengan ada berkarat huhuhu pastu bila pm penjual tu dia suruh fix dulu pastu diam macam tu je................................. 

sekarang ni spec tu ada lah dalam almari kat rumah, biar almari jelah kan yang pakai. sedihhhhhnyaaaaaaaaaaaaaaaa T.T


Sunday, 19 March 2017

JENIS - JENIS KULIT MUKA

21:00 4 Comments
Assalamualaikum!

harini sha nak cerita pasal jenis - jenis kulit muka. awak tau tak kulit muka awak jenis apa? penting tau untuk tahu kulit muka kita jenis apa sebab daripada jenis kulit muka kitalah, kita nak beli skincare yang macam mana. kalau salah beli nanti takut makin teruk pulak kan.


so basically ada lima jenis kulit muka :-

  • kulit berminyak (oily)
  • kulit normal (normal)
  • kulit kombinasi (combination)
  • kulit kering (dry)
  • kulit sensitif (sensitive)

KULIT SAYA JENIS APA EH? so here we go..


Kulit berminyak

sebenarnya untung tau siapa ada kulit jenis berminyak. nampak glowing gitu. tapi kalau minyak yang melampau takbest jugak kan. tambah tambah kalau nak pergi kenduri time cuti sekolah ni. dengan panasnya dengan lauk pauk yang sedap tu fuhh. so antara ciri ciri kulit berminyak adalah lepas cuci muka, takbuat apa benda pun kulit jadi berminyak. yes, kulit awak jenis berminyak. antara ciri yang lain, liang - liang pori besar *macam muka sha* , muka jadi berkilat dan mudah naik jerawat :(

Kulit normal


kulit jenis normal ni takbanyak masalah sebenarnya. sebab? sebab dia normal hehe. antara ciri kulit jenis normal adalah kulit tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak, tidak sensitif. liang roma juga tidak terlalu kelihatan dan berseri.Pada keadaaan tertentu, kulit normal cenderung berminyak atau kulit normal cenderung kering. bertuah sangat siapa yang ada kulit jenis normal ni kan? 

Kulit kombinasi


jenis kulit macam ni sedikit leceh tau. sebab kalau nak beli makeup kena beli dua jenis hahaha! contoh kalau pipi jenis dry (macam dalam gambar) dan t-zone jenis oily (macam dalam gambar). mana boleh makeup yang untuk yang jenis oily kat dry dan dry kat oily. nanti mesti something wrong happen eheee. so antara ciri ciri kulit jenis combination ni :- Liang yang kelihatan lebih besar dari biasa, kerana ianya lebih terbuka, blackheads dan kulit berkilat. 

Kulit kering


sekarang musim panas melampau ni kan, kulit sha pun kadang - kadang jadi kering jugak tapi sha selalu pesan kat diri sha suruh minum air masak secukupnya dan jangan lupa pakai moisturizer ok?! antara ciri - ciri kulit awak jenis kering adalah kulit jadi kasar dan kusam. selain itu, liang - liang pori tak kelihatan tetapi garis - garis halus di muka kelihatan dengan jelas dan kulit kering lebih cepat berkedut.

Kulit sensitif


Tidak ramai wanita yang benar-benar mempunyai kulit yang sensitif, sebenarnya kita sendiri yang berasakan kulit kita sensitif. Sesetengah wanita yang kulit mukanya sebelum ini bukan jenis sensitif , tidak mustahil boleh berubah menjadi sensitif kesan sampingan penggunaan produk skincare beracun dan mempunyai merkuri yang tinggi! antara ciri - ciri kulit sensitif adalah kulit yang tipis, mudah luka dan adakalanya berwarna kemerahan dan mudah mengalami keradangan .

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
so dah kenalpasti belum kulit awak jenis yang mana? nanti sha share skincare menu pulak okay? 😊❤ kulit sha jenis normal to oily. korang pulak?








cuti sekolah datang lagi

14:54 5 Comments

assalamualaikum & selamat berhari minggu *sha kerja*



yess sekarang cuti sekolah hahaha untuk negeri kedah, harini dah masuk hari ketiga cuti sekolah. walaupun sekarang cuti sekolah tapi yang bekerja ni tetap kerja sob sob hahahaha. tapi yang bestnya cuti sekolah ni, rumah penuh je dengan cousin cousin sebab semua cuti kan. kalau hari sekolah sunyi je rumah. tapi yang takbestnya kereta banyak gila kat jalan hahaha T.T so petang semalam masa balik dari kerja, dapat berita yang one of my family members got into a small excident. alhamdulillah takde apa yang teruk cuma kereta je remuk teruk. and for those yang tengah rancang nak balik kampung tu berhati hatilah dijalan raya, ingatlah family yang tengah tunggu kat kampung tu okay? 



