HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN 2017

by - 11:56


Assalamualaikum!



hari ahad lepas, sha ada join geng geng MADA pi HPPN 2017 di Kulim. macam mana sha boleh join semua ni hahaha sebab cousin sha orang MADA pastu dia kena cari orang untuk pi benda ni, so dia suruhlah sha pi. sanggup sha mintak cuti sebab nak pi benda ni. so katanya kena berkumpul pukul 7.30 dan nak bertolak pukul 8.30pagi, wuw sha, kakfatin dan badri pukul 8 baru keluar rumah hahahaha sampai je kena tulis nama apa semua, tunggu kejap dah boleh naik bas. target bertolak pukul 8.30 sampai pukul 10 tapi terlajak sekali ha 11.30 baru sampai. pastu yang uruskan rombongan kitaorang ni bgtau pukul 2 berkumpul sini balik (tempat turun bas). so kitaorang mulakan perjalanan dengan membeli benda benda yang dipesan oleh orang yang kat rumah seperti pokok dan kuih hahahaha. pusing punya pusing baru jumpa (takde gambar) lepas beli apa semua, dah penat behentilah makan. lepas tu dah malas nak jalan hahaha kitaorang duduk je tepi tepi tu, yelah kan, ni kalau makcik pakcik datang memang tau la nak buat apa. kitaorang yang muda ni memang pisang la hahaha dannn sha ada melawat lembu + kambing hahaha cousin sha cakap, kat kampung takdak pulak nak ambik gambar lembu, datang kulim tetiba nak ambik gambar lembu hahahaha ><

ni kalau tengok depan depan serius besar gila!



comel gila dia ada rambut hahaha


kambing asal mesir 
ok last hahaha dia senyum nampak gigi ><
sha memang excited habis dah macam budak budak dah bila dapat jumpa lembu kambing semua ni hahahaha ada la sekor lembu tu dibenarkan untuk masuk kandang dia, dan boleh pegang. tapi sha kucing yang comel pun takut, kalau lembu jauh sekali la hahahaha kitaorang bertolak balik jam 3.15 petang gitu, sepanjang jalan tidur walaupun takberjalan mana pun hahaha letih oh naik bas ;p



You May Also Like

2 qtpie

  1. wah mcm best je ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  2. hai. dah follow :)

    follow back yaa

    ReplyDelete