Monday, 31 July 2017

LIRIK TAK TAHU MALU | ATMOSFERA

14:00 3 Comments


Performed by : Atmosfera
Composer & Lyricist : Hezron Rayner
Arrangement : Harry Khalifah
Producer : Bratt Bob
Publisher : Rusa Marketing Sdn Bhd

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lirik :

pernah kau berjanji waktu kau mesej
sungguh ku percaya dengan kata katamu
tapi dibelakang kau tipu tipu aku
sakitnya hatiku air mataku jatuh

ku online facebook ku
ku update status baru
change my relationship
macam yang dulu dulu

jangan kau merayu
kerna aku tak mahu
hey dasar mukamu
memang tak tahu malu

kamu tak tahu malu
suka suka saja kau buat begitu
kau pernah berjanji pada diri ini
setia menanti walau apapun yang akan terjadi

dengarkanlah lagu ku
dengarkanlah kisah ku
tak terlalu happy tak terlalu sedih
ini bukan dongeng memang benar tentang kisah nyataku

pernah kau berjanji waktu kau mesej
sungguh ku percaya dengan kata katamu
tapi dibelakang kau tipu tipu aku
sakitnya hatiku air mataku jatuh

ku online facebook ku
ku update status baru
change my relationship
macam yang dulu dulu

jangan kau merayu
kerna aku tak mahu
hey dasar mukamu
memang tak tahu malu

kamu tak tahu malu
suka suka saja kau buat begitu
kau pernah berjanji pada diri ini
setia menanti walau apapun yang akan terjadi

dengarkanlah lagu ku
dengarkanlah kisah ku
tak terlalu happy tak terlalu sedih
ini bukan dongeng memang benar tentang kisah nyataku

oh kasih mengapa kau berjanji tetapi akhirnya kau mungkiri
oh kasih mengapa kau berjanji tetapi akhirnya kau mungkiri

kamu tak tahu malu
suka suka saja kau buat begitu
kau pernah berjanji pada diri ini
setia menanti walau apapun yang akan terjadi

dengarkanlah lagu ku
dengarkanlah kisah ku
tak terlalu happy tak terlalu sedih
ini bukan dongeng memang benar tentang kisah nyataku

oh kasih mengapa kau berjanji tetapi akhirnya kau mungkiri

Saturday, 29 July 2017

LIRIK CINTAMU PALSU | AIMAN ISMAIL

12:28 2 Comments


Lirik :

dulu kau pernah kata
hanya aku yang terbaik
tapi kini
semua telah berbeda

dulu kau pernah kata
hanya aku yang tersayang
tapi kini
kau berpaling sayang

mana janjimu
yang sering kau ucap dulu
kini semua
hanya bualan saja

tak usah kata sayang
jika kau kini hilang
tak usah kata cinta
jika kau telah mendua

tak usah kata sayang
jika kau kini hilang
tak usah kata rindu
jika cintamu palsu

dulu kau pernah kata
hanya aku yang tersayang
tapi kini
kau berpaling sayang

tak usah kata sayang
jika kau kini hilang
tak usah kata cinta
jika kau telah mendua

tak usah kata sayang
jika kau kini hilang
tak usah kata rindu
jika cintamu palsu

tak usah kata sayang
jika kau kini hilang
tak usah kata cinta
jika kau telah mendua

tak usah kata sayang
jika kau kini hilang
tak usah kata rindu
jika cintamu palsu

hu woooo....

Thursday, 27 July 2017

Wednesday, 26 July 2017

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER

13:20 4 Comments


Tarikh tutup penyertaan 13 August 2017 pada pukul 23.59 p.m.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

