01/01/2018 - 02/01/2018 - shfyqhazhr

Thursday, 18 January 2018

AZAM 2018

12:44 4
AZAM 2018

Assalamualaikum

AZAM 2018 | Hi, perasan tak? harini tarikh cantik? haha 180118, sebaik bukan hari cuti kalau tak mesti banyak kenduri. so pagi tadi abang TM dah mai tengok apa masalah wifi kat tempat kerja sha ni. alhamdulillah dah laju semula, yeah boleh start blogwalking! sebab dan punca dia takmau bagitau hahaha. dah 18 hari dalam 2018 baru nak update azam 2018 ke? well hihihi kita perlukan perancangan. so lets start!


1. NAK BELI LAPTOP

nampak macam berat je benda ni hahaha since sha jenis geram tengok kalau ada duit sikit mesti nak berbelanja, tapi i need a laptop! sebab sebab nak ada laptop sendiri sebab rasa macam mudah ja, kat rumah pun boleh update entry sebab sha suka guna smartphone, kalau blogwalking pakai phone oklah. kalau update entry nak kena pakai pc huhu. harap harap dimurahkan rezeki!

2. NAK MENABUNG

menabung dan beli laptop. okay tak? sha dulu memang takreti nak menabung, maksud sha kalau menabung ja mesti akan ambik semula duit tu, lepas tu try lah menabungkan, menabung duit syiling ja, semua duit syiling sha dapat masuk tabung, sekali pecahkan dapat RM 70++ oklah kan dari takdak? terus rasa menabung ni best!

3. NAK KURANGKAN BERAT BADAN

rasanya ni bukan azam sha sorang je kan? haha takmau azam nak kurus, dapat turunkan berat pun dah cukup.target 20kg ke :p taksalah kan pasang impian haha manatau jadi betul betul. masalah paling utama sekarang, makanan kat kedah ni murah murah dah tu sedap pulak, tell me how to ignore all the food????!

4. NAK JADI RAJIN

ok kejap, sha ni bukan pemalas gila tapi semua orang ada malas dia kan? sha nak jadi rajin untuk tahun ni, takmau dah malas malas. rajin kemas katil, kemas bilik! ok sapikah u can!

5. BELAJAR MASAK

ok umur dah 22 tahun kan, tapi masak pun kena tengok google hahaha. bukan semua masakan lah sha tengok google, macam contoh dari dulu kini dan takselamanya adalah gulai ikan.. benda favorite tapi bila nak masak tengok google *tepuk dahi*.  sha selalu konfius nak masukkan mana dulu hahaha, harap harap tahun ni sha rajin nak belajar masak :p

6. PERUBAH KE ARAH KEBAIKAN

setiap tahun mesti kita berazam nak baiki diri kita kan? takpa pelan - pelan. insyaAllah Allah permudahkan.

7. NAK RAJIN MEMBACA

nak cari hobi baru dan sha rasa membaca lah kot yang kena dengan sha hihi. lepas ni harap harap rajinlah membaca, jeles tengok kaksha (http://kasihkuamani.blogspot.my/) dapat baca banyak buku!

8. RAJIN UPDATE BLOG

awal tahun haritu rajinlah, tiap hari ada ja benda nak update, alhamdulillah PV naik. pastu disebabkan internet yang buat sha stress ni, terus hilang mood dibawa angin rindu (eh) hahaha sekarang internet dah laju boleh dah kot update macam haritu hihi


banyak sangat tak azam sha?takpa, list banyak banyak kalau dapat settle setengah pun dah ok kan? tapi kalau dapat settle semua alhamdulillah lah. semoga sha terus beristiqomah dan dapat capai azam azam sha ni hihi. korang dah senaraikan ka azam 2018 korang?

ok bai!

Wednesday, 17 January 2018

LIRIK KATA AKHIRMU | ARIFF BAHRAN (OST CINTA HATI BATU)

20:00 3
LIRIK KATA AKHIRMU | ARIFF BAHRAN (OST CINTA HATI BATU)


Composer : Rudy Kasmaran & Jimmy Asmara, Sang Hitam
Lyricist : Rudy Kasmaran & Sang Hitam
Producer : Bratt Bob


LIRIK LAGU KATA AKHIRMU

harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku membuktikan
harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku persembahkan

cinta yang kau pinta
menurut telahan mu

tak mungkin ku
coba untuk mengsiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku meruntuhkan
egomu yang sering menggunung
dan menolakku jauh darimu

di mana kah ia
tempat ku di hati mu

tak mungkin ku
coba untuk mengsiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

tak mungkin ku
sekali pun akan mengalah demi cintaku
ku coba tuk menjadi yang terbaik
hanya untuk dirimu

sayang......
takkan pernah ku mengalah
untuk menjadi yang terbaik

tak mungkin ku
coba untuk mengsiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

tak mungkin ku
sekali pun akan mengalah demi cintaku
ku coba tuk menjadi yang terbaik
hanya untuk dirimu

andai kau menyedari
besarnya cinta ini
kan ku terus menanti
kata akhir darimu



CINTA HATI BATU (2017)

