Wednesday, 31 May 2017

MISSING MY SCHOOL LIFE | FORMSIX LIFE

22:30 1 Comments

source : google

Assalamualaikum.

semalam scroll FB pastu nampak senior senior sekolah menengah dulu share mengenai kematian salah seorang cikgu sekolah sha. Al - Fatihah buat arwah cikgu non, semoga tenang disana. arwah takpernah ajar sha pun tapi dia pernah jadi warden time sha stay hostel dulu, he such a kind person, cakap pun lembut je. daripada post tu, sha pun stalk la page sekolah (geng tak like page sekolah :p). tengok video sambutan hari guru 16 mei yang lepas. syoknyaaaaaaa T_T

dalam video tu, sha tengok kan sikit je yang hadir hahaha padahal sekolah sha antara sekolah sekolah yang ramai pelajar kat area sha ni. bayangkan satu tingkatan ada 9 ke 11 kelas. dulu ada sesi pagi dan petang tapi sekarang semua sesi pagi. kesian takdapat rasa sesi petang hahahahaha. dalam video yang sha tengok tu, budak budak ni berlakon jadi mcm ejen gitulah kot, dorang kena hantar kek kat pengetua sekolah. punyalah berlakon dorang kemain ha, sha tengok sorang sorang rasa nak golek golek gelak.

rindunya zaman sekolah walaupun selalu baca/dengar orang cakap benci zaman sekolah. but why?? best apa sekolah, dapat jumpa kawan kawan, dapat sembang sembang dengan cikgu, RINDUNYAAAAA T___T setiap pagi pi sekolah lewat hahahahaha tutup pagar pukul 7:30 pagi, sha sampai sekolah 7:28pagi :p tapi sepanjang tahun takpernah kena tulis nama tau ;) dah la datang lewat, menyempat pulak nak pi kantin beli makanan buat breakfast. kalau bertuah haritu takdelah jumpa penolong kanan ke or mana mana cikgu, kalau tak bertuah memang berlaparlah sampai ke rehat hahahaha. part yang lagi best bila cikgu masuk kelas pastu cerita pasal kisah hidup dia, kita pun dengarlah lepas sejam dia cakap "lahh habis dah masa cikgu" hahahaha! kadang kadang tu masuk lepas tu suruh buat buku latihan je (masa form6). kadang kadang tu dalam seminggu akan ada satu hari cikgu malas nak mengajar so bukak table, bancuh air kopi dan sembang sembang :') punyalah kitaorang sayang ke kelas tu, dalam kelas kitaorang ada cerek elektrik + kopi + gula + teh + susu kambing hahahaha tu tak kira biskut coklat apa semua. mangkuk mug semua siap. macam rumah :') lepas tu kadang kadang gilir gilir masak buat makan sekelas time rehat ; nasi lemak, mee goreng, nasi goreng. macam rumah, macam satu family semua. ada sorang cikgu kitaorang siap cakap "selama bertahun tahun saya mengajar, kelas hampa yang pertama kali saya msuk boleh minum air kopi siap" ;p macam manalah rupa kelas tu sekarang hahaha, dah dua tahun tinggal. semua kenangan ni masa form6 sebab masa form6 semua cikgu layan kitaorang macam kawan kawan bukan macam pelajar sebab tu boleh rapat sampai macam tu, layan macam kawan kawan tapi masih ada rasa hormat kat cikgu cikgu tau. kiranya kalau ada apa - apa masalah feel free to tell them. walaupun cikgu cakap saya takkan cerita kat orang lain tapi nanti satu bilik guru tau hahahaha. masa sha form6 sha belajar 5 subjek je ;- Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu, Ekonomi & Muet. so total ada 5 orang cikgu jelah hahaha ;-

Cikgu Syed (Eko) ; guru tingkatan, suka mengajar hahahaha sebab jarang sangat waktu dia takbelajar walaupun  dia sibuk tanpa takboleh bincang tetap nak mengajar. takboleh tidur time kelas dia sebab dia suka cari mata orang hahaha, dia cakap suka tengok mata orang (sha kadang kadang malu) hahaha! dia jugak suka belanja kitaorang satu kelas makan o/ haritu pernah belanja KFC dan yang lain lain tu selalunya nasi kandar or nasi lauk campur. 