nilah buahati pengarang jantung hati sha hahaha, dari kiri ; awa (tudung hitam, baju hitam), nzirah (tudung wana apatah hahaha), mira (tudung hitam, baju merah), leka (yang ada kepala ja tu :p) 
sha kenal dorang ni dari sekolah menengah, setengah orang kan ada yang kenal dari sekolah rendah or ada yang kawan dari lepas lahir hahahaha eh. kalau kawan yang sejak lahir tu ada, tapi cousin, takdelah anggap dia macam kawan baik pun, macam kakak je huhu. kalau kawan sekolah rendah pun ada je, tapi entahlah hahahaha! sha kenal dengan awa, leka dengan mira ni since form1 tapi paling rapat dengan awa lah sebab kitaorang stay hostel, dorm sama. dia ni macam kerek jugak la mula mula dulu, homesick teruk uolls, menyampah betul mula mula masuk hostel, tiap malam batuk sebab demam hahahaha sha dah la jenis senang terjaga dari tidur *mata keatas* kalau mira pulak, memang kat sekolah jelah sebab sekelas kan, dan leka dulu geng lain, geng baiklah cerita dia. pastu nzirah kenal time form4. 

kalau dengan awa ni memang banyaklah kenangan dia, kalau nak cerita memang penatlah si ai nak membaca hahaha. tapi benda paling sha ingat sampai harini kan, ada satu hari tu kan, sha dan awa nakpi skolah, time tu dah pukul 12 nak pukul 1 hahaha kitaorang sebagai budak sesi petang seharusnya pi sekolah 12.30 macam tulah, nakal sangatkan time tu, awa nak menyoroklah dari warden nampak, ha sekali nak menyorak urat ke apatah yang lari hahahaha terus takboleh bangun. lepastu macam mana pun kena panggil warden jugaklah kan? awa kena balik pi mengurut untuk beberapa hari, hahaha dua hari kalau taksalah. keseoranganlah aku di hostel. lepas tu, awa ni jenis suka bawak banyakkk makanan dan akulah yang habiskan. samalah kalau g dewan makan lepas tu dia taknak ikan ke udang ke, semua tu dapat kat aku.

mira pulak, tapi ni cerita termasuk nzirah dan leka jugak. pada tarikh 11.12.13 (tarikh cantik kan, wajiblah ingat) hahahahaha mulanya mira dengan nzirah nk pi buat ic/tukar ic. kitaorang pi lah anak bukit, kedah sebab katanya kat situ paling lama pun 4 jam je dah boleh ambik. so lepas settle pasal ic, nak lah pi karok (benda wajib kalau keluar), so kitaorang decide nak ke tesco mergong tapi taktau jalan dan masa tu mira ada lesen L ja, ayat yang sha paling takboleh lupa kan, dia cakap "ala takpa, polis pun manusia jugak" kitaorang pun ok mira , polis pun manusia lepastu JUMPA POLIS WEHHHH dah la taktau tempat tu kat mana hahahahahaha sha dengan leka yang kat depan, dan time tu sha yang bawak dan sha takberlesen hahahahaha yang mira dengan nzirah kat belakang dah pusing dah siap siap hahahaha kurang ajar betul. tau tak depan polis tu sha tukar tempat duduk dengan leka, sebaik lepas hahahahahaha.ketaq gila time tu, sumpah hahaha sampai sekarang duk ingat lagi.

leka, hahahaha sha dengan leka suka buat benda gila. ada satu tahun tu kan, bulan puasa, kitaorang pi karok, hahahahaha memang sha dengan dia jelah yang karok, nyanyi lagu raya uolls.pastu ada jugak sekali tu, kakak leka suruh pi pos surat kat pejabat pos kat perlis, tengahari ok time tu, end up kitaorang lajak sampai kuala perlis hahahahaha jauh jugaklah, pastu leka belanja kfc, makan tepi laut kat kuala perlis tu. lepas tu sambung yang 11.12.13, lepas dari kitaorang terlepas dari polis tu, bermulalah misi nak cari tesco hahahaha sampaikan kitaorang tanya la orang kat jalan tu, pastu orang tu tanya datang dari mana "ayer hitam" orang tu sengeh hahahahaha yelah weh, benda dah la orang kedah jugak sampai tesco mergong pun taktau jalan. silap jugak takcakap kl haritu hahahaha. masa zaman sekolah, sha dengan leka kalau balik sekolah selalu makan ais la, ronda ronda lah, padahal rumah leka tu dekat gila dengan skolah huhu indahnya zaman sekolagh.