18:00 1
CINTA HATI BATU (2017)

Assalamualaikum

Cinta Hati Batu (2017) | Cinta Hati Batu merupakan sebuah drama sebanyak 13 episod terbitan Primeworks Studios yang diadaptasikan daripada novel One Day You'll Be Mine. Pelakon utama ialah Ashraf Muslim, Aishah Azman dan Fadlan Hazim. Ditayangkan di TV3 bermula 28 Disember 2017, setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam di slot Lestary TV3.

Cinta Hati Batu

CINTA HATI BATU

PENGARAH : AMOR RIZAN
PENULIS NOVEL : INAWZA YUSOF 

BARISAN PELAKON :-
Aishah Azman,Ashraf Muslim,Fadlan Hazim,Indah Emeerlda,Farisha Irwayu,Fazren Rafi,Ardell Aryana,Sasqia Dahuri,Nadzmi Adhwa,Shahriza Mahmud


SINOPSIS CINTA HATI BATU

Mengisahkan Anith Fitriah (Aishah Azman) yang berkahwin dengan Dzul Ehsan (Ashraf Muslim)  atas aturan keluarga. Namun perkahwinan mereka langsung tidak mewujudkan perasaan kasih sayang. Anith Fitri masih tidak dapat melupakan kisah cinta silamnya dan terus menyalahkan diri sendiri bila dia menyebabkan kematian tunangnya Nik Afezal (Fadlan Hazim) dalam satu kemalangan kereta. Ehsan pula tidak mempedulikan orang di sekelilingnya termasuk anaknya Aya.  Tanpa keserasian, mereka membuat keputusan untuk bercerai. Malah hubungan mereka bertambah baik. Fitri juga masih mengambil berat tentang Aya.  Tiba-tiba, Fitri dikejutkan dengan kemunculan Nik Afezal yang disangkanya telahpun meninggal dunia. Rupanya semuanya telah dirancang oleh keluarga mereka. 


FOBIA : ROUNDABOUT

11:44 5
FOBIA : ROUNDABOUT

Assalamualaikum

FOBIA : ROUNDABOUT | Hi, walaupun internet masih buat perangai tapi ku gigihkan juga nak create blogpost, semoga cepat cepatlah sha dapat laptop sendiri so bolehlah berblogging even kat rumah haha. ok back to the topic, ya sha seorang yang fobia dengan roundabout. macam pelik tapi benar.


back to 2015, sorang daripada schoolmate sha which is orang kampung sha masuk hospital sebab sakit yang tak ingat dah haha. so kitaorang macam jom lah pi ziarah dia kat hospital. dia dirawat kat hospital sultanah bahiyah, alor setar. so adalah dalam 7 orang yang nak pi tu, kereta boleh naik 5 orang ja haha so sha dengan kawan sha lagi sorang naik motor huhuk. everything goes well until waktu balik! time tu rasanya memang dah pukul 6, and normal lah sesak kan orang balik kerja. kitaorang behenti GIANT makan nasik dulu! hahahaha kitaorang makan set nasi uncle jack, dapat agar agar hahaha dah settle makan nasik barulah nak balik rumah, niat nak bawak balik agar agar tu balik ke rumah.

masa kat roundabout depan stadium, Allah..... sha memang duk belakang ja, benda ni macam cepat gila jadi. tengok tengok dah tertiarap atas tar!!!! tapi memang bukan salah kitaorang, yang langgar kitaorang tu dia rasa, so kes ni boleh jadi kes langgar lari lah kan hahaha. pemandu tu perempuan, chinnese. ada yang tolong kejar kereta tu (weh terharu gila). syukur sangat macam ramai yang tolong kami, sha ok ja sebab rasa macam takdak luka kecuali kat situ sebab terhempas kan. dengan motor yang agak teruk sebab handle dah gelong semua. kawan sha teruk dari sha sebab kena kat muka. ada lah satu family yang tolong kami ni, sampai ke hospital lama. dah settle semua dorang balik dan mak ayah kawan sha mai, sha pun call lah sepupu sebelah rumah bgtau excident kan, dia macam cuak gila haha tapi cakap dah semua ok ja. 