Cikgu Shalhah ; the best teacher ever. dia macam mak kepada kitaorang, selalu masak dari rumah sebab nak bagi kitaorang makan. even after dia pencen on aug 2015, dia still kirim makanan untuk kami melalui cikgu su ♥ bila tiba masa dia kan, 30 minit bersembang dan 10 minit mengajar hahahaha tapi bersembang benda berfaedah okay bukan sembang kosong hahaha

Cikgu Suzana ; cikgu paling cool diabad ini hahaha, dia punya yakin kami boleh score time exam tu 999%. walaupun dia mengajar macam besa besa je, tapi kelas kitaorang selalu dapat result elok hahahaha. cara dia mengajar senang je, buat latihan lepas tu baru bincang. rindunya nak belajar semantik laras bahasa dan lain lain hahahaha

Cikgu Ramli ; one of my fav teacher. dulu masa sem1 sha taksuka dia -___- sebab dia mengajar apabenda satu sha takfaham and at last sha dapat F untuk pengajian am, F tu ingat funny ke? failed huaaaaaaaaaaaaaa sedih gila! lepas tu masuk sem2 sha jadi manusia paling rajin buat graf apa semua hahaha takpercaya tanya kawan kawan, nak tidur pun buat graf lagi :p dan alhamdulillah dapat B+ (terbaik untuk sem2) siapa yang form6 memang taulah sem2 sem killer hahaha dan sem 3 sha dapat A! sayang cikgu hiks!

Teacher Farah ; tchr ni selalu bebel kat sha dulu kini dan selamanya hahahaha sebab dia macam takboleh tau dengan sha, sha taksembang pun sha kena hahaha tapi dia baik gila. selalu belanja makan walaupun dia bebel dulu hahahaah :p taklupa jugak kat tchr Maya ; dia selalu cakap sha dapat band 4 muet :')

pokoknya, semua cikgu baik baik kat form6 ni. sebab sha selalu jugak masuk kelas cikgu lain untuk belajar contohnya ; eko - cikgu ros, bm - cikgu liza, cikgu siti , sej - cikgu anuar, ustaz md isa, pa - cikgu far , cikgu kob. dengan cikgu lain walaupun tak masuk kelas dorang or takbelajar dengan dorang, dorang still layan semua sama je. kalau lah dapat putarkan masa, nak sekolah balik, kerja takbest walaupun dapat gaji tapi letih hahahahaha byeeee

LAGU RAYA 2017

10:14 1 Comments

Assalamualaikum,

SOURCE : GOOGLE

harini dah masuk hari ke 5 kita berpuasa. rasa sekejap je kan? kat wall FB dah banyak share lagu raya (dari sebelum puasa lagi). sekarang lagu lagu raya baru banyak kat youtube tu hahaha tapi kan, sha suka lagu raya yang lama lama sebab memang menusuk dihati kecilku hehe. jom kita usha lagu raya baru jeng jeng jeng

1. Kristal - Raya Yang Ku Cinta



2. Saleem - Cinta Di Hari Raya



3. Asfan Shah - Semua Tentang Raya



4. Sufian Suhaimi - Kasih Lebaran


5. Aiman Tino - Lara Dalam Kerinduan


6. Khalifah - Assalamualaikum Lebaran


7. Atmosfera - Berakhir Ramadhan


8.  Harry ft. Sheryl Shazwanie - Esok Hari Raya


9. Ezad Lazim - Demi Lebaran



10. Permata - Raya Yang Dulu



11. Terima Kasih - Aizat Amdan & Faizal Tahir


12. Bangsoda - Rasa Rendang Ini


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sha listkan lagu yang sha pernah dengar jelah hehe dan antara semua ni sha paling suka yang berakhir ramadan hehe. korang suka yang mana? :D