cuti - cuti sekolah ni apa perancangan untuk anak anak? hehe sha takde anak lagi tapi duk rancang macam macam dah nak buat dengan cousin hehehe so by this week sha nak layankan je apa yang dorang nak buat, sebagai contoh nak joging *dari last year lagi rancang* tapi cuma boleh joging hari sha cuti jelah iaitu hari selasa. kalau hari kerja susah sikit kot sebab sha ni orang yang bersiap ambik masa hampir dua jam hahahaha. selain tu, petang - petang dorang ada main tuju kasut dengan cousin yang lain. best betul dorang yang baru balik kampung tu. yelah duduk perak kat rumah flat mananya nak main tuju kasut, kejar - kerja naik basikal semua. kalau berbasikal pun mesti tak semeriah kat kampung kan.

cuti - cuti macam ni kalau balik rumah family, luangkanlah masa dengan family. lupakan kejap pasal whatsapp wechat instagram semua tu, bukan senang kan nak cuti? so manfaatkanlah masa yang ada. cuti sekolah macam ni rugilah kalau takpi makan nasi minyak kan? hehehe jangan makan lebih lebih, balik nanti workout/diet balik ok? 

see u in next entry! ❤




Saturday, 18 March 2017

50 KEBAIKAN VASELINE

13:26 2 Comments
Assalamualaikum.
siapa pernah guna vaseline? atau memang penggemar vaseline? kalau sha, vaseline ni wajib ada dalam bilik sha. lagipun vaseline ni kalau beli 1 bekas kecil tu pun boleh tahan lama hahaha. ni ha rupa vaseline tu



harga dia sha rasa bawah dari RM5 kalau bekas kecil dan RM10+ untuk bekas besar. tapi okaylah kan dengan harga dan kebaikan dia :D

50 KEBAIKAN VASELINE 

1. Sapukan sedikit pada bulu mata anda sebelum masuk tidur. Ia akan membuatkan bulu mata anda menjadi lebih panjang dan lebih tebal dr masa ke semasa

2. Sapukan pada kaki anda setiap hari, pakai stokin and bila anda bangun akan tersa lembut jer kaki tu. Lakukan setiap hari...

3. Sapukan pada siku anda setiap hari, ia akan menjadi lebih lembut

4. Sapukan dan urut pada 'cuticles' beberapa kali dalam sehari untuk kelembutan dan kecantikan cuticles anda.

5. Sapukan pada bibir yg terluka, macam pecah2 bibir tu...

6. Gunakan sebagai LIP GLOSS

7. Campurkan sedikit pada serbuk KOOL-AID dan jadikan ia sebagai LIP GLOSS berwarna serta berperisa

8. Cairkan vaseline dan sebiji coklat cip dalam microwave, gaul sebati dan jadikan Lip Gloss berperisa coklat... nyum...nyum....

9. Sapukan pada tempat2 yg ingin di semburkan minyak wangi. Ia akan menjadikan minyak wangi lebih tahan lama dari sepatutnya..

10. Boleh dijadikan sebagai pelembap jerawat yg degil & rasa sakit. (tidak akan menyumbat liang2 pori anda)

11. Pelembap utk kulit kering yg amat teruk.

12. Sapukan pada lutut2 anda drpd kering yg kelihatan mcm rupa abu tu....

13. Gaulkan bersama garam laut utk dijadikan SCRUB

14. Sapukan sedikit pada gigi anda untuk mengelakkan mulut melekat pada gigi.. pada yg selalu senyum spt beauty pagent ker... artis ker...

15. Sapukan juga pada gigi utk elakkan lipstik ada melekat pada gigi.... auw.... malu nyer kalau terjadi kan..

16. Sebagai bahan utk mengURUT.... yo!!

17. Panaskan utk dijadikan krim malam

18. MAKE UP remover (bg menanggalkan kesan2 make up)

19. Melindungi kulit daripada terdedah kepada cuaca yg teruk (panas... sejuk....)

20. Digunakan pada pipi utk kelihatan lebih dewy..

21. Digunakan di bawah eye shadow utk mendapatkan efek bersinar / bercahaya....

22. Boleh digunakan untuk kulit lebih licin dan soother selepas bercukur

23. Digunakan pada waktu rawatan kuku

24. Bagi menghilangkan garis-garis kulit kering yang bole timbul selepas membasuh

25. Melincirkan cuping telinga dan membantu memasukkan anting2 dengan mudah tanpa menyakitkan...

26. Menjadikan kuku lebih tahan dan kuat...

27. Gunakan dgn lipstik utk dijadikan sbg blusher pipi anda.

28. Memudahkan untuk menanggalkan cincin yang tersekat di jari anda..

29. Mencantikkan kening yang susah sgt di urus... messy

30. Menjadikan bulu mata anda lebih berkilat dan kalis air...

31. Melegakan kulit kepala, pra-shampoo

32. CAN HELP PREVENT CHAFFING

33. Membantu menyembuhkan selepas prosedur pembedahan kosmetik.

34. Mengurangkan kegatalan dan kerak2 kelemumur

35. Theraputic apabila digunakan ketika akibat terkena Poison Ivy

36. Dapat membantu memperbaiki keadaan mereka yg menghidap ezkema atopik

37. Membantu menyembuhkan dan melindungi tatoo baru dibuat.

38. Boleh melindungi terhadap pewarnaaan rambut yg membahayakan, pengerintingan dan meluruskan dengan bahan kimia yg digunakan sebagai topeng di sekitar garis rambut..