masa kena rawat tu macam urrrrrrghhhh gila, sha mintak nurse perempuan tolong rawat, sebaik boleh, sampai duk cakap cakap dia inject hahaha sha actually okay je, dia cakap kena inject takut kancing gigi nanti lepas tu dia ada spray something yang pedih gila hahahaha nak menangis rasa tapi sis ok T.T lepas semua settle tunggu ubat kan, sha baru perasan yang kain sha terkoyak kat lutut hahaha adoi kena pulak lagi sekali sebab nak bagi cepat luka lega, kena cuci kan pe semua. settle balik rumah, semua orang tunggu hahahahaha ingat teruk sangat kot :p 

since that day sha memang tak berani dengan roundabout, tak kira lah naik motor ka kereta ka lori ka hahaha memang takberani, masih terasa saat saat terjatuh apa semua tu. haritu ada satu hari, jalan yang kitaorang nakpi ni kena lalu roundabout, sha tukar dengan kawan suruh dia bawak motor hahaha lepas dari roundabout takpa sha bawak balik. walaupun tu roundabout kecik ja, dia tetap roundabout huhuhu.

sekian, kbai!

Friday, 12 January 2018

WHY INTERNET WHY??

16:32 10
WHY INTERNET WHY??

Assalamualaikum.

WHY INTERNET WHY?? | Hi! mana entah azam 2018 nak update blog setiap hari hahaha. cuaca kat sini macam nak hujan je tapi harap harap hujan malam karang lah sebab penat gila kalau balik kerja pastu hujan sob sob. tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal cuaca tapi tah lah mana tau ada sangkut paut dengan cuaca kan. ha nih, internet kat tempat kerja sha adohai, bukan cakap nak update blog, nak bukak google pun naik dinasour tu

source : google.com

rasa macam erghhhh! dah lah harini jumaat, so takbusy ingatkan dapatlah update banyak banyak or join giveaway kan. semalam pun dapat join 1 giveaway ja huhu, so siapa ada buat giveaway boleh komen link kat bawak ni ok. harap harap esok eloklah internet ni, stressss betul internet macam ni. yang pelik youtube helok pulak dia menyanyi -_- sekian bebelan sha di petang jumaat ni, salam jumaat semua :)

ok bai

Thursday, 11 January 2018

MEK ZUMBIE 2K18 GIVEAWAY

14:53 6
MEK ZUMBIE 2K18 GIVEAWAY

Assalamualaikum

MEK ZUMBIE 2K18 GIVEAWAY | Hi! lama tak muncul sebab mood hilang sebentar akibat kerja kerja kat tempat kerja banyak sangat awal - awal tahun ni huhu. harini nak join giveaway/segmen jelah.


TAMAT BILA BILA MASA JA UOLLS

yang bestnya pasal giveaway ni hadiah kita boleh pilih haha so kalau sha lah sha nak blouse bunga bunga ni sebab takpernah ada blouse macam ni, selalu kosong je hihi



Monday, 8 January 2018

SEPETANG DI TASIK DARULAMAN

15:25 6
SEPETANG DI TASIK DARULAMAN

Assalamualaikum

SEPETANG DI TASIK DARULAMAN | finally sempat nak update pasal ni hahaha actually banyak nak tunjuk gambar je tu pun tak menyempat alahai sapikah dan awal tahun yang sangat busy. ni kiranya kisah yang tersambung daripada entry entry dibawah ni :-
actually kitaorang macam takdaklah nakpi sangat kan, tapi dah ada masa lagi sebelum waktu pulang, singgah jelah haha. sampai sampai je terus cari air hahaha


macam biasa kalau beli bigcup mesti beli greentea haha kalau yang lain macam takbest, entahlah nak. mula mula kan decide nak naik bot tu tapi disebabkan mahal nokharom (hahahahahahaha) kami pun jalan jalan jelah, so bawah ni gambar yang diambil sambil jalan jalan

masa lepas beli air, hahaha saja jalan sini sbb bokah bokah tu cantik (ke)

lupa nak ambik gambar benda ni sepanjang jalan hahaha 470m baru bakar bahulu, padahal dah makan piza apa semua hm letih haha

menyempat selfie walaupun penat gak lah

gini baru perfect gituh hahaha

rasa best pulak tengok suasana situ

ni masa lepas pusing satu tasik, ya ampun bila dapat duduk tu. bersyukur sangat hahaha penat weh lama tak berjalan asyik hadap komputer ja.

view belakang tempat kami duduk hahaha

ni kira entry santai santai ja haha banyak gambar je, walaupun penat tapi best dapat keluar macam ni, asyik pi mall je kan?!

ok, bai







Sunday, 7 January 2018

LUNCH WITH GEGIRLS

16:10 4
LUNCH WITH GEGIRLS

Assalamualaikum

LUNCH WITH GEGIRLS | Hi, selamat petang. taksempat nak bersiaran pagi tadi since busy gila harini haha ok bukan harini je, memang awal tahun selalu gila busy heh. pagi tadi dalam sibuk tu adalah bincang dalam group, nak lunch sama sama tapi taksemua la. tiga orang termasuk sha ja yang ada, lagi dua busy hahaha. so kami decide nak makan bihun sup siam. lunch time sha sejam ja tapi kitaorang makan kat dua tempat hikhik

