Tuesday, 19 September 2017

RESEPI KEK BATIK SIMPLE

09:52 19 Comments
Assalamualaikum

Minggu lepas sha teringin nak makan makanan yang manis manis so sha pun ambiklah keputusan nak buat kek batik. sebab kek batik jelah yang mudah, cepat dan sedap kan ๐Ÿ˜‚ harini sha nak share resepi tu dengan korang

bahan - bahan


1. Biskut marie (sha memang guna yang jenama ni je since first time belajar buat kek batik)
2. 1/2 buttercup
3. 1/2 tin susu krimer manis
4. 2 botol serbuk koko 
5. 1 cawan air kosong 


cara - cara memasak ;

1. cairkan buttercup
2. masukkan secawan air dan setengah cawan susu lepastu kacau
3. kemudian masukkan serbuk koko dan kacau hingga takde ketul ketul tau?
4. patahkan roti marie ke dalam kuali
5. gaul hingga rata
6. masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais 4-6 jam
7. sedia untuk dimakan ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹

pic yang takberapa jelas maaf ๐Ÿ˜‚ tapi sedap tau (done puji diri sendiri) 



Monday, 18 September 2017

DEMAM OH DEMAM

20:09 3 Comments
Assalamualaikum!


apa makna ubat ubatan semua ni? ya sha demam ๐Ÿ˜ญ ceritanya start last week hari rabu, sha kerja petang. malam selasa tu dah taksedap badan dah tapi macam oklah takde apa kot pastu pagi rabu tu tengah dengar lagu tertidur alahai bila bangun je terus rasa tak sihat padahal kejap lagi kena gi kerja. sha pun okaylah pi lah kerja macam biasa kan, padahal petang tu memang rasa nak tidur je hahaha๐Ÿ˜‚ nak dijadikan cerita, balik kerja tu hujan pulak. sha gi kerja naik motorsikal je haha so kenalah hujan yang renyai renyai balik tu bertambahlah sakit dia๐Ÿ˜‚ hari khamis kerja pagi, haritu memang taklarat sangat lah sha pun whtsapp lah kakak tempat kerja sha cakap sha nak halfday je, hari khamis haritu hujan sepanjang hari ๐Ÿ˜‚ maknanya sha pi kerja kena hujan balik kerja kena hujan. balik je rumah terus mandi pastu telan panadol apa semua tidur, alhamdulillah lega terus demam๐Ÿ˜‚ tapi sekarang masalah dia batuk pulak ๐Ÿ˜ช batuk takhenti, adoi letih tau๐Ÿ˜‚ orang cakap "minum air ais kuat sangat ni" hahaha dorang taktau yang sha ni pagi petang siang malam memang hadap air kosong takberais tu je๐Ÿ˜‚ sampai dah takrasa nak minum air manis tau hehehe tapi tu lah sampai saat sha tengah cerita ni batuk tak hilang lagi. ada apa apa tips tak nak hilangkan batuk? kalau ada boleh lah share kat komen hehe doakan sha cepat sembuh ๐Ÿ˜˜❤ 

KENING BERALUN / WAVY EYEBROWS

12:06 5 Comments

Assalamualaikm and happy monday everyone!

susah betul nak muncul kat blog ni, disebabkan masa yang sangat terhad. siapa pernah baca/tengok tengok mengenai wavy eyebrows ataupun kening beralun? hahaha macam macam jenis kan fesyen sekali? kening pelepah la kening shinchan la. selain kening, bibir bealun pun ada orang buat tau, tak percaya try search kat youtube "wavy lips" yang kening beralun ni sha taktau lah ada ke tidak. so beberapa hari lepas sha clear data snapchat sebab berat gila app dia tapi filter dia cantik cantik haha girl is complicated! so semalam rasa nak login balik sebab demam dah okay yay! nak selfie selepas demam lah cerita dia haha mengada betul dah lega demam nak selfie bagai, so bila dah login, download la filter yang ada kan, terjumpa lah filter yang "kening beralun" ni hahahaha rasa macam weh woowwww hahaha eksitedlah kan cerita dia sebab nak buat sendiri memang idok ler, lukis kening yang biasa pun mcm shin chan sudah. so here the photo ;-


lepas selfie kan, sha uploadlah kat status whatsapp. ramai ye yang pm tanya buat kat mana hahahahahahahhaha nampak macam betul ke? takkan? macam filter kan? sha macam nak gelak guling guling je dengan dorang ni ahahahaha yang geng geng abang sado semua mcm "ha eloklah kening macam tu" "kening dia la kalau jual mahal ni" sebab kening sha yang sebetulnya hidup segan mati taknak je hahaha. bila dah cakap filter dorang macam em takpelah taknak share hahahaha ha pi lah buat kat snapchat, f.o.c! abaikan muka sebesar talam tu ye, happy working!



