Assalamualaikum and hi!

sha rasa kan, sha kena update blog lepas tu cakap takde mood lah nak berblogging, takde hatilah nak berblogging lepas tu mesti banyak benda rasa nak share hahaha. btw, esok sha dah apply cuti hahahaha kalau sempat sha nak habiskan buku yang sha beli tu. tak sabarnya nak tunggu esok hahaha! dah lari tajuk dah kalau start membebel.

tabiat buruk... sha yakin dan pasti semua orang ada tabiat buruk hahaha sebab nobody perfect kan? so here my bad habits ;-

SUKA GIGIT KUKU
- perangai ni sebenarnya datang dari mak hehehe dan terkena dekat sha sebab adik sha takdak pulak perangai suka gigit kuku ni. dulu masa kecik kecik lagi teruk tau, kesian kuku taksempat nak panjang hahahaha. sebenarnya tabiat ni tak elok tau tapi sha dah lupa sebab apa >< dulu selalu jugak orang cakap "kalau takkcukup kuku jari tu, meh gigit kuku pakcik/makcik/abang/kakak" -___- ayat paling femeslah time tu. tapi bila dah makin menjadi anak dara kan, so sha boleh control lah tabiat ni. tapi kadang kadang takboleh jugak ==' nak kuku cantik, bulan puasa jelah sebab time puasa takgigit kuku takut batal *masa kecil kecil dulu* hahahaha cantik sebulan jelah, lepas tu kuku macam kena gigit dengan tikus hahahaha oh btw, sha memang beranak tahun tikus pun haha!

TAKSUKA MANDI
- sha nak bagitau sha tak mandi pun sha wangi ok hahahaha perangai ni start bila sha stay hostel. bila hari cuti kan, rasa macam kena gam kat katil. dia punya malas tu lain macam betul hahahaha dan bila hari cuti kan semua penghuni asrama ada so kena cari waktu yang tepat lah untuk mandi kalau taknak berebut so sha selalunya kalau hari jumaat sha akan pilih time tengahari or petang sikit hahaha kalau sabtu pulak, wajiblah mandi awal sebab nanti family nak datang hahaha. bila dah stay rumah balik kan, malas dia ikut sama :( tambah bila kat rumah kan, tak keluar mana memang lagi malas lah nak mandi, ditambah pulak dapat baring atas katil dengan cara yang selesa memang susah nak bangunlah kan? hahahaha


MALAS SIKIT RAMBUT
- sha memang pemalas la hahaha. ni lagi satu tabiat buruk sha, sha malas betul nak sikat rambut *dulu dulu* sebab tu rambut sha tak lurus hahahaha, sha suka beli sikat tapi tak suka sikat rambut. banyak jugaklah sikat yang comel comel yang sha beli tapi tetap taksuka sikat rambut -____- padahal bukan lama pun kalau buat benda tu hahahahaha walaupun malas sikat rambut tapi sha suka letak minyak rambut so rambut takdelah kembang semangkuk hahahaha terurus jugaklah tapi tak kemas huhuhu

TAKSUKA SHARE BARANG DENGAN ADIK
- okay ni tabiat masa kecik okay. sha memang taksuka dengan adik dulu sebab dia mcm pengacau kasih sayang mak abah nenek makcik sha kepada sha hahahahaha so masa kecik kecik sha taksuka share benda sha dengan adik, macam mainan ke apa kan. sebab tu lah dulu kalau mak nak beli baju kat sha mesti beli baju yang sama dengan adik, well adik sha lelaki so kena beli tshirt lah kedua dua nya. sebab tu sha takde baju kembang :'( sebab takkan adik nak pakai baju kembang kan? kalau mainan pun beli sorang satu jugak dannnnnn sha suka rosakkan mainan adik :p jahatnya dulu! tapi sekarang semua benda sha beli mesti nak beli kat adik sama :'))

BERSIAP LAMA!
- yang tabiat ni, sha rasa semua perempuan kot macam ni? hahaha sha memang respect lah perempuan yang jenis siap cepat hahaha. sha kalau nak keluar pukul 10 kan, pukul 8.30 kena start bersiap dah :') sebab tu sha paling taksuka orang ajak keluar mengejut hahahaha T__T selalu cousin sha lah macam tu, macam dia pnggil kan pastu cakap lagi 30 minit kita keluar ?????????? agaklah 30 minit hahahahaha adoilah, kalau diberi masa macam ni kan, mesti kalut sangatttt dan kalau sapa kacau or halang perjalanan sha nak bersiap memang siaplah dia hahahaha >< bila nak pergi kerja kan, bersiap lama lama lepas tu mesti nenek cakap "besiap lama kemain, takcantik pun" nak nangis boleh?? hahahahahaha

PEMBOROS
- last but not least, ya sha seorang yang pemboros dan disebabkan perangai sha yang pemboros ni, sha signup ig baru bulan 3 haritu dan takfollow mana mana igshop hahahahaha (btw follow ig sha pls : @shfyqhazhr) memang kalau nampak berkenan je, gigih pi start motor pi bankin (sebelum ada online banking) hahahaha tu baru barang dalam phone, kalau kat kedai lagi lahh -______- pantang tengok benda comel walaupun tak diperlukan, sha akan beli -_- kadang kadang tu beli sebab murah ; contohnya tupperware yang harga RM1.99. nampak ok je tupperware tu terus beli. lepas tu kan, kena marah dengan nenek. apa motif beli tupperware bukan ada rumah sendiri lagi pun - kata nenek sha. tu tak kira lampu meja lah, ketip kuku lah, pen, botol air (gonna update about this stuff soon) tapi sejak kerja, kurang sikit boros tu sebab letih cari duit sendiri :') dulu tak sedar mak abah penat cari duit kan? :') 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

so tamatlah cerita harini hehe takdelah tabiat buruk sangat kan? hahaha! korang ada tak tabiat macam sha, alah takpayah malu malu la :p❤