KAWAN BAIK LELAKI? YAY OR NAY? - shfyqhazhr

Wednesday, 3 January 2018

KAWAN BAIK LELAKI? YAY OR NAY?


Assalamualaikum.

KAWAN BAIK LELAKI? YAY OR NAY? | hi, kawan baik ni orang yang paling rapat dan orang yang kita percaya selepas family hahahaha betul tak? dorang dah macam family kedua dah bagi sha, lagi best kalau mak ayah kawan baik kita kenal kita, sampai kalau jumpa kat jalan pun boleh tegur, kiranya memang rapatlah sampai ajak tidur rumah semua [tapi family sha jenis takbagi tidur rumah orang haha sedih] tapi kalau kawan lelaki macam mana pulak? macam mana boleh ada kawan baik lelaki?

"boleh ke lelaki dengan perempuan berkawan je? tak jatuh hati ke? kalau jatuh hati macam mana?"


selalu sangat dengar ayat kat atas ni. semua ni berkenaan dengan hati haha kalau dah jatuh hati nak buat macam mana? dan kalau memang korang anggap dia kawan macam mana boleh nak jatuh hati, betul tak? hahaha sebab kita yang biarkan hati kita terjatuh kat dia sebab tu terjatuh TAPI! apa salahnya kalau terjatuh hati kat dia kalau dia single kita single? manatau jodoh? hahaha


banyak sebab kenapa sha suka kawan dengan budak budak lelaki ni, hahaha uish nampak jahat tak? antara sebab sha suka kawan dengan dorang sebab dorang susah nak makan hati or terasa hati, yes memang ada lelaki yang hati tisu haha tapi hati tisu lelaki tak setisu hati perempuan kot? (ayat apani?)  sebab memang laki kalau merajuk tak macho lah kan? (kecuali suami merajuk dengan isteri takpe, tu comellllll) kiranya bebas nak melawak macam mana pun hewhew

yang keduanya, dorang ni protective gila! macam contohnya nak kenal dengan sapa sapa pastu tanya dorang agak agak ok tak diani hahaha baru tengok gambar dah terus cakap kat ok -_- janganlah kawan dengan dia, dorang nak kawan sebab bla bla bla hahaha kadang tu geram tapi kadang tu apa dorang cakap tu betul. bila dah kenal, last last jadi apa yang dia cakap mula mula dulu hahahaha

yang ketiga! pendengar setia dikala ada masalah hahaha dorang ni mcm suka sangat selesaikan masalah macam takpayah fikir banyak banyak, lupakan - main game - tengok movie pastu rancang nak pi makan mana tu yang best tu. pastu boleh share minat! haritu pernah sekali duk sembang pasal motor dengan kawan baik lelaki hahaha sampaikan dia kata kalaulah hang ni lelaki boleh kita pomen motor sama sama HAHAHAHA

tapi yang paling takbest bila dah masing masing busy pastu lama lama jadi stranger T___T  banyak jugaklah jadi kat sha, sebab utama sebab dorang dah ada makwe huahuahuwa so korang ada kawan lelaki tak? hihihihi

23 comments:

  1. Masa sekolah mmg bff perempuan... tp lepas tu bff lelaki yg banyak... liez rs selesa dgn lelaki.sbb maybe sbb rs lebih selamat dan boleh simpan rahsia... tp selalunya bila jd bff lain pulak.. ada yg ada hati dgn kita..

    ReplyDelete
  2. Husniey pernah ada kawan baik lelaki zaman sekolah dulu.. And yes, memang akhirnya dia pun terjatuh hati kat Husniey sampai sekarang kalau terserempak dia malu 😂

    Kena berhati hati berkawan dgn lain jantina ni.. Ni dah kahwin, memang takde dah husniey berkawan dan rapat dgn lelaki.. Hanya suami je teman rapat. Bagi husniey memang suka kawan dgn laki, diaorang takde cepat tacing ke apa.. And lelaki lebih setia kawan

    ReplyDelete
  3. I could get more closer with guys and some of them do concern on me more but I think it's a pain when you start losing them when the time past by..

    ReplyDelete
  4. Sebelum kahwin memang tak salah ade bff lelaki, tapi kalau dah kahwin sebaiknya elakkan, sebab nak menjaga hati pasangan kan. Teruskan berkawan, tapi dah tak boleh rapat sangat mcm dulu-dulu sebb lepas kahwin, bff kita ialah pasangan kita sendiri. Yang lelaki pun sama jugak (:

    ReplyDelete
  5. Best tau bestfriend dgn lelaki ni, no drama. HAHAHAHA. I'm gonna marry my bestfriend this year, eh, td cakap no drama :P

    ReplyDelete
  6. It depend sebenarnya..boleh je lelaki & perempuan jadi bff..kalau terjatuh hati..kawen la..hehe..akak tak pernah ada bff lelaki..sogan..tapi for sure 1 thing, bff dengan lelaki ni best sbb tak ada terasa ke, emo ke..ckp pun main lepas je..sammada kita tahan atau tak je dengar ayat2 yang keluar dri mulut dorang..haha

    ReplyDelete
  7. ok kot..tapi masa sekolah dulu kita orang bff 2 perempuan, 1 lelaki...last2 kawan pompuan akak tu kawin dengan kawan laki kita org. hehe. kesimpulan dia..akan ada jugak la feeling tu.