Saturday, 16 September 2017

TAHNIAH ! SEGMEN BLOGLIST SEPTEMBER

15:00 12 Comments


Assalamualaikum. 

Selamat Hari Malaysia! harini sha nak umumkan bloglist september di blog sha ni. walaupun takdapat sambutan (huhu) tapi terima kasih kepada yang join! 


dan pemenang bagi topup RM10 tu adalah

http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com

sila pm detail kepada saya di FB ( https://www.facebook.com/shafyqahazahar )

Nama :
Jenis telco :
No Phone :


Monday, 11 September 2017

SEGMEN BLOGLIST SEPTEMBER

20:00 5 Comments

Assalamualaikum. disebabkan harini baru perasan yang bulan dah bertukar so sha perlukan bloglist baru untuk bulan September. dijemput semua join ye.


Syarat - syarat :

1. Wajib follow blog ini → http://shafyqahazahar.blogspot.my/

2. Follow/add ig,  google plus dan facebook

     Instagram → https://www.instagram.com/shfyqhazhr/
.    Google Plus → https://plus.google.com/u/0/108689779966282120449
     Facebook → https://www.facebook.com/shafyqahazahar

3. Komen mana - mana dua entry di blog saya

4. Buat satu entry dengan bertajuk "Segmen Bloglist September ShafyqahAzahar”

5. Letakkan banner dan backlink kan ke entry ini

6. Jangan lupa tinggalkan link entry anda di entry ini

Mudah je kan syarat - syarat dia. sha akan pilih 10 orang untuk menghiasi bloglist september sha, tetapi kalau penyertaan kurang daripada 10, semua peserta akan dimasukkan ke bloglist sha. dan seorang pemenang bertuah akan memenangi topup RM10.

Al Fatihah Sembah Takziah

16:13 2 Comments



Al-Fatihah

Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah jam 2:30 petang tadi di Istana Anak Bukit.

ุฅِู†َّุง ู„ِู„ّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah....

ุจِุณْู…ِ ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู… ูฑู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ูฑู„ْุนَู€ู„َู…ِูŠู†۞ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…۞ ู…َู€ู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ูฑู„ุฏِّูŠู†۞ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ۞ ูฑู‡ْุฏِู†َุง ูฑู„ุตِّุฑَุทَ ูฑู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ۞ุตِุฑَุทَ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ۞ ุบَูŠْุฑِ ูฑู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ 
ูฑู„ุถَّุงูۤ„ِّูŠู†َ۞ุงู…ูŠู†

GDEX OH GDEX

15:58 7 Comments

Assalamualaikum.

So pada 5 september 2017 sha ada order face mask di LAZADA dan dijangka sampai pada 5 - 8 september tapi!!! harini dah 11 september uolls dan barang belum sampai. so macam biasalah check tracking 


takbergerak pun dari 8 sepetmber haritu :( setiap hari kot tunggu barang sampai huhuhu siapa pernah jadi macam ni? korang buat apa? biar or call gdex? 

BERWAJAH BARU

13:14 11 Comments

Assalamualaikum!