Tuesday, 30 May 2017

AYAM GORENG BERSALUT OAT

11:03 8 Comments


 Week One Contest: Delicious Ramadhan

a. What are your favorite Iftar dishes?

hidangan yang sha suka adalah ayam goreng bersalut oat. cara nak sediakan hidangan ni mudah dan yang penting sedap! p/s ; makan ayam goreng oat dengan nasi putih panas panas pun dah sedap tau!



b. Share the recipes of the dishes 

bahan - bahan ;-
- ayam (sha suka bahagian isi)
- telur
- oat 
- minyak (untuk mengoreng)

cara - cara :-
- bersihkan ayam dan potong dadu 
- celupkan ayam ke dalam telur yang telah dipukul 
- salutkan ayam dengan oat 
- panaskan minyak dan goreng hingga menjadi kuning keemasan.
- siap! dan sediakan dihidangkan


c. What kind of products can you find on Lazada’s platform to help you prepare the dishes? 



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


pssst! korang, sekarang LAZADA tengah buat sales Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya (clik banner kat atas) yang kaw gila gila! rugilah kalau tak usha usha kan? kalau dah usha tu jangan lupa beli hahaha bukan senang nak ada sales sampai 90% kan?




Saturday, 27 May 2017

Friday, 26 May 2017

GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS

12:45 3 Comments

Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

Thursday, 25 May 2017

REVIEW : SEP CANOLA HONEY NOURISHING MASK

15:27 0 Comments

Assalamualaikum.

im back *acacah dah lama hilang* cuti sehari je since my workmate tak sihat so today dah kerja balik. memang rasa masih takcukup rehat tapi dah biasa huhuhu. so last week, hari sha cuti, sha ada teman kawan sha pi cari kerja sebagai balasan dia kena bawak sha pi watson hahaha. memang niat dihati nak pakai malam masa hari beli tu jugak, tapi tahu tahu jelah, tak sempat -____- dah letih, automatik tertidur dengan jayanya malam tu hahaha. sha beli this mask ;-



masa tengah belek belek mask kat watson tu, ada la pekerja watson kat situ suggest mask ni kat sha, then sha pun ambiklah. sha ambik dua dan kawan sha ambik dua, warna sama je kuning dgn hijau (greentea). so last night, sha berkesempatan untuk mencuba memakai mask ni. walaupun paksa diri je nak pakai benda ni pun hahaha. malas dia lain macam.


im trying to smile tapi takboleh hahahaha! 


tadaa! best je lepas buang mask ni, muka rasa lembut dan paling best pasal mask ni, dia besar and fix to my face!!! hahahaha selalu mask kecik weh, muka sha dah la macam pinggan hahahaha! harga pun affordable.. sekarang ada promosi buy 1 free 1 kat website watson, boleh klik gambar kat bawah






Tuesday, 23 May 2017

MY BAD HABITS

15:11 14 Comments

Assalamualaikum and hi!

sha rasa kan, sha kena update blog lepas tu cakap takde mood lah nak berblogging, takde hatilah nak berblogging lepas tu mesti banyak benda rasa nak share hahaha. btw, esok sha dah apply cuti hahahaha kalau sempat sha nak habiskan buku yang sha beli tu. tak sabarnya nak tunggu esok hahaha! dah lari tajuk dah kalau start membebel.

tabiat buruk... sha yakin dan pasti semua orang ada tabiat buruk hahaha sebab nobody perfect kan? so here my bad habits ;-

SUKA GIGIT KUKU
- perangai ni sebenarnya datang dari mak hehehe dan terkena dekat sha sebab adik sha takdak pulak perangai suka gigit kuku ni. dulu masa kecik kecik lagi teruk tau, kesian kuku taksempat nak panjang hahahaha. sebenarnya tabiat ni tak elok tau tapi sha dah lupa sebab apa >< dulu selalu jugak orang cakap "kalau takkcukup kuku jari tu, meh gigit kuku pakcik/makcik/abang/kakak" -___- ayat paling femeslah time tu. tapi bila dah makin menjadi anak dara kan, so sha boleh control lah tabiat ni. tapi kadang kadang takboleh jugak ==' nak kuku cantik, bulan puasa jelah sebab time puasa takgigit kuku takut batal *masa kecil kecil dulu* hahahaha cantik sebulan jelah, lepas tu kuku macam kena gigit dengan tikus hahahaha oh btw, sha memang beranak tahun tikus pun haha!