    ReplyDelete
  8. bagi akak nay! sebab kalau dah kawin, susah kalau ada bff lelaki ni.. sebab kadang emosi/ feeling datang tanpa sengaja.. baiklah cari bff gigirl..nak kluar berjimba2 pon kompom dapat greenlite..gituuu..

    ReplyDelete
  9. Yay je sebenarnya. Saya sendiri ada best friend laki masa sekolah menengah dan dekat degree dulu. Kiteorang punye relationship macam adik beradik, aku bekap kau, kau bekap aku. Aku ade dengan kau, kau ade dengan aku. Jenis kalau borak mesti kutuk mengutuk sama sendiri. Tak pernah ade perasaan nak bercinta.

    Tapi bila dah kahwin ni, slow lah sikit. Tak banyak contact macam dulu. Dia respect me as a married women and dia respect jugak husband saya. Cuma kadang-kadang tu still hangout ramai-ramai dengan kawan kawan yang lain dan masih borak kutuk mengutuk antara satu sama lain hahaha

    ReplyDelete
  10. Biasanya jarang la bff berlainan jantina untuk tak jatuh hati. Kebanyakannya end up jatuh hati, tak banyak pun sikit mesti ada. Kalau dua2 rasa yg sama takpe. Yang kesiannya kalau kena friendzone je hahah

    ReplyDelete
  11. Kawan baik akak lelaki..akak x tau kenapa dari dulu akak suka berkawan dengan lelaki..kalau kawan perempuan ada gak la 2-3 orang..maybe sbb persmpuan ngan perempuan selalu berbeza pendapat so susah nak rapat..

    ReplyDelete
  12. Pada Asyraf Yay. Jika Lelaki tu giler giler dan tahu batasnya dengan perempuan. Nay, jika dia tak tahu batas. Itu memang susah sikit nak maaf kan ..

    Apapun berkawan biar ikhlas .. insyaAllah semua ok.

    ReplyDelete
  13. Dari dulu ai tekankan, lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Bukan sebab chemistry atau tak boleh buat kawan. Tapi perempuan dan lelaki bila terlalu rapat selalu gagal nak kawal perasaan. Tak semua tapi selalunya. Kalau rajin baca lah entri ni =P http://aisyaismail.blogspot.my/2017/08/boleh-ke-lelaki-dan-perempuan-menjadi.html

    ReplyDelete
  14. berhati-hati jugak dalam berkawan ni .. ada kawan yang bila dah lama 'makan kawan' .. dulu-dulu rasa macam istilah je , tapi baik kawan lelaki atau perempuan still kena take care ya sis

    ReplyDelete
  15. yup.. saya lebih suka berkawan dengan lelaki, mungkin hobi dan minat yang sama, pergaulan terbatas atas dasar kawan semata tak lebih dari iti, insyaAllah masih menjaga sehingga sekarang.

    ReplyDelete
  16. Bagi saya lebih selesa untuk bercerita dan berkongsi dengan kawan lelaki daripada perempuan...

    ReplyDelete
  17. Hehe ciktie pun ada kawan baik dikalangan lelaki juga. Istilah terjatuh hati tu biasalah tapi bila kita dah kawan tu. Cuba elakkan lebih-lebih! Lagipun kawan gan diorg ni best. Diorang lebih jujur.lebih take care! Ini pendapat peribadi ciktie je. Lain orang lain pendapatnya

    ReplyDelete
  18. Biasa kalau dengan lelaki memang akan lebih mudah dan open juga bila berkawan. Tapi ada jugak yang tak open. Pemalu sangat barangkali. Tapi kenalah tahu batasnya. Kalau dah baik sangat, terjatuh cinta lah pulak ye. Haha.

    ReplyDelete
  19. boleh sahaja berkawan baik diantara lelaki dan wanita... tapi jaga tingkah laku dan ada batas diantara pergaulan hak ni jangan lupa... teringat dulu pernah kerja dekat kilang masa tu... mmg bff ramai lelaki abang teknisen, supervisior, abang poplift, abg kotak, abg dlm bas, abg driver... ha ha ha

    ReplyDelete
  20. I know right. I like BFF lelaki coz perempuan memang banyak pattern lol

    ReplyDelete
  21. Terpulang pada diri sendiri..mcm sis ada anak perempuan dn anak lelaki yg dah dewasa, kalau diaorg ada kwn baik lelaki atau perempuan sis tak kisah tapi kena pandai jaga batas2 itu yg penting, kena gitau n kenalkan dgn sis siapa kwn tu dulu.

    ReplyDelete
  22. i think nay... i mean i used to have a lot of best friends which are female, but after got gf, need to stay some distance to make sure my gf doesn't jealous or anything.

    ReplyDelete
  23. ya.. cik en pun de kawan laki.. tp pe2 pun de yg ambik kesempatan.. ahahhaha

    ReplyDelete