Blog ni dah berwajah baru haha. dengan header yang super duper simple dan dihiasi bunga - bungaan gitu haha. actually belum habis edit sebab takdak mood (oh please lah shafyqah) nak hias blog pun kena ada mood kan? ke sha sorang je macam ni? tapi sha rindu wajah blog sha yang sebelum ni (padahal belum 24 jam tukar) taktau lah kenapa bila nak upload balik theme tu takboleh :( so sha pun redha jelah, guna jelah wajah yang lain tapi tapi tapi tak memenuhi citarasa sha huhuhu 


 taraaa blog berwajah baru huhu so tujuan sha menulis entry ni sha nak tanyalah korang guna theme dari mana? or siapa yang editkan? sebab nak cantikkan blog supaya lebih bersemangat nak berblogging (mungkin) feel free to drop your comment. bye

Friday, 8 September 2017

Tuesday, 5 September 2017

GIRLS DAY OUT #2

15:49 13 Comments

Assalamualaikum.

so sabtu lepas which is hari raya aidiladha yang kedua, my girls and i keluar. bukan keluar beraya ye gais, keluar habiskan duit haha. matlamat utama kitaorang nakpi karaoke. lepas tu, kitaorang dah pusing kemain banyak kali pusat karaoke semua takbukak hahaha yelah masa tu baru pkul 12 lebih, awal lagi yedok hahaha so kitaorang pun macam kita pi makan lah dulu. kitaorang pusing jitra ke alor setar masuk brapa kali tol dah hahaha. yang si driver jelah duk beria pasang lagu lah yang penumpang semua lali dah sebab boringkan. so kitaorang decide nak makan sushiking kat as mall. ingatkan nak tengok movie sekali tapi semua movie takbest dan matlamat kami nak karaoke so kenalah karaoke. kalini pi sushiking bawak duit lebih sikit hahaha tu pun sampai skrg takboleh moveon, i want moreeeeee.

benda pertama yang diambil

sikit je tak macam orang lain haha

haritu pergi order ni, kali ni pun order ni jugak hahaha


sikit sikit pun RM100+ hahaha baik makan kat rumah 

alhamdulillah kenyang hahaha

lepas je habiskan duit kat sini, kitaorang pun macam pusing pusing kejap dalam mall, masuk watson, touchup lipstick guna yang tester lol hahahahaha tapi sha ada pakai satu lisptik ni dari in2it, kan lepas dari makan ni kitaorang gi karaoke kan, kat karaoke tu ada pakej which is kalau 2 jam dapat sejag air hahaha dan dua jam Rm25 je???? ah cant brain sebab selama ni dukpi karok sejam RM20????! lol ok berbalik kepada lipstick tu hahaha, bila dah penat keluarkan suara sambil sambil tu minum kan, pastu masa nak balik dalam kereta macam saja nak selfie kan, teka apa? lipstick tu duk elok cun melecun lagi uolls. sha pun mcm terkejut la, sebab kebanykkan sekarang lipstick mmg lepas makan or minum memang habis la kan? ni tak ok, ada duk merah elok lagi hahaha dan lipstick tu harga dia bawah RM20?????? penat pulak beremosi sambil cerita ni hahaha yelah excitedlah kan sebab kebanyakkan lipstick sha kalau minum memang ke touchup. ok dah. balik tu singgah KFC belikan untuk family masing masing sebab dah keluar sehari kan hahaha. yang kat KFC pulak kan, kitaorng mcm beratur lain lain baris la, sambil beratur macam leka main phone kan, lepas je siap apa semua pusing belakang penuh KFC hahahahaah padahal td kitaorang beratur tkde orang sangat pun, fuh sebaik awal sikit hahaha. letih ok walaupun macam takdak apa pun yang buat hahaha serious letih, malam tu lepas je isyak terus lelap sampai pagi.

sejak masing masing dah belajar, kerja ni meamng susah nak berkumpul, macam mana pun mesti ada yang takboleh ada hahaaha. jadi bila raya lah kitaorang dapat kumpul sama sama, walaupun kat group whtsapp pun takbehenti gosip (hahahahaha) dan bercerita tapi taksama macam jumpa face to face, well sha sangat menghargai masa masa dengan orang yang sha sayang. sekian cerita untuk kali ni, sehingga bersambung raya next year pulak kot hihi bye, assalamualaikum.

Monday, 4 September 2017

LANAFIRA

15:45 16 Comments

Assalamualaikum.

Harini sha nak cerita mengenai satu jenama butik online untuk pakaian muslimah iaitu LANAFIRA FASHION. Dengan berkonsepkan TRENDY, AFFORDABLE, QUALITY. Mereka adalah sebuah jenama pakaian muslimah dengan misi untuk menyediakan pakaian yang bergaya dengan harga yang berpatutan dan mempunyai kualiti yang bagus. Fokus mereka adalah pakaian wanita dan muslimah iaitu long dress, baju kurung, jubah, tops , skirt dan tudung.