TAKSUKA MANDI
- sha nak bagitau sha tak mandi pun sha wangi ok hahahaha perangai ni start bila sha stay hostel. bila hari cuti kan, rasa macam kena gam kat katil. dia punya malas tu lain macam betul hahahaha dan bila hari cuti kan semua penghuni asrama ada so kena cari waktu yang tepat lah untuk mandi kalau taknak berebut so sha selalunya kalau hari jumaat sha akan pilih time tengahari or petang sikit hahaha kalau sabtu pulak, wajiblah mandi awal sebab nanti family nak datang hahaha. bila dah stay rumah balik kan, malas dia ikut sama :( tambah bila kat rumah kan, tak keluar mana memang lagi malas lah nak mandi, ditambah pulak dapat baring atas katil dengan cara yang selesa memang susah nak bangunlah kan? hahahaha


MALAS SIKIT RAMBUT
- sha memang pemalas la hahaha. ni lagi satu tabiat buruk sha, sha malas betul nak sikat rambut *dulu dulu* sebab tu rambut sha tak lurus hahahaha, sha suka beli sikat tapi tak suka sikat rambut. banyak jugaklah sikat yang comel comel yang sha beli tapi tetap taksuka sikat rambut -____- padahal bukan lama pun kalau buat benda tu hahahahaha walaupun malas sikat rambut tapi sha suka letak minyak rambut so rambut takdelah kembang semangkuk hahahaha terurus jugaklah tapi tak kemas huhuhu

TAKSUKA SHARE BARANG DENGAN ADIK
- okay ni tabiat masa kecik okay. sha memang taksuka dengan adik dulu sebab dia mcm pengacau kasih sayang mak abah nenek makcik sha kepada sha hahahahaha so masa kecik kecik sha taksuka share benda sha dengan adik, macam mainan ke apa kan. sebab tu lah dulu kalau mak nak beli baju kat sha mesti beli baju yang sama dengan adik, well adik sha lelaki so kena beli tshirt lah kedua dua nya. sebab tu sha takde baju kembang :'( sebab takkan adik nak pakai baju kembang kan? kalau mainan pun beli sorang satu jugak dannnnnn sha suka rosakkan mainan adik :p jahatnya dulu! tapi sekarang semua benda sha beli mesti nak beli kat adik sama :'))

BERSIAP LAMA!
- yang tabiat ni, sha rasa semua perempuan kot macam ni? hahaha sha memang respect lah perempuan yang jenis siap cepat hahaha. sha kalau nak keluar pukul 10 kan, pukul 8.30 kena start bersiap dah :') sebab tu sha paling taksuka orang ajak keluar mengejut hahahaha T__T selalu cousin sha lah macam tu, macam dia pnggil kan pastu cakap lagi 30 minit kita keluar ?????????? agaklah 30 minit hahahahaha adoilah, kalau diberi masa macam ni kan, mesti kalut sangatttt dan kalau sapa kacau or halang perjalanan sha nak bersiap memang siaplah dia hahahaha >< bila nak pergi kerja kan, bersiap lama lama lepas tu mesti nenek cakap "besiap lama kemain, takcantik pun" nak nangis boleh?? hahahahahaha