KAKSU BIHUN SUP SIAM

sha duk busy settlekan kerja sampai tak sedar dah dekat 1.30 ahaha pastu terus kalut apa semua, dorang sampai kedai sha dulu, sha suruh dorang pi dulu dan order untuk sha. jeng jeng sha order megi sup siam + greentea (2018 without sugar failed!)


jeng jeng hahaha megi sup tu RM4 dan greentea tu RM1.50, so total RM 5.50


KAKZA CHICKEN CHOP

ok. tempat makan yang sup siam ni dekat dengan chicken chop tu, so one of my friend cakap nak makan, on jelah. hahaha masa sampai situ dua 4 minit macam tu, ingat nak makan situ lah tapi kemain lama 2.30 taksiap lagi padahal sha masuk kerja 2.30 -_- so kitaorang bungkus jelah 


bungkus dan makan kat kedai sha, RM 10 share 3 orang haha


sekian cerita lunch harini, hehee korang dah lunch ke? ok bai


Saturday, 6 January 2018

HASIL BURUAN DI PASAR MALAM JUMAAT

15:09 4
HASIL BURUAN DI PASAR MALAM JUMAAT

Assalamualaikum

HASIL BURUAN DI PASAR MALAM JUMAAT | Hi, taksangka harini dah 6 hari dalam tahun 2018, rasa kejap sangat. esok dah cukup seminggu. semalam lepas balik kerja, sha balik rumah dulu sebab janji dengan cousin nak pi pasar malam, bila dah sampai dia takdak pulak pi rumah tok dia tapi sha teringin satay pastu sha pun macam takpalah pi sorang pun. rasanya baru kali kedua kot pi pasarmalam sorang hahaha walaupun time tu baru pukul 6, bukan pasar malam pi malam pun tapi tetap nak berteman.


jenis sha kalau keluar pergi mana sorang sorang memang sha akan set kat mana nakpi, nak beli apa, kiranya dah confirm siap siap sebelum keluar. so sha nak satay dan ice blended! sampai je pasar malam tu terus gi order satay tu, makcik tu macam dah bosan tengok sha sebab hampir setiap minggu beli satay, oh please lah sapikah haha. pastu makcik tu cakap kena tunggu kejap, sha pun macam ha takpalah nakpi beli benda lain dulu. sha pun pi lah kat ice blended tu, order ice blended chocolate special.


sebenarnya gambar kat atas ni diambil sebab nak tayang kat one of my friend yang dah tayang ice blended dia masa sha tengah kerja -_- harga ice blended ni RM4. mahal tak? hahaha tahlah, kalau buat minum kadang kadang tu okey ja harga dia, so lepas siap ice blended tu pi semula kat satay, yay dah siap. semalam beli 40 cucuk uolls haha bukan untuk sha lah semua tu, untuk mak, maktok dgn adik sekali. sha dengan adik makan satay daging while my mom dengan maktok makan ayam.


teruk jugak edit kali ni *sigh* haha tapi kalau gelap dia macam taknampak langsung. ok balik je dari pasar malam terus ambik pinggan and tadaaaaaaaaaa! sedia untuk dimakan. alhamdulillah satay ni takpernah tak sedap tau hahaha secucuk RM 0.50, kalau kat sini memang harga tu lah paling murah. semalam kuah kacang ni dia macamhangit sikit tapi habis jugak hahaha. korang suka satay tak? 

ok bai!







LIRIK FALL IN LOVE | NOMINOS (OST KEKASIH PAKSA RELA)

11:59 2
LIRIK FALL IN LOVE | NOMINOS (OST KEKASIH PAKSA RELA)


Lirik dan Komposer : Thana dan Lul

LIRIK LAGU FALL IN LOVE

Bagaimana harus aku nyatakan
Kini ku merasakan ku jatuh cinta
Saat ku menemui kamu
You make me fall in love with you

Cintamu memiliki
Cahaya yang menyinari
Kan ku selalu ada dihatimu
Kau pun selalu ada dihatiku

Gaya wajah senyum dan ketawa
Semua tentang dirimu ku jatuh cinta
Saat ku menemui kamu
You make me fall in love with you

Cintamu memiliki
Cahaya yang menyinari
Kan ku selalu ada dihatimu
Kau pun selalu ada dihatiku

Ku harap engkau juga mencintaiku
Sama sepertiku mencintaimu
Semoga kita kekal dan semourna buat selamanya

(ulang 2x)
Cintamu memiliki
Cahaya yang menyinari
Kan ku selalu ada dihatimu
Kau pun selalu ada dihatiku

