MISSING MY SCHOOL LIFE | FORMSIX LIFE

by - 22:30


source : google

Assalamualaikum.

semalam scroll FB pastu nampak senior senior sekolah menengah dulu share mengenai kematian salah seorang cikgu sekolah sha. Al - Fatihah buat arwah cikgu non, semoga tenang disana. arwah takpernah ajar sha pun tapi dia pernah jadi warden time sha stay hostel dulu, he such a kind person, cakap pun lembut je. daripada post tu, sha pun stalk la page sekolah (geng tak like page sekolah :p). tengok video sambutan hari guru 16 mei yang lepas. syoknyaaaaaaa T_T

dalam video tu, sha tengok kan sikit je yang hadir hahaha padahal sekolah sha antara sekolah sekolah yang ramai pelajar kat area sha ni. bayangkan satu tingkatan ada 9 ke 11 kelas. dulu ada sesi pagi dan petang tapi sekarang semua sesi pagi. kesian takdapat rasa sesi petang hahahahaha. dalam video yang sha tengok tu, budak budak ni berlakon jadi mcm ejen gitulah kot, dorang kena hantar kek kat pengetua sekolah. punyalah berlakon dorang kemain ha, sha tengok sorang sorang rasa nak golek golek gelak.

rindunya zaman sekolah walaupun selalu baca/dengar orang cakap benci zaman sekolah. but why?? best apa sekolah, dapat jumpa kawan kawan, dapat sembang sembang dengan cikgu, RINDUNYAAAAA T___T setiap pagi pi sekolah lewat hahahahaha tutup pagar pukul 7:30 pagi, sha sampai sekolah 7:28pagi :p tapi sepanjang tahun takpernah kena tulis nama tau ;) dah la datang lewat, menyempat pulak nak pi kantin beli makanan buat breakfast. kalau bertuah haritu takdelah jumpa penolong kanan ke or mana mana cikgu, kalau tak bertuah memang berlaparlah sampai ke rehat hahahaha. part yang lagi best bila cikgu masuk kelas pastu cerita pasal kisah hidup dia, kita pun dengarlah lepas sejam dia cakap "lahh habis dah masa cikgu" hahahaha! kadang kadang tu masuk lepas tu suruh buat buku latihan je (masa form6). kadang kadang tu dalam seminggu akan ada satu hari cikgu malas nak mengajar so bukak table, bancuh air kopi dan sembang sembang :') punyalah kitaorang sayang ke kelas tu, dalam kelas kitaorang ada cerek elektrik + kopi + gula + teh + susu kambing hahahaha tu tak kira biskut coklat apa semua. mangkuk mug semua siap. macam rumah :') lepas tu kadang kadang gilir gilir masak buat makan sekelas time rehat ; nasi lemak, mee goreng, nasi goreng. macam rumah, macam satu family semua. ada sorang cikgu kitaorang siap cakap "selama bertahun tahun saya mengajar, kelas hampa yang pertama kali saya msuk boleh minum air kopi siap" ;p macam manalah rupa kelas tu sekarang hahaha, dah dua tahun tinggal. semua kenangan ni masa form6 sebab masa form6 semua cikgu layan kitaorang macam kawan kawan bukan macam pelajar sebab tu boleh rapat sampai macam tu, layan macam kawan kawan tapi masih ada rasa hormat kat cikgu cikgu tau. kiranya kalau ada apa - apa masalah feel free to tell them. walaupun cikgu cakap saya takkan cerita kat orang lain tapi nanti satu bilik guru tau hahahaha. masa sha form6 sha belajar 5 subjek je ;- Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu, Ekonomi & Muet. so total ada 5 orang cikgu jelah hahaha ;-

Cikgu Syed (Eko) ; guru tingkatan, suka mengajar hahahaha sebab jarang sangat waktu dia takbelajar walaupun  dia sibuk tanpa takboleh bincang tetap nak mengajar. takboleh tidur time kelas dia sebab dia suka cari mata orang hahaha, dia cakap suka tengok mata orang (sha kadang kadang malu) hahaha! dia jugak suka belanja kitaorang satu kelas makan o/ haritu pernah belanja KFC dan yang lain lain tu selalunya nasi kandar or nasi lauk campur. 

Cikgu Shalhah ; the best teacher ever. dia macam mak kepada kitaorang, selalu masak dari rumah sebab nak bagi kitaorang makan. even after dia pencen on aug 2015, dia still kirim makanan untuk kami melalui cikgu su ♥ bila tiba masa dia kan, 30 minit bersembang dan 10 minit mengajar hahahaha tapi bersembang benda berfaedah okay bukan sembang kosong hahaha

Cikgu Suzana ; cikgu paling cool diabad ini hahaha, dia punya yakin kami boleh score time exam tu 999%. walaupun dia mengajar macam besa besa je, tapi kelas kitaorang selalu dapat result elok hahahaha. cara dia mengajar senang je, buat latihan lepas tu baru bincang. rindunya nak belajar semantik laras bahasa dan lain lain hahahaha

Cikgu Ramli ; one of my fav teacher. dulu masa sem1 sha taksuka dia -___- sebab dia mengajar apabenda satu sha takfaham and at last sha dapat F untuk pengajian am, F tu ingat funny ke? failed huaaaaaaaaaaaaaa sedih gila! lepas tu masuk sem2 sha jadi manusia paling rajin buat graf apa semua hahaha takpercaya tanya kawan kawan, nak tidur pun buat graf lagi :p dan alhamdulillah dapat B+ (terbaik untuk sem2) siapa yang form6 memang taulah sem2 sem killer hahaha dan sem 3 sha dapat A! sayang cikgu hiks!

Teacher Farah ; tchr ni selalu bebel kat sha dulu kini dan selamanya hahahaha sebab dia macam takboleh tau dengan sha, sha taksembang pun sha kena hahaha tapi dia baik gila. selalu belanja makan walaupun dia bebel dulu hahahaah :p taklupa jugak kat tchr Maya ; dia selalu cakap sha dapat band 4 muet :')

pokoknya, semua cikgu baik baik kat form6 ni. sebab sha selalu jugak masuk kelas cikgu lain untuk belajar contohnya ; eko - cikgu ros, bm - cikgu liza, cikgu siti , sej - cikgu anuar, ustaz md isa, pa - cikgu far , cikgu kob. dengan cikgu lain walaupun tak masuk kelas dorang or takbelajar dengan dorang, dorang still layan semua sama je. kalau lah dapat putarkan masa, nak sekolah balik, kerja takbest walaupun dapat gaji tapi letih hahahahaha byeeee

You May Also Like

1 qtpie

  1. alfatihah...semoga arwah ditempatkan di tempat orang2 yang beriman

    ReplyDelete