PEMBOROS
- last but not least, ya sha seorang yang pemboros dan disebabkan perangai sha yang pemboros ni, sha signup ig baru bulan 3 haritu dan takfollow mana mana igshop hahahahaha (btw follow ig sha pls : @shfyqhazhr) memang kalau nampak berkenan je, gigih pi start motor pi bankin (sebelum ada online banking) hahahaha tu baru barang dalam phone, kalau kat kedai lagi lahh -______- pantang tengok benda comel walaupun tak diperlukan, sha akan beli -_- kadang kadang tu beli sebab murah ; contohnya tupperware yang harga RM1.99. nampak ok je tupperware tu terus beli. lepas tu kan, kena marah dengan nenek. apa motif beli tupperware bukan ada rumah sendiri lagi pun - kata nenek sha. tu tak kira lampu meja lah, ketip kuku lah, pen, botol air (gonna update about this stuff soon) tapi sejak kerja, kurang sikit boros tu sebab letih cari duit sendiri :') dulu tak sedar mak abah penat cari duit kan? :') 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

so tamatlah cerita harini hehe takdelah tabiat buruk sangat kan? hahaha! korang ada tak tabiat macam sha, alah takpayah malu malu la :p❤

Monday, 22 May 2017

BLUE SKY TAG #2 BY PATEHAH

16:44 6 Comments

Assalamualaikum.


harini rajin pulak nak update blog kan hahaha. so sha ditag oleh P A T E H A H untuk jawab soalan soalan yang diberikan. thankyou patehah, tag sha ❤ sha suka menjawab je taktau nak tanya apa hahaha. so here we goo

QUESTION

1.  If given the choice to put ur own name, what will u put for ur name ?
- idk, i love my own name so much sebab unik kan :p

2. Mostly ppl will said "Girl/Woman are complicated". Do you agree ? What make them look complicated ?
- yes, im agree with it. im a girl and kekadang memang rasa diri ni complicated sangat. benda tu sha sedar tapi takboleh ubah hahaha because i love being a complicated girl! hahahaha contoh benda paling senang nak nampak perempuan ni complicatedlah kan, "nak makan kat mana?" "ikutlah kat mana pun" "kedai A nak?" "ala taknak situ" "habis nak makan kat mana?" "ikutlah" dan tanpa kau sedari dah bertukar jam or hari? haha!

3. What's the worst thing you ever do in your life ?
- menangis sebab lelaki a.k.a cinta lah sangat. lol

4. Love for the first sight do you still believe it nowdays ?
- yes. but i dont think so, so no. hahahaha

5. If you can be different gender for a week , what the things u really wanted to do ?
- nak tidur sehari macam orang lelaki selalu buat hahaha pastu taknak mandi dan nak tackle awek cantik. eh hehehehehe

6. Are u willing to be silly but beautiful or ugly but clever ? Which one do u choose and why ? 
- ugly but clever kot? sebab kalau dah pandai nanti buatlah business ke kerja tinggi ke, ambik duit buat facial ke hahahaha taraaa boleh jadi cantik hahaha

7. Describe the characteristic of the man that u like . 
- tak merokok, takpanas baran, boleh teman sha makan hahahaha, tak suka memaki, kedekut sikit haha taknak yang kedekut teruk tu since sha seorang yang pemboros so i need a man yang kedekut hahaha, nak susah senang dengan sha, boleh terima sha seadanya, tak cerewet hahaha tapi kalau cerewet sikit okaylah boleh diterima, matang!

8. If you`re not normal and you fall in with ur friends . Who will be ?
- hahahahahahahahaha nazirah kot?

9.  What hurt u the most ? 
- being lied, cheated...................

10. Your bad habits 
- gigit kuku -___________- nak kuku cantik sob sobb ☹

11. Why are u love blogging ?
- foa sha berblogging bukan untuk famous tapi kalau famous apa salahnya hahaha sha suka berblogging sebab sha suka menaip dan merepek bila start sentuh keyboard hahaha diterima tak jawapan kalau macam ni 😛


THE RULES 
Thank the person who tagged you  ✓
Answer their 11 questions ✓
Tag 11 people
Give them 11 questions to answer

okay done menjawab semua soalan. best jugak kan jawab jawab macam ni, macam soalan peperiksaan pulak hahahaha so sesiapa nak tag, feel free to tag me okay :p


SEBENARNYA......

