08/01/2017 - 09/01/2017 - shfyqhazhr

Thursday, 31 August 2017

LIRIK DAKAP SELALU - EDA NAZIELA

15:50 1
LIRIK DAKAP SELALU - EDA NAZIELA




Lirik :-

Kedengarannya seperti
Cintanya tiada lagi
Kita masih bersama
Tapi rasanya berbeza
Kau bukan seperti kamu

Ya mungkin manusia berubah
Tapi mengapa hatimu ikut sama

Kau jauh dari
Kau jauh dari sebelumnya
Tapi ku masih serupa
Gilakan kamu dari mula
Gilakan kamu sentiasa

Ku mahu pegang hatimu
Dakaplah aku selalu
Tunjuklah kamu masih mahu
Masih perlukan aku
Jangan kau jangan begitu
Ini sekarang bukan sifatmu
Teriak marah selalu
Sedihkan aku setiap waktumu

Sayang
Sayang jangan begitu
Cinta itu bahagia
Mengapa rumitkan ia

Kita kan pernah ceria
Ingatkan kita suka benar ketawa bersama
Jaga hati jaga kata-kata
Tapi ini bukan kamu yang asalnya

Dengarnya kini cinta aku saja yang rasa
Kau lihatnya seperti satu beban dunia

MENANG Giveaway Merdeka by Kisahsidairy.com

10:05 7
MENANG Giveaway Merdeka by Kisahsidairy.com

Assalamualaikum

Semalam, 30 Ogos sha cuti, kiranya tak scroll lah blog sebab busy siapkan semua benda sebab harini sha kerja *banyaknya sebab* lepas tu dapat satu ws dari kak hernee ;


kalau kak hernee tak whtsapp sha memang taktau lagi >< dengan internet slow nak bukak link tu adoi stress! terima kasih kak hernee :)


alhamdulillah. kiranya sha dapat duit raya awal la ni? :D

Tuesday, 29 August 2017

DAY 2 : NINE THINGS ABOUT YOURSELF

14:55 2
DAY 2 : NINE THINGS ABOUT YOURSELF



Assalamuaikum, sha ada challenge diri sendiri untuk update setiap hari tapi malangnya semalam no update sebab cuti hehe so jom teruskan challenge ni untuk hari kedua :p ( DAY 1 ).

1. SUKA MAKAN

ni bukan sha yang cakap tapi semua orang sekeliling sha cakap hahaha. kalau ada kedai baru buka kat kawasan rumah sha kan, sha mesti pi cuba hehe lepastu kalau kawan kawan nak ke kedai tu mesti dorang tanya dulu sedap ke tak hehe 

2. SUKA TIDUR

suka tidur sebab letih kerja lah (hahahahaha) tapi takdelah asyik tidur je, sha macam kalau takdak benda nak buat, sha pilih tidur dari makan (sepatutnya ni letak yang first kan) sebab bila tidur hilang letih, takpayah fikir pasal masalah hahaha

3. RAJIN MENGEMAS

ehem boleh jadi bakal menantu mak awak tak? haha yes! sha seorang yang sangat suka mengemas sebab mata sha takboleh tengok benda selerak, berterabur dan tak bersusun! a big no. kalau sha letih macam mana pun sha akan gagahkan jugak bangun dan kemas sikit, esok sambung hahaha

4. TAKPANDAI BERGAYA

sha tengok budak batch sha dah bergaya ala ala mak datin dah, while me - tshirt, slack + tudung crepe and done hahaha. cemana nak bergaya ni? takut nak mencuba sebab nanti nampak macam mak mak pulak kan (sha kan mok mok) hehe

5. MALAS

okay tadi rajin, sekarang malas pulak? (perempuan memang complicated haha) sha kalau dapat duduk atas katil sha memang malas dah la nak buat benda apa pun hahaha tambah bila hari cuti ka, takbergerak langsung takpe dari katil :p

6. SUKA MINUM AIR KOSONG

benda ni orang paling takboleh terima hahaha bila orang tau je sha suka minum plain water,dorang mesti macam "eee macam manalah boleh minum takdak rasa tu" hahahaha sha memang diajar untuk minum plain water sejak kecil lagi. dulu masa sekolah rendah jaranglah minum air kat kantin sebab sha memang bawak bekal air dari rumah. ala dulu senang je nak suruh bwk botol air ke sekolah, belikan botol comel, dia punya excited nak tunjuk kat kawan kawan tu lain macam rasanya hehe

7. SUKA MINUM GREENTEA

yang ni pun samalah macam cerita plain water. ok dulu sha pun takboleh telan greentea hahaha apabenda do rasa dia hahaha by the way ni bukan greentea yang krim penuh kat atas tau, ni greentea kosong hahaha sha akan minum setiap malam sebelum tidur. 