Lanafira – A Style for Every Story

Are you looking for stylish, beautifully designed clothing and apparel for today’s Muslim woman? Do you want a Muslimah online boutique that values you as a customer and carries a wide selection of trendy looks? Shop with Lanafira today and see what we have in store for you. Lanafira specializes in high quality Muslimah dress online and offers our customers a true boutique setting with representatives standing by to answer questions and ensure 100% customer satisfaction. If you want the best Malaysia fashion online, choose Lanafira and experience the quality difference for yourself.

The Lanafira Mission

Headquartered in Malaysia and serving the needs of Muslim women throughout the region, Lanafira is an independently owned and operated Muslimah online boutique focused on quality and value. Our goal is to deliver all three parts of great service- high quality, quick turnaround and low prices and we have made it our mission to provide our customers with the highest levels of service and support every time you visit our site.

Why Choose Lanafira?

Lanafira understands our customers’ needs and wants to provide a wide selection of Muslimah clothing and accessories they won’t find anywhere else. Shopping for a long Muslimah dress online can be difficult and we want our customers to know that we carry what they are looking for in stock and ready to ship. From our exclusive Mellisa Long Dress in several colors, to our collections from Alana Kebaya, Pucci Long Dress, Sofea Modern Perplum and more, Lanafira has you covered.

Antara koleksi daripada LANAFIRA FASHION :-

KEBAYA

ALANA KEBAYA


Terdapat tiga pilihan warna bagi ALANA KEBAYA iaitu : - Rose Pink & Light Green, Mint & Blue dan Green & Brown . gabungan warna yang sangat menarik dan ceria yang akan membangkitkan mood si pemakai.


MUSLIMAH LONG DRESS

LANAFIRA FASHION telah mengeluarkan beberapa jenis long dress seperti MELLISA LONG DRESS, MYRA LONG DRESS, PUCCI LONG DRESS dan SARA LONG DRESS. keempat empat jenis long dress ini memiliki corak dan design yang berlainan.

MELLISA LONG DRESS


Terdapat lima pilihan warna bagi koleksi MELISSA LONG DRESS iaitu :- Rose Pink, Dusty Pink, Brown, Mint Green, Black dan Pearl White. 


BAJU PEPLUM

SOFEA MODERN PERPLUM


Terdapat lima corak yang comel - comel bagi koleksi SOFEA MODERN PERPLUM :- Checkerboard, Floral Design, Black & White Stripes, Maroon Batik Klasik dan Black Batik Tenun.


sha dah rambang mata dah usha usha laman web LANAFIRA ni, korang pun jom lah usha usha mana tau berkenan kan hihi

kalau korang berminat dengan pakaian daripada LANAFIRA ni korang boleh membelinya secara online di :-


Website : LANAFIRA

Instagram : @lanafiraofficial

FB Page : FB PAGE LANAFIRA

Thursday, 31 August 2017

Lirik Dakap Selalu - Eda Naziela

15:50 1 Comments




Lirik :-

Kedengarannya seperti
Cintanya tiada lagi
Kita masih bersama
Tapi rasanya berbeza
Kau bukan seperti kamu

Ya mungkin manusia berubah
Tapi mengapa hatimu ikut sama

Kau jauh dari
Kau jauh dari sebelumnya
Tapi ku masih serupa
Gilakan kamu dari mula
Gilakan kamu sentiasa

Ku mahu pegang hatimu
Dakaplah aku selalu
Tunjuklah kamu masih mahu
Masih perlukan aku
Jangan kau jangan begitu
Ini sekarang bukan sifatmu
Teriak marah selalu
Sedihkan aku setiap waktumu

Sayang
Sayang jangan begitu
Cinta itu bahagia
Mengapa rumitkan ia

Kita kan pernah ceria
Ingatkan kita suka benar ketawa bersama
Jaga hati jaga kata-kata
Tapi ini bukan kamu yang asalnya