Friday, 5 January 2018

MAKANAN RINGAN DI KEDAI RM2.12

16:00 11
MAKANAN RINGAN DI KEDAI RM2.12

Assalamualaikum

MAKANAN RINGAN DI KEDAI RM2.12 | Hi, kalau korang nak tau tempat kerja sha dengan kedai RM 2.12 ni memang dekat gila haha berjalan pun boleh sampailah. so rehat semalam dah habis makan nasi semua sha pun pi lah kedai tu, kadang kadang taktau pun nak beli apa tapi bila pi mesti akan beli something haha. so semalam memang niat nakpi beli mineral water sebab harini dorang tutup dan sha kerja huhu. ok back to the topic, sha beli lah air mineral dan beberapa makanan ringan 


ni lah 3 benda yang sha dah beli semalam. sebenarnya sha jarang makan benda macam ni sebab one of my brother pernah kena sakit buah pinggang, sejak tu abah macam tak berapa sangatlah bagi makan makanan ringan. disebabkan dari kecil terbiasa macam tu, sampai kebesarlah hahaha. ingat lagi dulu masa tadika, kawan kawan semua gigi patah, balik rumah tanya mak sedara "awat gigi semua orang takdak? gigi kaklong ada ja. gigi sapa yang bermasalah ni?" hahahahaha ok back to the topic. Nips dengan Jacker tu dah selalu beli cuma yang slice potato chips perisa cheese tu ja first time. so benda tu lah sha rasa mula mula sekali.



mula mula buka packaging, not bad la. takdaklah sikit sangat, memang oklah dengan harga RM 2.12. bila first rasa terus sedih haha. takrasa sangat cheese tu, rasa memang rasa tapi takrasa sangat urghh haha terus turn off. gulung gulung bahagian depan tu terus simpan haha. sedih betul. tapi sebenarnya ok ja sebab takbanyak perasa dia guna haha semalam bila lapar makan jugak :p tapi tinggal lah sikit untuk adik yang selalu lapar tu. 

ok bai 

ASHRIN FOOD : SANDWICH DELIVERY & SANDWICH SUPPLIER

11:37 4
ASHRIN FOOD : SANDWICH DELIVERY & SANDWICH SUPPLIER

Assalamualaikum

ASHRIN FOOD : SANDWICH DELIVERY AND SANDWICH SUPPLIER | Hi, calling for all sandwich lovers! harini sha nak cerita pasai ASHRIN FOOD. for those yang taktau ASHRIN FOOD ni apa, dorang adalah pembekal sandwich di sekitar Kuala Lumpur dan kalau korang nak tau, dorang jugak ada sediakan perkhidmatan seperti :-
  • Penghantaran sandwich kepada pelanggan/sandwich delivery. Penghantaran sandwich ini adalah untuk dimakan di rumah, pejabat, jamuan, potluck, majlis/event dan dimana sahaja!
  • Pembekal sandwich/sandwich supplier di Kuala Lumpur. Terbuka kepada sesiapa yang ingin membeli secara borong sandwich terutama kepada yang mempunyai perniagaan seperti gerai, restoran, kiosk, hospital dan lain-lain.  
  • Mereka juga menyediakan Sandwich Boxes Surprise kepada pelanggan yang ingin membuat surprise kepada kenalan, kekasih, ibubapa dan sesiapa sahaja.

Kategori Ashrin Sandwich:

Mini Sandwich




Sandwich Boxes



Single Sandwich 



9 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Ashrin Sandwich?

♥ Terdapat 10 Jenis Sandwich Ashrin yang korang wajib cuba: 
1. Tuna
2. Sardine
3. Ayam
4. Vege
5. Coeslow
6. Fish
7. Crab
8. Prawn
9. Cheese
10. Egg mayo / telur

♥ 4 kategiru sandwich yang anda boleh pilih iaitu:
1. Mini
2. Sandwich Boxes
3. Single sandwich
4. Superbig sandwich

Ashrin Food akan menyediakan Sandwich mengikut citarasa pelanggannya. Anda boleh memilih samada inginkan sayur atau tidak dan anda jugak boleh memilih untuk sandwich pedas ataupun normal.
♥ Roti yang digunakan oleh Ashrin Food sangat sedap dan tebal, tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
♥ Inti yang digunakan untuk diletakkan di sandwich terlebih dahulu dimasak supaya anda mendapat citarasa yang diingini dan sandwich ini tahan lebih lama. 
♥ Inti sandwich ini sedap dan tebal sehingga boleh dimakan berkali - kali. 
♥ Kotak sandwich dan packaging yang digunakan adalah sangat berkualiti dan anda tidak akan berasa was - was untuk menjual sandwich ini ditempat anda.
♥ Jika anda membuat pesanan Sandwich Boxes Suprise kepada seseorang, anda akan mendapat free notes/wishes (anda hanya perlu nyatakan apa yang hendak ditulis, pihak kami akan uruskan)
♥ Pembelian yang melebihi RM 100 ke atas akan mendapat free gift/menu sampingan (coklat boxes atau coklat jar)