nzirah pulak, satu satunya orang yang sha share everything dengan dia sampaikan makcik ada cakap "nanti laki pun share dengan nzirah tu" hahahahahaha. kalau ditanya nak kluar mana dengan sapa "nzirah". masa form6 kan, tiap kali balik sekolah wajib makan dulu sebelum balik. bersyukur time tu takdak lagi KFC kat ayer hitam kalau tidak hahahahaha benda wajib yang selalu kami makan adalah megi sup siam kat kuala sanglang dan kalau makan berempat pulak mesti makan nasi. ingat lagi masa zaman sekolah dulu, dialah yang berhujan panas dengan sha kalau nakpi sekolah :') kadang tu pukul 9 nak pukul 10 baru sampai sekolah kalau hari hujan. sha kalau suka sapa ke mesti dialah orang first yang tau, walaupun sha kenal dia kurang 3 tahun dari yang lain hahaha. 

walaupun masing masing sibuk dengan personal life, belajar kerja semua kan, tapi group whtsapp kitaorang takpernah sunyi hahahaha leka kat pahang, awa kat perak, mira masih dikedah dan nzirah kat penang tapi kadang tu rasa macam dekat je semua tu. hahahaha macam gambar kat atas tu, kitaorang keluar berempat sebab leka masih di pahang tengah bertungkus lumus nak jadi nurse kan, hahahaha so sha editlah letak gambar dia :') kitaorang ni ada satu persamaan iaitu suka makan hahaha dan yang penting masing masing pandai masak! mira pandai buat kuih, cakap je kuih apa. nzirah pandai masak + goreng apa semua, dan awa pandai bakery hahahahaha while me and leka masih mencari apa kepandaian kami hahahaha sebab sha dengan leka macam malas sikit :p :p 

seronok ada kawan baik sebenarnya kalau kita dah jumpa yang memang ikhlas kawan dengan kita. kalau kawan sebab harta semua tu memang takbest la. so sampai sini jelah entry sha kali ni hahaha. dannnn tak lupa juga kawan baik lelaki sha, fadzlan. harap harap persahabatan kita semua hingga ke syurga ❤

Tuesday, 25 July 2017

LIRIK BIDADARI DUNIA - EDA NAZIELA

14:00 2 Comments


BIDADARI DUNIA

Masih aku melihat mereka
Semua wajah ku lihat serupa
Senyum dibibir manis saja
Mata disini tak selesa
Oh mama adakah aku saja
Yang masih belum bahagia

Dan mama bersuara

Wahai bidadari dunia
Jangan kau menarik muka
Senyum lah kau dari mula
Kerna kau disini baik baik saja

Tapi mama, sampai bila?
Harus aku hidup tanpa berdua
Aku mahu juga
Kerna disini aku sendiri
Tiada teman tiada penganti
Lihat mereka disana, bahagia
Sudah aku perhati

Wahai bidadari dunia
Jangan kau menarik muka
Senyum lah kau dari mula
Kerna kau disini baik baik saja

Wahai bidadari dunia
Sudahkah kamu bersedia
Jangan kau cari kerana kau sunyi
Carilah bila engkau sedia, kerana Ilahi

Wahai bidadari dunia
Jangan kau menarik muka
Senyum lah kau dari mula
Kerna kau disini baik baik saja

Wahai bidadari dunia
Sudahkah kamu bersedia
Jangan kau cari kerana kau sunyi
Carilah bila engkau sedia, kerana Ilahi

Cinta bukan main - main
Bukan hanya untuk disayangi
But it’s a responsibility
But it’s a responsibility....

Friday, 21 July 2017

LIRIK DIA PALING INDAH - EDA NAZIELA

21:00 3 Comments

DIA PALING INDAH

Sedang apa kau disana?
Bersama siapa?
Wajahmu senyum saja
Tiada pun tanda terluka

Jelas tunjuk kau bahagia
Jelas nyata tiada terluka
Ya sayang jelas semuanya
Akhirnya kau bersama orang yang kau cinta

(A)
Jagalah dia baik – baik
Jangan marah walau sedikit
Jangan biar hatinya terguris
Seperti hatiku yang terhiris
(B)
Jangan biar dia terluka
Seperti mana aku derita
Egomu buangkan ia
Kasarmu jangan dilempar sentiasa