8. TAKBOLEH HIDUP TAKDA INTERNET

terukkan? tapi ni lah hakikatnya budak zaman sekarang (walaupun takberapa nak budak sangat) memang takboleh, rasa macam lifeless gila (teruknya :( ) sekarang kan semua guna internet hahaha 

9. SEORANG YANG GARANG DAN KUAT CEMBURU

orang selalu rasa sha takgarang sebab memang malas nak marah orang, buat habis tenaga je haha. yang kes cemburu ni baru sedar bila ada kawan tegur hahaha kenapa kena ada perasaan cemburu? yelah hati dah sayang ><

okay selesai untuk day 2 hehehe see u again! happy reading

Sunday, 27 August 2017

DAY 1 : TEN REASONS WHY YOU LOVE YOUR JOB

20:30 16
DAY 1 : TEN REASONS WHY YOU LOVE YOUR JOB


Assalamualaikum,

so harini bermulalah 10 days blog challenge tu. harap harap rajinlah nak menaip lepas ni >< sha bekerja sebagai seorang kerani/pembantu kedai komputer. sha start kerja last year bulan 10. first time kerja haha memang kekok jugak lah mula mula tu tapi sha memang ada la basic pasal pc ni sebab sha dulu masa SPM budak ict.so lets start now : why i love my job!

1. TEMPAT KERJA TAK JAUH DARI RUMAH

ha, benda ni nampak macam takdelah penting pun kan? salah. awak salah! minyak motor sekarang mahal oh. setidak tidaknya kalau kerja dekat dapatlah jimat minyak motor sikit kan? zaman sekarang semua kena jimat haha

2. WAKTU KERJA MACAM WAKTU OFFICE : 8.30AM - 5.30PM 

since sha seorang perempuan, so family memang takbagilah kerja yang balik malam sebab kawasan sha bila malam memang sunyi macam takdak sorang pun wujud kat kawasan tu *lol tipu* alhamdulillah dapat kerja yang balik petang haha

3. DAPAT KERJA YANG KENA DENGAN MINAT

ni salah satu benda penting jugak, sebab bila kita buat kerja yang kita takminat, kebarangkalian untuk tidak ikhlas tu tinggi. hehe sha memang minat lah bidang elektronik ni. kalau kat kampung kan, makcik makcik yang takpandai nak update whtsapp ke fb ke memang dorang tunggu sha balik kerja pastu tahan suruh tolong updatekan (lol im serious hahaha) 

4. BOLEH LAYAN KDRAMA DENGAN WIFI YANG LAJU

ok yang ni. dulu sha bukanlah peminat kdrama, tidak sama sekali! lepas tu dah ada wifi kan hehe asyik tolong downloadkan untuk kawan je, try lah tengok kdrama semua tu. sekarang, kalau kawan kawan nak tau cerita apa best, sha lah yang dorang cari haha!

5. PERSEKITARAN KERJA YANG SUPER DUPER OK

kedai sha ni dia macam dalam kawasan rumah kedai. kebanyakkan cina la tapi semua sini kenal dah sha, ada uncle cina tu siap cakap sha anak angkat dia la hahaha segan nakk. kenapa sha cakap ok bukan okay? ha ha ha sebab ada la sikit kekurangan dia, dekat dengan kilang padi >< kulit sha dah la takboleh kena habuk dari padi tu adoi 

6. TAK BANYAK KERJA

hehe sha sebagai kerani takdelah 8 jam kerja, 8 jam kena hadap pc buat kerja pe semua, kadang kadang je macam tu, selalunya sha layan kdrama/movie/drama hahahaha macam mana boleh taksayang dengan kerja macam ni? ><

7. TAKPERLU BERSESAK SESAK BILA WAKTU BALIK

sha ada dua jalan untuk sampai ke rumah, dan semestinya sha pilih jalan kampung. baik hadap lembu tiap petang dari kena lalu ikut jalan yang penuh dengan kereta yang kadang kadang takpernah ada adab tu huhu

8. KERJA YANG JARANG STRESS

jarang means bukan takpernah haha. pernah je stress walaupun kadang kerja takbanyak sebab kadang kadang tu takde mood nak menaip even dah ada contoh kena ikut balik je. selalunya kejadian ni berlaku bila lepas rehat, kalau dah kenyang sumpah malas gila nak buat kerja.