--------------------------------------------------------------------------------------
~Sesuai untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas
~Sesuai untuk majlis dan apa-apa jamuan makan (Ashrin Sandwich Boxes)
~Sesuai dijual dipejabat atau di tempat anda sekiranya ingin jual sandwich (Single Sandwich) [Dapatkan harga borong dari Ashrin Sandwich]
~Sesuai untuk menjana pendapatan di tempat kerja anda atau dimana-mana secara online dan offline (Jom jadi Agent kami)
~Sesuai untuk tender di hospital, kantin, kilang dan sebagainya.


SEDIKIT MENGENAI ASHRIN FOOD
-Bermula pada bulan 11 2017
-Homemade sandwich yang bertapak di Danau Kota
-Membekal Sandwich di Hospital sekitar Kuala Lumpur
-Membekal sandwich ke Caltex dan BHP kawasan Ampang, Jalan Kuching dan di beberapa tempat lagi.
-Mood Republik Sandwich supplier Kuala Lumpur 2017
-Projek Sandwich Percuma utk orang awam dan gelandangan 2018 ini
-Supply ke bazaar dan event-event/majlis sekitar Kuala Lumpur
Dan banyak lagi

PENGHANTARAN
-Delivery ke tempat anda 
-Self pickup di Danau Kota

WAKTU OPERASI
Setiap hari ( Isnin hingga Ahad)
Waktu perniagaan : 8 Pagi hingga 9 Malam

PENGASAS ASHRIN FOOD 
Zushazrina Zulkifli (Puan Rin) 
Usahawan Muda Malaysia
Ex-banker / Bekas Pegawai Bank
Peserta Akuip Tv3 (2014)


Sekiranya anda ingin membeli sandwich daripada Ashrin Food atau ingin membuat suprise sandwich/suprise chocolate boxes atau ingin menjana pendapatan bersama Ashrin Food atau ingin memborong sandwich atau mencari sandwich vendor untuk diletakkan di tempat anda, sila hubungi pihak ASHRIN FOOD :-

1.  Direct wassap ke http://ashrinfood.wasap.my  /   0124746867
Atau
2.  Email ke ashrinfood@gmail.com
Atau
3.  Anda boleh buat pembelian melalui Fb kami:  Ashrin Food


Kalau korang nak tengok semua jenis sandwich yang Ashrin Food ada, korang boleh tengok sama ada diwebsite dorang atau FB, IG. dibawah ni sha sertakan link untuk korang, check them out!

Facebook :  https:// facebook.com/PembekalSandwich/
Instagram :  https://www.instagram.com/ashrin_food/
Youtube :  https://www.youtube.com/channel/UCAFl8lY7N80Z5Wr0SFFjTIg/about?view_as=subscriber
Twitter :  https://twitter.com/AshrinSandwich
Email :  ashrinfood@gmail.com

-----------------------------------------------------------------------------------

**AGENT DIBUKA:
Berminat nak tambah pendapatan sampingan? Nak jana income? Hari-hari nak duit masuk bank? 

Jom jadi agent Ashrin Food.  Anda takkan rugi, sebab tak perlu simpan apa-apa barang. Tak perlu jual apa-apa. Hanya marketing atau promosi atau dapatkan pelanggan yang berminat nak beli sandwich! Anda pun masyukkk.  Komisen dapat, bonus pun dapat diakhir tahun ! Wow. Bestnya jadi agent!

Agent di kuala lumpur ke? Tak kisah. Kalau anda tinggal di Pahang, penang, sabah dan mana-mana sekalipun tetap boleh jadi agent. Boleh promosi dan jika customer di KL nak order, anda tetap untung! 
Boleh hubungi segera untuk Agent.