Kerana hakikatnya hanya aku yang mampu terima
Namun matamu hanya melihat dia
Mana mampu ku atur rasa
Rasa yang telah engkau cipta

Bagimu diaa yang paling indah
Meski dia takpernah usaha
Seperti mana yang telah ku lakukan semua perkara
Hanya untukmu
Engkau masih melihat dia

Ulang (A) & (B)

Bahagialah kamu disana
Ku disini titipkan doa
Moga moga dia terima kau
Seperti mana ku cintai kau seadanya

LIRIK TERBANG PERGI - EDA NAZIELA

15:24 22 Comments


TERBANG PERGI

Ku disini berfikir
Perhati gerak dan geri
Sudah ku nampak bezanya
Jauh dari hari pertama
Jauh dan jauh mengapa?
Dimanakah silapnya
Jika hatimu berubah bilang saja
Aku terima

(Korus)
Mana boleh aku paksa , "sayanglah aku semula"
Mungkin ada silap aku juga
Hingga engkau berubah jiwa
Mana mampu aku ubah
Hatimu bukan ku punya
Mungkin ini bukan yang sepatutnya
Untuk kamu dan untuk kita

Jika dengan melepaskan
Buat kau bebas tuk terbang
Pergilah ku lepaskan sayang
Mungkin hati tak mampu sepadan
Carilah sayapmu kembali bersatu
Dan ingatlah mataku
Yang tak pernah abaikan kamu

(Ulang Korus)

Berkecai sekali lagi
Punah dan hancur kembali
Mengapa ku masih disini
Menanti kau bilang untuk terakhir kali
Aku..……….
Menyayangi kamu
Cantik cinta berlalu
Seperti senja langit biru bertukar ungu
Kini hilang terus
Kau pergi bagai angin semalam
Yang takkan pernah muncul

Friday, 14 July 2017

CUTI #PART3 : SPIDER-MAN HOMECOMING

12:21 4 Comments

Assalamualaikum!

adoi sapikah sapikah, asyik timbul tenggelam je hehehe. so harini sha nak sambung cerita dari cuti #part1 | #part2. setahun nak habis cerita ni pun -_-

6 JULAI 2017, KHAMIS , 12 SYAWAL

ceritanya bermula begini, petang 4 julai tu sha pi rumah cousin sha sebab nak tanya apatah pastu dia kata jom pi diy hahaha sha time tu baru balik dari manatah memang elok dah la besiap, sha kata la jom. pastu dia duk kata nak malam la apa la -_- pastu dia cakap esok jelah kita p hahaha dia taktau yang sha ni seorang yang busy :p cakap la takboleh esok nak p beraya rumah cikgu, pastu cakap la yang khamis free (macam orang paling busy pulak kan, dah ada jadual hari apa busy hari apa tak). pastu malam rabu sha whtsapp dia, nak pi dak esok? pastu dia kata nak dan dia nak tengok movie. sha pun macam ok jelah.

kami keluar berempat, ecece macam berpartner la. sha, kakfatin, badri dan bukhori

tutup muka sebab muka macam penat gila nak lari beli tiket hahaha

here my movie partner on that day
kabur sikit sebab ambik gambar sambil jalan hahahaha well sit yang sha pilih memang cun cun la walaupun mula mula nak ambik sit atas skali tu haha tapi takde yang budak budak so ambik jelah yang tu
so kitaorang tengok cerita Spider-Man: Homecoming tapi sha main phone pastu ada lah nak terlelap jugak hahahaha sorry taksuka cerita gini, cerita cinta cinta sukala :p so takboleh la buat review tapi sha bagi 7/10 lah sebab lawak.lepas habis movie, perut pun lapar apa lagi makanlah hahaha lepas makan terus balik, masa otw nak balik tu sha ada la ws kawan kawan sha yang cakap nak try chickenchop yang sha selalu makan tu, semua ok pastu apa lagi chickenchoplah pulak!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ni ja yang ada hahaha benda wajib kot selfie bila jumpa? hiks
inilah chickenchop RM5 tu hahahaha aduh terliur ni
disebabkan terkejar kejar masa, well anak dara takboleh balik lewat kan? memang habis makan terus kalut nak balik hahahaha sembang pun kejap tu jelah, ha chickenchop ni sedap gila uolls hahaha kakak jual tu dah kenal dah sha :p seminggu mestu dua tiga kali p makan hahahaha. balik tu letih gilaaaaaaaaaaaa dan esok tu kerja hahaha tapi ni cerita last week la :p bye!