Dengarnya kini cinta aku saja yang rasa
Kau lihatnya seperti satu beban dunia

MENANG Giveaway Merdeka by Kisahsidairy.com

10:05 7 Comments

Assalamualaikum

Semalam, 30 Ogos sha cuti, kiranya tak scroll lah blog sebab busy siapkan semua benda sebab harini sha kerja *banyaknya sebab* lepas tu dapat satu ws dari kak hernee ;


kalau kak hernee tak whtsapp sha memang taktau lagi >< dengan internet slow nak bukak link tu adoi stress! terima kasih kak hernee :)


alhamdulillah. kiranya sha dapat duit raya awal la ni? :D

Tuesday, 29 August 2017

DAY 2 : NINE THINGS ABOUT YOURSELF

14:55 2 Comments



Assalamuaikum, sha ada challenge diri sendiri untuk update setiap hari tapi malangnya semalam no update sebab cuti hehe so jom teruskan challenge ni untuk hari kedua :p ( DAY 1 ).

1. SUKA MAKAN

ni bukan sha yang cakap tapi semua orang sekeliling sha cakap hahaha. kalau ada kedai baru buka kat kawasan rumah sha kan, sha mesti pi cuba hehe lepastu kalau kawan kawan nak ke kedai tu mesti dorang tanya dulu sedap ke tak hehe 

2. SUKA TIDUR

suka tidur sebab letih kerja lah (hahahahaha) tapi takdelah asyik tidur je, sha macam kalau takdak benda nak buat, sha pilih tidur dari makan (sepatutnya ni letak yang first kan) sebab bila tidur hilang letih, takpayah fikir pasal masalah hahaha

3. RAJIN MENGEMAS

ehem boleh jadi bakal menantu mak awak tak? haha yes! sha seorang yang sangat suka mengemas sebab mata sha takboleh tengok benda selerak, berterabur dan tak bersusun! a big no. kalau sha letih macam mana pun sha akan gagahkan jugak bangun dan kemas sikit, esok sambung hahaha

4. TAKPANDAI BERGAYA

sha tengok budak batch sha dah bergaya ala ala mak datin dah, while me - tshirt, slack + tudung crepe and done hahaha. cemana nak bergaya ni? takut nak mencuba sebab nanti nampak macam mak mak pulak kan (sha kan mok mok) hehe

5. MALAS

okay tadi rajin, sekarang malas pulak? (perempuan memang complicated haha) sha kalau dapat duduk atas katil sha memang malas dah la nak buat benda apa pun hahaha tambah bila hari cuti ka, takbergerak langsung takpe dari katil :p

6. SUKA MINUM AIR KOSONG

benda ni orang paling takboleh terima hahaha bila orang tau je sha suka minum plain water,dorang mesti macam "eee macam manalah boleh minum takdak rasa tu" hahahaha sha memang diajar untuk minum plain water sejak kecil lagi. dulu masa sekolah rendah jaranglah minum air kat kantin sebab sha memang bawak bekal air dari rumah. ala dulu senang je nak suruh bwk botol air ke sekolah, belikan botol comel, dia punya excited nak tunjuk kat kawan kawan tu lain macam rasanya hehe

7. SUKA MINUM GREENTEA

yang ni pun samalah macam cerita plain water. ok dulu sha pun takboleh telan greentea hahaha apabenda do rasa dia hahaha by the way ni bukan greentea yang krim penuh kat atas tau, ni greentea kosong hahaha sha akan minum setiap malam sebelum tidur. 

8. TAKBOLEH HIDUP TAKDA INTERNET

terukkan? tapi ni lah hakikatnya budak zaman sekarang (walaupun takberapa nak budak sangat) memang takboleh, rasa macam lifeless gila (teruknya :( ) sekarang kan semua guna internet hahaha 

9. SEORANG YANG GARANG DAN KUAT CEMBURU

orang selalu rasa sha takgarang sebab memang malas nak marah orang, buat habis tenaga je haha. yang kes cemburu ni baru sedar bila ada kawan tegur hahaha kenapa kena ada perasaan cemburu? yelah hati dah sayang ><

okay selesai untuk day 2 hehehe see u again! happy reading

Sunday, 27 August 2017

DAY 1 : TEN REASONS WHY YOU LOVE YOUR JOB

20:30 16 Comments


Assalamualaikum,

so harini bermulalah 10 days blog challenge tu. harap harap rajinlah nak menaip lepas ni >< sha bekerja sebagai seorang kerani/pembantu kedai komputer. sha start kerja last year bulan 10. first time kerja haha memang kekok jugak lah mula mula tu tapi sha memang ada la basic pasal pc ni sebab sha dulu masa SPM budak ict.so lets start now : why i love my job!