Thursday, 4 January 2018

LIRIK JANGAN KAU MENGALAH | EDA NAZIELA

21:46 3
LIRIK JANGAN KAU MENGALAH | EDA NAZIELA


LIRIK LAGU JANGAN KAU MENGALAH


Mungkin lemahku berkata
Kasar sentiasa
Ku buat kau marah
Namun kau sabar sabar saja
Membuatku cinta

Kadang kamu tak sempurna
Kasarmu pun ada 
Tak bisa kau jaga
Namun ku cuba tuk terima
Lemahmu sang raja

Biar kita melengkapi
Cinta yang tak rapi
Kita perbaiki

Biar kita merasai
Bahgia dimiliki
Yang tuhan tlah beri

Sayang, jangan kau mengalah
Saat kita lemah
Cubalah kau tabah

Jangan difikir berpisah
Saat kita benci kerna kita marah
Tak mampu kita lawan rindu
Saat menyesal sudah

Biar kita melengkapi 
Cinta yang tak rapi
Kita perbaiki

Biar kita merasai
Bahgia dimiliki
Yang tuhan tlah beri

Sayang, jangan kau mengalah
Saat kita lemah
Cubalah kau tabah

Cubalah kau 
Cuba kau
Cuba kau tabah

LIRIK PASTI | CHERPEN (OST KEKASIH PAKSA RELA)

14:00 3
LIRIK PASTI | CHERPEN (OST KEKASIH PAKSA RELA)


Lirik : Hang Nadim
Komposer : Hang Nadim / Afiez 


LIRIK LAGU PASTI

Teringat lagi, tentang engkau
Menggambarkan kenangan kita waktu dahulu
Mana sahaja kau berada
Mengharapkan semoga engkau memikirkanku

Dimata hilang jangan dihati
Meminta akan ada waktu
Untuk bertemu

Semestinya nanti, engkau kembalikan
Sentuhan lembutmu lagi
Akan juga nanti
Angin meniupkan rindu padamu

Teringat lagi, senyumanmu
Begitulah erti sebenarnya ketenangan
Walau dimana,kau berada
Imaginasikan, segalanya tentang kita

Dimata hilang jangan dihati
Meminta akan ada waktu
Untuk bertemu

Semestinya nanti, engkau kembalikan
Sentuhan lembutmu lagi
Akan juga nanti
Angin meniupkan rindu padamu

wooooo... wooooo...wooooo

(ulang 2x)
Semestinya nanti, engkau kembalikan
Sentuhan lembutmu lagi
Akan juga nanti
Angin meniupkan
Rindu padamu

Semestinya nanti, engkau kembalikan
Sentuhan lembutmu lagi



KEKASIH PAKSA RELA (2017)

12:38 4
KEKASIH PAKSA RELA (2017)

Assalamualaikum

KEKASIH PAKSA RELA (2017) | Drama sebanyak 28 episod terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Pelakon utama ialah Remy Ishak, Intan Najuwa, dan Ain Edruce. Ditayangkan di TV3 bermula 26 Disember 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.



KEKASIH PAKSA RELA

SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd

PELAKON : Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Azhar Amir, Fatin Afeefa, Sharifah Asyikin, Feiyna Tajudin, Mak Wan

SINOPSIS KEKASIH PAKSA RELA
Berkisahkan tentang Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka. Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya. Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba. Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?

Wednesday, 3 January 2018

KAWAN BAIK LELAKI? YAY OR NAY?

16:35 23
KAWAN BAIK LELAKI? YAY OR NAY?

Assalamualaikum.

KAWAN BAIK LELAKI? YAY OR NAY? | hi, kawan baik ni orang yang paling rapat dan orang yang kita percaya selepas family hahahaha betul tak? dorang dah macam family kedua dah bagi sha, lagi best kalau mak ayah kawan baik kita kenal kita, sampai kalau jumpa kat jalan pun boleh tegur, kiranya memang rapatlah sampai ajak tidur rumah semua [tapi family sha jenis takbagi tidur rumah orang haha sedih] tapi kalau kawan lelaki macam mana pulak? macam mana boleh ada kawan baik lelaki?

"boleh ke lelaki dengan perempuan berkawan je? tak jatuh hati ke? kalau jatuh hati macam mana?"


selalu sangat dengar ayat kat atas ni. semua ni berkenaan dengan hati haha kalau dah jatuh hati nak buat macam mana? dan kalau memang korang anggap dia kawan macam mana boleh nak jatuh hati, betul tak? hahaha sebab kita yang biarkan hati kita terjatuh kat dia sebab tu terjatuh TAPI! apa salahnya kalau terjatuh hati kat dia kalau dia single kita single? manatau jodoh? hahaha


banyak sebab kenapa sha suka kawan dengan budak budak lelaki ni, hahaha uish nampak jahat tak? antara sebab sha suka kawan dengan dorang sebab dorang susah nak makan hati or terasa hati, yes memang ada lelaki yang hati tisu haha tapi hati tisu lelaki tak setisu hati perempuan kot? (ayat apani?)  sebab memang laki kalau merajuk tak macho lah kan? (kecuali suami merajuk dengan isteri takpe, tu comellllll) kiranya bebas nak melawak macam mana pun hewhew

yang keduanya, dorang ni protective gila! macam contohnya nak kenal dengan sapa sapa pastu tanya dorang agak agak ok tak diani hahaha baru tengok gambar dah terus cakap kat ok -_- janganlah kawan dengan dia, dorang nak kawan sebab bla bla bla hahaha kadang tu geram tapi kadang tu apa dorang cakap tu betul. bila dah kenal, last last jadi apa yang dia cakap mula mula dulu hahahaha