9. BALIK KERJA STILL ADA MASA UNTUK DIRI SENDIRI

ok see, kalau yang kerja jenis balik malam tu, bila balik takkan nak boleh bermain bdminton kagi? mestilah tak kan haha so macam sha petang petang balik kerja nyempat lagi nak pi pasar malam, main bdminton, ronda ronda kampung hehe

10. KERJA KAT TEMPAT KERJA SAHAJA

ok mesti cakap alah kerja kerani takkan nak kena bawak balik kerja kat rumah. ha ha ha ha sha pernah terniat nak bawak balik kerja buat kat rumah (saja sebab nak acah busy) tapi bila ingat ingat balik, kerja kat tempat kerja dah la kan, kat rumah masa dengan family. 


walaupun 10 je tapi rasa macam banyak gila haha susah kan bila nak menaip tapi takdak idea ni, do u feel me? :( 

Saturday, 26 August 2017

TEN DAY BLOG CHALLENGE

10:53 1
TEN DAY BLOG CHALLENGE

Assalamualaikum!

disebabkan sha kekangan idea untuk berblogging, so sha nak buat some challenge untuk diri sendiri supaya blog ni tak berhabuk(haha). so challange ni start esok, 27 Ogos! stay tuned ♥

Friday, 25 August 2017

MINI GIVEAWAY BY NADIA

16:34 3
MINI GIVEAWAY BY NADIA

(KLIK BANNER UNTUK JOIN)
TAMAT : 31 AUGUST 2017



SENARAI HADIAH


Pemenang pilihan random.org :

3 pemenang x Topup RM10
4 pemenang x Topup RM5


KAKLONGCHAN.COM MERDEKA GIVEAWAY!

16:32 3
KAKLONGCHAN.COM MERDEKA GIVEAWAY!

{KLIK BANNER UNTUK JOIN} - LAST 31 OGOS 

KLAIRS MID-DAY BLUE SUN LOTION & KLAIRS MOCHI BB CUSHION

16:21 40
KLAIRS MID-DAY BLUE SUN LOTION & KLAIRS MOCHI BB CUSHION

Assalamualaikum and hi!


Setelah beberapa hari tunggu pakcik poslaju datang, akhirnya dia pun muncul haha. so! sha dapat parcel ni on tuesday, and ya baru harini sempat nak menulis entry (im so busy now T.T) memang excited gilalah bila dapat tau parcel dah sampai. balik je rumah terus bukak parcel dengan kejamnya lol. so apa sha dapat dalam parcel tu adalah Klairs Mid-day Blue Sun Lotion, Klairs Mochi BB Cushion Pact (sumpah packaging dia comel gila!) & Klairs Trial Sample Set. kepada peminat produk korea wajib baca!

Klairs Mid-day Blue Sun Lotion


actually sha memang tengah cari a new sunscreen so yay! sun lotion ni memang best gila. lepas apply kat muka, muka akan rasa lembut je. this sun lotion  has SPF 40/PA++ dan yang best pasal this sunscreen dia takkan keringkan kulit korang or make your skin oily. sebab sha punya kulit jenis oily kan, so semalam sha guna this sun lotion dan time balik pun kulit still matte, tak oily pun. sebelum ni oily sampai boleh goreng ikan ehehehehe. this sun lotion jugak korang boleh guna as makeup base, senangkan? kira macam 2 in 1 gitu. for your information, sun lotion ni warna biru, macam packaging dia. kenapa biru? sebab sun lotion ni menggunakan Guaiazulene, yang merupakan bahan utama. bestkan? korang boleh dapatkan this product from Hermo.my (link sha bagi last skali nanti ok)


Klairs Mochi BB Cushion Pact



this one yang paling taksabar nak try. sebab packaging dia pun comel gila kan :3 sha sekarang memang guna bb cushion je sebab senang, tempek tempek dah cantek (eh cantek ke). by the way, bb cushion dari Klairs ni ada satu shade je dan shade ni a little bit light for me tapi everything going well hahaha sebab bila dah contour apa semua tu, takdelah nampak macam opera cina sangat hehe. case bb cushion ni memang eloklah sebab dia boleh lock lepas kita mula bukak the first lock, first time sha jumpa macam ni, selalunya lepas bukak terus nampak span + cushion. walaupun shade ni terlalu light untuk sha, tapi bila dah siap semua, nampak macam natural je. kulit rasa lembut je guna this bb cushion aaaaa im so in love <3 div="">


so dibawah ni gambar sha try guna this bb cushion pact, memang inlove lah! 

nampak tak? dia menetupi cela cela diwajah sha hahahaha sha cuma guna moisturizer + bb cushion ni ja, dan ni no filter cuma guna cahaya matahari :p