Wednesday, 12 July 2017

Mek Zumbie's July PREOWNED Giveaway!

10:27 10 Comments
Assalamualaikum

tamat  27 Julai 2017

semua hadiah hadiah preowned dari Mek Zumbie ni semua elok elok kot T___T tapi disebabkan disuruh pilih dua je hahaha sha paling teringin headphone dengan beg dari zalora tu. sha ni jenis suka dengar lagu, tengok kdrama hahaha mestilah perlukan earphone/headphone kan? skrg ada earphone je, tu pun asyik kena tukar je hahaha T_T kalau dapat headphone tu memang bestlah layan korea lepas ni :p kalau beg tu pulak sebab sha sekarang memang gila dengan beg! tak kisahlah beg macam mana pun semua nampak gerammm je, rasa nak beli semua hehehe. 

Monday, 10 July 2017

CUTI #PART2

12:00 3 Comments

Assalamualaikum.

Im back again. so berbalik kepada my prev entry (here) rasa macam perlukan sebulan untuk siapkan semua entry ni hahahaha. malas nak bebel panjang so here we go!

5 JULAI 2017, RABU , 11 SYAWAL

kitaorang sekelas ex 6A2 2015 (7 orang je lol) bercadang nakpi beraya kat rumah cikgu kitaorang, cikgu sejarah. walaupun dia bukan cikgu kelas kitaorang tapi rapat sangattt dengan dia sebab kasih sayang dia tu phewwww. our ex ketua kelas whatsapp sorang sorang (well ada 7 orang je kan) tapi ayat dia sumpah kelakar gila hahahaha icry

ni whatsapp yang first hahaha ayat dia ><'' *btw ni whtsapp yang diforward sahaja*
ni whtsapp yang bilamana dah dapat tarikh nakpi hahaha
so kitaorang yang geng perempuan decide nak keluar pukul dua sebab kitaorang memang kalau jumpa cikgu ni, susah nak balik so macam nak pi lama sikit la. yang lelaki cakap pukul 3 baru nak datang. lepas tu dalam 2;30 lebih baru gerak hahaha biasalah melayu :p bila sampai je mestilah nak bersalam salaman bermaaf maafan kan? tau tak cikgu kitaorang patah jari tapi dia takcakap pun masa dia call ketua kelas kitaorang tu :( cikgu cakap kalau nanti bagitau yang jari dia patah mesti semua orang takdatang. tapi betullah kan sebab taknak susahkan dia. cikgu pun ceritalah yang jari dia patah masa 20 ramadhan, kiranya raya tahun ni takde ketupat apa semua tu lah. kesian cikgu sebab dia kan jenis kalau orang pi rumah dia, dapat makan dan dapat makanan siap hahaha. sembang punya sembang pukul 3 lebih dah, geng laki taksampai lagi. cikgu pun cakaplah, kita makan jelah dulu :3 walaupun dengan keadaan cikgu macam tu, cikgu buatkan kitaorang spagetti uolls. dalam pukul 4 lebih baru geng laki datang hahaha perkataan geng tu mcm ramai je kan padahal dua orang je sebenarnya lelaki dalam kelas hahaha

simple gila spagetti ni tapi sumpah sedap 
lepas tu dalam pukul 5 kitaorang nak balik sebab ada tempat lain lagi nak pi. tapi macam biasa, bila nak balik je mesti cikgu mcm nak cerita lagi hahaha so mcm tersekat sekat :p tapi memang kena balik jugak sebab macam sha memang takboleh balik malam so kami pun ajak la cikgu bergambar hahahaha 

cikgu yang ketiga dari kanan
haaa ni jelah classmate sha time form6 hahaha paling sikit kot, 7 orang je ;p dua lelaki, 5 perempuan. kalau dulu, dua orang takpi skolah macam kosong kelas hahahaha tapi bagusnya pelajar sikit ni cikgu senang tumpukan perhatian dan yang takbagusnya taksempat nak lelap cikgu dah nampak hahahahaha.