39. Gunakan sedikit utk kilatkan kasut dan beg anda.

40. Colekkan sedikit di jari anda dan gosok di tapak tangan kemudian ramas2 perlahan di rambut anda .. buat mcm ala.. korean style...

41. Gunakan utk disapukan pada hujung rambut yg berbelah dan kering.

42. Menghilangkan kesan makeup pada pakaian

43. Gosokkan pada leher botol pewarna kuku anda agar tidak melekat lagi pd botol.

44. Menjadikan pewarna kuku ada yg lama nampak baru semula

45. Letakkan sedikit serta campurkan pada serbuk eyeshadow utk dptkan warna lain dan lebih menarik lagi bila memakainya.

46. Campurkan pada losyen kegemaran anda

47. Sapukan pada bibir anda, biarkan utk beberapa minit kemudia gosok perlahan dgn berus gigi utk mengupaskan kulit mati agar lebih lembut.

48. Menanggalkan bulu mata palsu yg tersalah pakai dgn cepat.

49. Sapukan sedikit pada badan anda yg kering sebelum anda menyapukan losyen utk TON kulit agar samarata.


50. Sapukan pada keseluruhan sebelum penerbangan bagi mengelakkan kulit kering.

credit to :kaki kaki travel

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

wah banyak betul kan kebaikan vaseline ni walaupun harga beshe beshe je hahaha. sha guna vaseline letak kat bulu mata, tapi kena rajinlah. nampak lah bulu mata makin panjang tapi takboleh lawan bulu mata che ta la hehehehe. dan disebabkan kening sha pun segan segan je nak ada, sampai ada yang tegur "hang ni takdak kening ka" hhuhuhu sha letak jugak vaseline ni kat kening, so sekarang sha dah ada kening hehehe!

selain tu, sha guna vaseline ni as makeup remover tapi takbest sangat huhu tapi memang hilang lah semua makeup tu. sha selalu guna kat bahagian mata jelah. kalau letak kat bulu mata yang dah dipakaikan maskara kan, sapu sapu pastu biarkan kejap then tarik dengan tisu memang semua maskara tu keluar silap silap bulu mata sekali keluar hahaha

sha jugak pernah jadikan vaseline ni as face highlight. nak nampak glowing kan hahaha tapi sha guna ni bila main main makeup kat rumah jelah :p tapi memang nampak muka bercahaya gituhh

last sekali, sejak cuaca panas sangat kan sekarang, kaki sha habis jadi kering :( so sebelum tidur sha guna vaseline ni kat tempat tempat yang kering tu pastu pakai stokin yang sha beli kat kedai 90 plus tu :p tapi macam takberkesan sangat. so sesiapa ada cara lain nak rawat masalah ni komen ye!

bestkan kalau beli satu produk ni dan banyak kegunaan dia. so save budget hehehe. soooo bye lunch time. siapa kerja harini angkat tangan satu kali :p ♥

Friday, 17 March 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

11:49 2 Comments


disebabkan aku memang suka cuci mata kat lazada so nak try lah join contest dorang, mana tau rezeki kan :D so sesiapa yang nak join jugak contest ni, klik banner kat atas ok!

How to Join – Lazada Birthday Blogger Contest

1. Each contestant (blogger) has to write a post and answer these questions on his/her blog post: 

a. What do you love about Lazada Malaysia? 
b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 
c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

------------------------------------------------------------------------------------------------
a. What do you love about Lazada Malaysia? 

tbh, aku takdelah selalu sangat shopping kat lazada tapi baru - baru ni adalah shopping kat lazada. rambang mata hehehe sebab apa je yang aku nak serach je terus ada. nak shopping baju? set skincare? skincare korea? phone? tablet? semuanya lah semua ada. lagipun senang nak shopping kat lazada sebab barang semua tersusun elok je. takdelah serabut. 

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 







c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 

rasanya dah okay dah semua pasal lazada ni. delivery pun cepat dan tepat pada masanya walaupun barang dari overseas. tak ambik masa terlalu lama ♥

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

Happy Birthday Lazada Malaysia yang ke 5! semoga dapat kekalkan perkhidmatan yang terbaik ni sampai bila bila :D *selalu selalulah buat sales :p*