1. TEMPAT KERJA TAK JAUH DARI RUMAH

ha, benda ni nampak macam takdelah penting pun kan? salah. awak salah! minyak motor sekarang mahal oh. setidak tidaknya kalau kerja dekat dapatlah jimat minyak motor sikit kan? zaman sekarang semua kena jimat haha

2. WAKTU KERJA MACAM WAKTU OFFICE : 8.30AM - 5.30PM 

since sha seorang perempuan, so family memang takbagilah kerja yang balik malam sebab kawasan sha bila malam memang sunyi macam takdak sorang pun wujud kat kawasan tu *lol tipu* alhamdulillah dapat kerja yang balik petang haha

3. DAPAT KERJA YANG KENA DENGAN MINAT

ni salah satu benda penting jugak, sebab bila kita buat kerja yang kita takminat, kebarangkalian untuk tidak ikhlas tu tinggi. hehe sha memang minat lah bidang elektronik ni. kalau kat kampung kan, makcik makcik yang takpandai nak update whtsapp ke fb ke memang dorang tunggu sha balik kerja pastu tahan suruh tolong updatekan (lol im serious hahaha) 

4. BOLEH LAYAN KDRAMA DENGAN WIFI YANG LAJU

ok yang ni. dulu sha bukanlah peminat kdrama, tidak sama sekali! lepas tu dah ada wifi kan hehe asyik tolong downloadkan untuk kawan je, try lah tengok kdrama semua tu. sekarang, kalau kawan kawan nak tau cerita apa best, sha lah yang dorang cari haha!

5. PERSEKITARAN KERJA YANG SUPER DUPER OK

kedai sha ni dia macam dalam kawasan rumah kedai. kebanyakkan cina la tapi semua sini kenal dah sha, ada uncle cina tu siap cakap sha anak angkat dia la hahaha segan nakk. kenapa sha cakap ok bukan okay? ha ha ha sebab ada la sikit kekurangan dia, dekat dengan kilang padi >< kulit sha dah la takboleh kena habuk dari padi tu adoi 

6. TAK BANYAK KERJA

hehe sha sebagai kerani takdelah 8 jam kerja, 8 jam kena hadap pc buat kerja pe semua, kadang kadang je macam tu, selalunya sha layan kdrama/movie/drama hahahaha macam mana boleh taksayang dengan kerja macam ni? ><

7. TAKPERLU BERSESAK SESAK BILA WAKTU BALIK

sha ada dua jalan untuk sampai ke rumah, dan semestinya sha pilih jalan kampung. baik hadap lembu tiap petang dari kena lalu ikut jalan yang penuh dengan kereta yang kadang kadang takpernah ada adab tu huhu

8. KERJA YANG JARANG STRESS

jarang means bukan takpernah haha. pernah je stress walaupun kadang kerja takbanyak sebab kadang kadang tu takde mood nak menaip even dah ada contoh kena ikut balik je. selalunya kejadian ni berlaku bila lepas rehat, kalau dah kenyang sumpah malas gila nak buat kerja.

9. BALIK KERJA STILL ADA MASA UNTUK DIRI SENDIRI

ok see, kalau yang kerja jenis balik malam tu, bila balik takkan nak boleh bermain bdminton kagi? mestilah tak kan haha so macam sha petang petang balik kerja nyempat lagi nak pi pasar malam, main bdminton, ronda ronda kampung hehe

10. KERJA KAT TEMPAT KERJA SAHAJA

ok mesti cakap alah kerja kerani takkan nak kena bawak balik kerja kat rumah. ha ha ha ha sha pernah terniat nak bawak balik kerja buat kat rumah (saja sebab nak acah busy) tapi bila ingat ingat balik, kerja kat tempat kerja dah la kan, kat rumah masa dengan family. 


walaupun 10 je tapi rasa macam banyak gila haha susah kan bila nak menaip tapi takdak idea ni, do u feel me? :( 

Saturday, 26 August 2017

Friday, 25 August 2017

KLAIRS MID-DAY BLUE SUN LOTION & KLAIRS MOCHI BB CUSHION

16:21 40 Comments

Assalamualaikum and hi!