Klairs Trial Sample Set


last sekali, this Klair samples which is contains :-

[KLAIRS] Gentle Black Deep Cleansing Oil
[KLAIRS] Supple Preparation Facial Toner
[KLAIRS] Supple Preparation All-over Lotion
[KLAIRS] Rich Moist Soothing Serum
[KLAIRS] Rich Moist Soothing Cream 
[KLAIRS] Midnight Blue Calming Cream
[KLAIRS] Midday Blue Sun Lotion SPF40/PA++ 
[KLAIRS] Illuminating Supple Blemish Cream SPF 40/PA++ 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau korang berminat dengan produk dari Klairs ni korang boleh membelinya di website hermo.my secara online\\

Website Hermo Malaysia

Instagram Hermo Malaysia

Website Klairs




Wednesday, 23 August 2017

SUFINA.

14:57 3
SUFINA.


Assalamualaikum.

siapa sufina? sufina ni baby yang makcik sha jaga a.k.a mengasuh. dulu ada jugak sorang budak lelaki yang makcik sha mengasuh tapi sekarang dah sekolah dah dia. yang sorang tu pun sha sayang gila kat dia. memang sayang la macam adik sendiri. ok yang tu cerita kat entry lain.

pina ni baby lagi, 6 bulan kot so dia memang takbanyak songgeh la kan. kerja dia zZzZzz je. tapi sha geram tengok dia tidur hahaha sha selalu jugak kacau dia tidur :p selalu kena marah dengan makcik hahaha dulu masa dia mula mula datang memang takrasa apa sangat sebab sha tak berani nak pegang baby bawah dari 6 bulan lepas tu dah asyik kena tolong pegang je terus sayang, dari sentuhan terus timbul kasih sayang githewwww. 


bulat gila supina ni hahaha memang pipi dia selalu kena gigit la :p kalau farhad dia suka main telinga si pina ni (sebenarnya semua telinga orang dia suka main) kalau si farhan suka dukung tapi semua orang takyakin dengan dia hahaha yelah takut jugakkan apa apa nanti ha. 


syok betul dia orang lambung lambung dia. dia taktau ke dia berat hahahaha T-T btw, rumah yang wana kuning tu rumah baru makcik sha yang terbakar 15 Januari haritu (baca sini). Byee!


SGshop Merdeka Giveaway

11:53 2
SGshop Merdeka Giveaway

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

11:33 3
Merdeka! Merdeka! Blogger Contest


Assalamualaikum. pejam celik pejam celik dah bulan 8 kan sekarang? bulan ogos = bulan kemerdekaan! alhamdulillah tahun ni 2017, Malaysia akan menyambut 60 Tahun Kemerdekaan ♥ bersempena dengan kemerdekaan ni, Lazada tak lepaskan peluang buat contest untuk para blogger (tq LAZADA ♥♥♥) dan LAZADA juga ada buat Merdeka! Merdeka! sales ( http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) yang akan berlangsung pada 25 Ogos - 31 Ogos which is korang boleh dapat special diskaun up to 80% off (woowww) 

What do you love about being Malaysian?

Alhamdulillah sha amat berbangga menjadi rakyat Malaysia! sha bangga menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan, tempat - tempat yang menarik serta banyak makanan yang sangat best (:p)! tidak lupa juga Malaysia mempunyai rakyat yang datang dari pelbagai agama, kaum dan bangsa yang menjadikan rakyat Malaysia sentiasa bersatu.

Your favorite local brand

Jenama lokal kegemaran sha adalah Naelofar Hijab


Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the products mentioned.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Prizes – Merdeka!Merdeka! Blogger Contest

 1st Prize: 1 x RM600 
 2nd Prize: 2 x RM300 
 3rd Prize: 3 x RM200 




FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89

10:30 3
FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89


jom join! kalau sha, sha nak 
Beaute Blizz Aloe Vera Leaf Water Refreshning Facial Mask + Bye Bye 'Tired Eyes'

Saturday, 19 August 2017

OH MY JARI!

09:45 6
OH MY JARI!
Assalamualaikum.