selfie dengan cikguu
macam acah acah candid hahaha
dalam pukul 5;30 macam tu baru balik hahaha pastu singgah sana sini, memang letih gila lah kan. dannn kitaorang duk bincang nak pi beraya rumah cikgu kelas kitaorang pulak sabtu ni heheh #rayakansebulan

Friday, 7 July 2017

CUTI #PART 1

10:06 6 Comments

Assalamualaikum.

amboi amboi amboi asyik menyepi je lepas raya ni padahal nak cerita tapi malas nak menaip, malas nak hadap pc :( tapi harini rasa rajin jugak lah nak menaip hikhik. so sha ambik cuti dari selasa sampai khamis (4 julai - 6 julai) sebab apa ambik cuti lama sangat? sebab haritu punya raya takhabis lagi hehehehehehe so jom kita mulakan cerita!

4 JULAI, SELASA, 10 SYAWAL

so kitaorang memang dah rancang agak lama nakpi makan megi sup siam ni, tapi dorang macam tunggu sha cutilah kan, ee terharu pulak hahahaha. so pagi tu kitaorang keluar, dalam pkul 11 macam tu, tapi kan tengok langit macam nak hujan tapi alhamdulillah takhujan hehehe so dapatlah makan selepas sebulan takdapat makan kan.

so nilah megi sup siam tu hahaha tapi nampak sayur je kan?  :p

ni macam acah acah candid tapi tak hahahaha
lepas makan tu, kitaorang macam "ha jom pi sungai padang" well, sungai padang tu dulu macam port berdatinglah hahahaha memang dulu takpi la situ, tapi skrg takde dah dating dating bawah pokok, tepi laut semua ni, semua pi aman je hahahaha *kidding* sha suka pi situ sebab nampak laut je, and i love laut so much. rasa nak buat rumah je kat situ hahahahahahaha 


selfie memang wajib lah kan?
memang best lah selfie situ, lighting cun gila!!!!! dengan angin sepoi sepoi bahasa. kalau bawak bantal rasanya memang dah terlelap dah situ hahaha. p/s : jangan lupa pakai sunscreen 



rasa macam pi langkawi hahahahahahahahaha
sekian untuk 4 julai! kiranya cuti kalini tiap hari keluar hehehehehehehe

Monday, 3 July 2017

MnM Home Whimsical Houses

15:51 3 Comments

Assalamualaikum.

Semalam sha duk scroll feed FB ada jumpa ni ;-

Ada Rumah Senget, Rumah Terbalik Dan Rumah Hobbit!!!












uish bestnya! taksangka pulak Kedah ada tempat macam ni hahaha. dengar cerita tiket masuk sini RM10 je, memang oklah kan. sha ni duk tunggu kawan kawan semua cuti, baru nakpi. bulan 12 nanti kot hahahaha. so sesiapa yang tertanya tanya tempat ni kat mana ;-

Lot 4424, Lorong Masjid
Kampung Changkat Setol
Kg Changkat Setol
06010 Changlun, Kedah
WhatsApp : 019 4488197


Saturday, 1 July 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

11:44 5 Comments

Assalamualaikum and hi everyone.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin! so how your hari raya? hari raya sha untuk tahun ni agak menyedihkan sebab sha demam sehari sebelum raya tapi hari raya sha kuatkan diri pi beraya 3 buah rumah lepas balik je dari beraya, demam memang teruk gila. raya kedua kat rumah je, tak keluar langsung hahaha. lepas tu raya ketiga dah ok sikit tapi sikit jela, still demam yang agak teruk. icry. dia macam before raya whtsapp orang dan bagitau "i wanna meet u this raya" last last sha yang takboleh beraya hahahaha and semua gambar raya muka cedih je! T___T tapi skrg, dah sihat, alhamdulillah! ( tapi semua ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi dah habis :") )

  
#TEAMRAYAKEDAH

raya kan sebulan! siapa yang buat open house tu bolehlah jemput sha, sebab terniat nak besarkan muka lagi :p