Setelah beberapa hari tunggu pakcik poslaju datang, akhirnya dia pun muncul haha. so! sha dapat parcel ni on tuesday, and ya baru harini sempat nak menulis entry (im so busy now T.T) memang excited gilalah bila dapat tau parcel dah sampai. balik je rumah terus bukak parcel dengan kejamnya lol. so apa sha dapat dalam parcel tu adalah Klairs Mid-day Blue Sun Lotion, Klairs Mochi BB Cushion Pact (sumpah packaging dia comel gila!) & Klairs Trial Sample Set. kepada peminat produk korea wajib baca!

Klairs Mid-day Blue Sun Lotion


actually sha memang tengah cari a new sunscreen so yay! sun lotion ni memang best gila. lepas apply kat muka, muka akan rasa lembut je. this sun lotion  has SPF 40/PA++ dan yang best pasal this sunscreen dia takkan keringkan kulit korang or make your skin oily. sebab sha punya kulit jenis oily kan, so semalam sha guna this sun lotion dan time balik pun kulit still matte, tak oily pun. sebelum ni oily sampai boleh goreng ikan ehehehehe. this sun lotion jugak korang boleh guna as makeup base, senangkan? kira macam 2 in 1 gitu. for your information, sun lotion ni warna biru, macam packaging dia. kenapa biru? sebab sun lotion ni menggunakan Guaiazulene, yang merupakan bahan utama. bestkan? korang boleh dapatkan this product from Hermo.my (link sha bagi last skali nanti ok)


Klairs Mochi BB Cushion Pact



this one yang paling taksabar nak try. sebab packaging dia pun comel gila kan :3 sha sekarang memang guna bb cushion je sebab senang, tempek tempek dah cantek (eh cantek ke). by the way, bb cushion dari Klairs ni ada satu shade je dan shade ni a little bit light for me tapi everything going well hahaha sebab bila dah contour apa semua tu, takdelah nampak macam opera cina sangat hehe. case bb cushion ni memang eloklah sebab dia boleh lock lepas kita mula bukak the first lock, first time sha jumpa macam ni, selalunya lepas bukak terus nampak span + cushion. walaupun shade ni terlalu light untuk sha, tapi bila dah siap semua, nampak macam natural je. kulit rasa lembut je guna this bb cushion aaaaa im so in love <3 2="" ada="" bb="" cara="" cushion="" dibawah="" guna="" korang="" ni="" number="" p="" pilih="" sha="" so="" tiga="" untuk="" yang="">


so dibawah ni gambar sha try guna this bb cushion pact, memang inlove lah! 

nampak tak? dia menetupi cela cela diwajah sha hahahaha sha cuma guna moisturizer + bb cushion ni ja, dan ni no filter cuma guna cahaya matahari :p

Klairs Trial Sample Set


last sekali, this Klair samples which is contains :-

[KLAIRS] Gentle Black Deep Cleansing Oil
[KLAIRS] Supple Preparation Facial Toner
[KLAIRS] Supple Preparation All-over Lotion
[KLAIRS] Rich Moist Soothing Serum
[KLAIRS] Rich Moist Soothing Cream 
[KLAIRS] Midnight Blue Calming Cream
[KLAIRS] Midday Blue Sun Lotion SPF40/PA++ 
[KLAIRS] Illuminating Supple Blemish Cream SPF 40/PA++ 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau korang berminat dengan produk dari Klairs ni korang boleh membelinya di website hermo.my secara online\\

Website Hermo Malaysia

Instagram Hermo Malaysia

Website Klairs




Wednesday, 23 August 2017

SUFINA.