yang ketiga! pendengar setia dikala ada masalah hahaha dorang ni mcm suka sangat selesaikan masalah macam takpayah fikir banyak banyak, lupakan - main game - tengok movie pastu rancang nak pi makan mana tu yang best tu. pastu boleh share minat! haritu pernah sekali duk sembang pasal motor dengan kawan baik lelaki hahaha sampaikan dia kata kalaulah hang ni lelaki boleh kita pomen motor sama sama HAHAHAHA

tapi yang paling takbest bila dah masing masing busy pastu lama lama jadi stranger T___T  banyak jugaklah jadi kat sha, sebab utama sebab dorang dah ada makwe huahuahuwa so korang ada kawan lelaki tak? hihihihi

Tuesday, 2 January 2018

TUDUNG CHIFFON VOILE BY_FARHANIMISMAIL

13:30 22
TUDUNG CHIFFON VOILE BY_FARHANIMISMAIL

Assalamualaikum.

TUDUNG CHIFFON VOILE BY_FARHANIMISMAIL | Hi, perempuan dan tudung memang tidak dapat dipisahkan? so last year punya post (ececece) sha ada cerita sikit pasal tudung yang sha tengah gila gila ni [BACA SINI]. sekarang sha baru ada 2 helai tudung jenis ni pastu duk rasa macam nak ulang ulang pakai tudung ni setiap hari -_- sha sebenarnya ni bukan kali pertama beli tudung online, haha tudung pun beli online ye sapikah. padahal kalau walk in kan lebih murah. 

sha ni jenis yang taksuka pakai tudung corak corak. bukan taksuka tapi more to taksesuai dengan sha. sha ada jugaklah beli tudung yang corak tapi huduh kemain dengan sha hahaha so sejak kejadian sha memang takbeli dah tudung corak, kalau ye pun beli pakai sekali dan bagi kat makcik or kawan kawan. sekarang sha dah takpakai shawl sebab macam letih nak kena lilit - lilit so kalau bawal lebih mudah.

oh dorang cakap perempuan pakai bawal lebih cantik hahaha oklah kan boleh jadi cantik. banyaknya bebel hahah tak mulakan lagi pasa tajuk. so sha decide nak beli tudung dari ig @by_farhanimismail ni dan kebetulan dia memang stay area tempat sha ja so boleh cod! yayayayay! sha pun pilihlah tudung yang sha nak, semua cantik cantik rasa nak angkut ja semua ha. ni tudung first sha beli dari ig tu


ni gambar semalam dengan supina, best tau tudung ni sebab dia takpanas dan takjarang. ni kali kedua sha pakai sebab taktau nak matching dengan baju warna apa haha apatah motif beli tduung tak matching warna dengan baju gi kerja huwaaaaa.


yang ni pulak tudung yang kedua, oh ya sha yang belakang, yang depan tu menyibuk je hahaha. gambar ni sha selfie lepas sha berjalan + berlari kat tasik haritu, hello kalau tudung lain mau terkelepek habis semua dah hahaha, ni mantain onpoint tau.

tudung ni sehelai RM10 ja, tapi yang sedih ada bawal bidang 45 je, kalau ada bidang 48 memang best hahaha. lagi satu sha kalau pakai tudung taksuka letak starch. ok bukan taksuka tapi takpandai hahahaha, so kalau tu dah start takjadi memang jadi khazanah alam jelah dia dalam almari sha. banyak 


kalau korang yang tau secara details bolehlah usha ig tudung ni


**bukan paid review, semua ni atas padangan saya sendiri

ITS 2018

12:22 11
ITS 2018

Assalamualaikum.

ITS 2018 | hi, harini merupakan hari kedua dalam tahun 2018. sepatutnya entry ini dipublish semalam tapi semalam cutilah pulak. Happy new years! tak mengharapkan tahun yang sempurna serba serbi, cukuplah tahun yang membahagiakan (githew).



bercakap mengenai azam. azam? tapi saya shafyqah hahahahahaha ok tak. memang banyak jugak pasang azam, semoga dapatlah capai azam tu walaupun taksemua, maybe setengah haha dan salah satunya nak menabung! sebab boringlah asyik azam nak kurus setiap tahun tapi tak kurus kurus haha so kita tukar azam utama tahun ni nak menabung manatau tabung takpenuh tapi kurus? eh hehehehe.

dan untuk blog pulak, semua tahun ni tuan blog ni rajin nak mengupdate blog, bukannya hanya ambik gambar tapi sampai kesudah tak update kat blog dan rajin blog walking haha

ok bai!