Lamanya tak menaip. susah betul nak mencari mood. dah seru tak datang datang jugak mood ni kan hahaha so rabu haritu sha kena potong kertas kat tempat kerja dan ada something happen *icry* tengah syok - syok potong kertas guna pisau terpotong jari sendiri hahahahahaha ya Allah dia punya cuak tu takpayah cerita la. dah la sorang sorang kan pastu dengan rasa nak nangis sebab taktau nak buat apa hahahaha teruk betul perangai. lalu sha pun pi la bukak peti ais ambik air sejuk yang botol kecik tu ha rendam jari dalam tu, makin lama darah kurang dah keluar fuhhh cuak hakak

nampak macam sikit je darah sebab yang ni tisu ke 3 ke 4 tah haha

lepas rendam dalam air terus letak plaster lepastu terfikir asal letak plaster padahal tak kena tempat luka hm haha

malam kejadian hahaha nak basuh muka pun susah uollssss

maaflah jari buruk hahaha hari kedua yay dah kering 

masa kena benda ni kan, sha terus ambik phone whtsapp kat group hahahaha nak kan perhatian betul hahahahaha kena bebel sekali hahahaha sabar jelah dengan makcik makcik ni ><


so harini hari keempat selepas kejadian, alhamdulillah dah okay cuma masih seriau nak guna jari tu padahal tak sakit langsung hahaha dan sha masih balut jari sha :p pengajaran kat sini, lepas ni kalau buat kerja jangan kalut, jangan duk fikir nak tengok kdrama je hahahaha kan dah mendapat :3 happy weekend uolls!











Tuesday, 8 August 2017

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN 2017

11:56 14
HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN 2017

Assalamualaikum!



hari ahad lepas, sha ada join geng geng MADA pi HPPN 2017 di Kulim. macam mana sha boleh join semua ni hahaha sebab cousin sha orang MADA pastu dia kena cari orang untuk pi benda ni, so dia suruhlah sha pi. sanggup sha mintak cuti sebab nak pi benda ni. so katanya kena berkumpul pukul 7.30 dan nak bertolak pukul 8.30pagi, wuw sha, kakfatin dan badri pukul 8 baru keluar rumah hahahaha sampai je kena tulis nama apa semua, tunggu kejap dah boleh naik bas. target bertolak pukul 8.30 sampai pukul 10 tapi terlajak sekali ha 11.30 baru sampai. pastu yang uruskan rombongan kitaorang ni bgtau pukul 2 berkumpul sini balik (tempat turun bas). so kitaorang mulakan perjalanan dengan membeli benda benda yang dipesan oleh orang yang kat rumah seperti pokok dan kuih hahahaha. pusing punya pusing baru jumpa (takde gambar) lepas beli apa semua, dah penat behentilah makan. lepas tu dah malas nak jalan hahaha kitaorang duduk je tepi tepi tu, yelah kan, ni kalau makcik pakcik datang memang tau la nak buat apa. kitaorang yang muda ni memang pisang la hahaha dannn sha ada melawat lembu + kambing hahaha cousin sha cakap, kat kampung takdak pulak nak ambik gambar lembu, datang kulim tetiba nak ambik gambar lembu hahahaha ><

ni kalau tengok depan depan serius besar gila!



comel gila dia ada rambut hahaha


kambing asal mesir 
ok last hahaha dia senyum nampak gigi ><
sha memang excited habis dah macam budak budak dah bila dapat jumpa lembu kambing semua ni hahahaha ada la sekor lembu tu dibenarkan untuk masuk kandang dia, dan boleh pegang. tapi sha kucing yang comel pun takut, kalau lembu jauh sekali la hahahaha kitaorang bertolak balik jam 3.15 petang gitu, sepanjang jalan tidur walaupun takberjalan mana pun hahaha letih oh naik bas ;p



Saturday, 5 August 2017

SHOPPING DI SGSHOP!

15:06 5
SHOPPING DI SGSHOP!

Assalamualaikum.

fuhh lama tak singgah sini. tengok semua update pasal shopping kat SGSHOP kan, sha nak jugak :p sha ada menang dua giveaway, alhamdulillah. satu dari Cikza.com dan satu lagi dari Ayueidris.com. dari blog Cikza dapat Rm100 dan dari blog Ayueidris dapat Rm500. alhamdulillah!!!



setelah sebulan semua barang dah selamat sampai hehehe sebab tu baru rasa nak update. semua ada 7 parcel dari SGSHOP! memang tiap kali dapat msg cakap ada delivery je mesti excited teruk hahahaha. malas nak bebel panjang, bawah ni antara barang barang yang sha belilah, kesemua 25 barang sha beli, 3barang dari blog cikza dan selebihnya dari ayueidris.

yang poslaju tu barang lain ehee



benda fav sha? bantal smiley tu hahahaha ingatkan kecik je, besar mak oi letak baby pun lepas uolls. harag RM14 + je. selama ni teringin nak bantal ni tapi harga RM40+ hahaha. thankyou SGSHOP, i love u :p

sapa rasa nak habiskan duit bolehlah melawat website SGSHO ;p : http://www.sgshop.com.my/