14:57 3 Comments


Assalamualaikum.

siapa sufina? sufina ni baby yang makcik sha jaga a.k.a mengasuh. dulu ada jugak sorang budak lelaki yang makcik sha mengasuh tapi sekarang dah sekolah dah dia. yang sorang tu pun sha sayang gila kat dia. memang sayang la macam adik sendiri. ok yang tu cerita kat entry lain.

pina ni baby lagi, 6 bulan kot so dia memang takbanyak songgeh la kan. kerja dia zZzZzz je. tapi sha geram tengok dia tidur hahaha sha selalu jugak kacau dia tidur :p selalu kena marah dengan makcik hahaha dulu masa dia mula mula datang memang takrasa apa sangat sebab sha tak berani nak pegang baby bawah dari 6 bulan lepas tu dah asyik kena tolong pegang je terus sayang, dari sentuhan terus timbul kasih sayang githewwww. 


bulat gila supina ni hahaha memang pipi dia selalu kena gigit la :p kalau farhad dia suka main telinga si pina ni (sebenarnya semua telinga orang dia suka main) kalau si farhan suka dukung tapi semua orang takyakin dengan dia hahaha yelah takut jugakkan apa apa nanti ha. 


syok betul dia orang lambung lambung dia. dia taktau ke dia berat hahahaha T-T btw, rumah yang wana kuning tu rumah baru makcik sha yang terbakar 15 Januari haritu (baca sini). Byee!


Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

11:33 3 Comments


Assalamualaikum. pejam celik pejam celik dah bulan 8 kan sekarang? bulan ogos = bulan kemerdekaan! alhamdulillah tahun ni 2017, Malaysia akan menyambut 60 Tahun Kemerdekaan ♥ bersempena dengan kemerdekaan ni, Lazada tak lepaskan peluang buat contest untuk para blogger (tq LAZADA ♥♥♥) dan LAZADA juga ada buat Merdeka! Merdeka! sales ( http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) yang akan berlangsung pada 25 Ogos - 31 Ogos which is korang boleh dapat special diskaun up to 80% off (woowww) 

What do you love about being Malaysian?

Alhamdulillah sha amat berbangga menjadi rakyat Malaysia! sha bangga menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan, tempat - tempat yang menarik serta banyak makanan yang sangat best (:p)! tidak lupa juga Malaysia mempunyai rakyat yang datang dari pelbagai agama, kaum dan bangsa yang menjadikan rakyat Malaysia sentiasa bersatu.

Your favorite local brand

Jenama lokal kegemaran sha adalah Naelofar Hijab


Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the products mentioned.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Prizes – Merdeka!Merdeka! Blogger Contest

 1st Prize: 1 x RM600 
 2nd Prize: 2 x RM300 
 3rd Prize: 3 x RM200 




Saturday, 19 August 2017

OH MY JARI!

09:45 6 Comments
Assalamualaikum.

Lamanya tak menaip. susah betul nak mencari mood. dah seru tak datang datang jugak mood ni kan hahaha so rabu haritu sha kena potong kertas kat tempat kerja dan ada something happen *icry* tengah syok - syok potong kertas guna pisau terpotong jari sendiri hahahahahaha ya Allah dia punya cuak tu takpayah cerita la. dah la sorang sorang kan pastu dengan rasa nak nangis sebab taktau nak buat apa hahahaha teruk betul perangai. lalu sha pun pi la bukak peti ais ambik air sejuk yang botol kecik tu ha rendam jari dalam tu, makin lama darah kurang dah keluar fuhhh cuak hakak

nampak macam sikit je darah sebab yang ni tisu ke 3 ke 4 tah haha

lepas rendam dalam air terus letak plaster lepastu terfikir asal letak plaster padahal tak kena tempat luka hm haha

malam kejadian hahaha nak basuh muka pun susah uollssss

maaflah jari buruk hahaha hari kedua yay dah kering 

masa kena benda ni kan, sha terus ambik phone whtsapp kat group hahahaha nak kan perhatian betul hahahahaha kena bebel sekali hahahaha sabar jelah dengan makcik makcik ni ><


so harini hari keempat selepas kejadian, alhamdulillah dah okay cuma masih seriau nak guna jari tu padahal tak sakit langsung hahaha dan sha masih balut jari sha :p pengajaran kat sini, lepas ni kalau buat kerja jangan kalut, jangan duk fikir nak tengok kdrama je hahahaha kan dah mendapat :3 happy weekend uolls!











Wednesday, 16 August 2017

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

11:50 12 Comments

Assalamualaikum
Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.