10:24 6 Comments


Assalamualaikum.

sebenarnya hati ini cinta kepadaMu.. sebenarnya diri ini rindu kepadaMU.. tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih takhadir~ ok sebenarnya sha ada banyak sangat benda nak share kat blog sha ni tapi mood masih takdatang walaupun dah cari, dah kejar huhuhuhu. disebabkan banyak sangat benda sha kena settle sebelum puasa ni, sha jadi macam busy mengalahkan orang terbusy kat Malaysia hahaha. sha ada nak review pasal skincare yang sha pakai dan okay dengan sha, nak review segala mask yang sha dah beli, nak review sebuah buku yang sha taktau kenapa sha beli hahaha dan buku tu pun masih belum habis dibaca..... walaupun muka surat buku tu kurang daripada 70 muka surat. kalau orang tanya, busy buat apa je. yaaa sha pun taktau sha busy buat apa je hahaha. kat tempat kerja pun takdelah banyak sangat pun kerja, biasa je dan sha dah ada pembantu kan sekarang huhu. bila balik je kerja mesti lah rasa malas nak buat apa kan, nak hadap phone pun malas + menyampah. bayangkanlah 8 jam kerja hadap pc, balik nak hadap phone pulak? memang takla. bukan kat blog je sha menyepi tapi kat FB, Twitter dan Ig pun! dulu wajib ok wajib upload satu gambar setiap hari hahahaahaha tapi sekarang haahahahahahaha. mungkin sha perlukan cuti untuk rehatkan badan dan minda dan segalanya lah. kesian jugak kat badan asyik kerja je kan. huhuhuhuhuhu


Friday, 19 May 2017

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul

16:56 1 Comments

Assalamualaikum

{KLIK BANNER UNTUK JOIN}


sha dah daftar akaun SGSHOP MALAYSIA dan siap cuci mata lagi kat situ haha, bersabarlah wahai mata :p USERNAME : shfyqhazhr

Barang yang ingin dibeli di SGshop Malaysia jika saya menang RM100 adalah handbag!


usha usha kat bahagian bag, ternampak bag ni. adoi merana hati sis tengok beg ni hahaha sebab dah lama berkenan dengan bag gini huhuhu

barang kedua yang sha nak beli adalah jeng jeng jeng 


cantik mak ai kalau adik sha pakai ni sebab sha suka gila kalau lelaki pakai kasut gini hehehehehe mcm handsome kot :p

baki baki yang ada, sha akan belikan something untuk mak dan nenek sha. kiranya walaupun dengan RM100 boleh beli untuk satu family lah kan? jom usha usha SGSHOP MALAYSIA ❤



Thursday, 18 May 2017

Join Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest and Win Lazada Shopping Vouchers!

20:30 9 Comments


Coinciding with the Lazada Ramadhan Sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) that will take place from May 16 to 27 June (where you can find special discounts up to 90%!), we are pleased to share with you our special Lazada Ramadhan Blogger contest where we will be awarding prizes to up to 80 bloggers! 

To participate, please check the instructions below: 

How to Join – Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

1. The contest runs from 19 May until 25 June 2017 (4 Weeks) 
Pertandingan ini bermula 19 Mei sehingga 25 Jun 2017 (4 Minggu) 

2. During these 4 weeks, there will be 1 contest held every week with a different theme (in totality there will be 4 contests held during these 4 weeks). Every contestant may participate in more than one contest. 
Sepanjang 4 minggu pertandingan ini, akan ada topik berbeza setiap minggu. Peserta boleh memilih salah satu dan juga boleh menyertai lebih dari sekali. 

3. To take part in any of the following contests, each contestant (blogger), during the relevant contest period, shall write an article and post on his/her blog (“Article”) on the relevant theme. The Article shall contain such relevant contents and answers to all the relevant questions specified below: 
Untuk menyertai pertandingan ini, peserta hendaklah menulis tentang topik yang ditetapkan mengikut tarikh pertandingan tertentu . Peserta hendahlah menjawab soalan-soalan berikut: 

1. Week One Contest: Delicious Ramadhan 

Theme: Delicious Ramadhan 
 a. What are your favorite Iftar dishes? 
 b. Share the recipes of the dishes 
 c. What kind of products can you find on Lazada’s platform to help you prepare the dishes? 

 Contest period: 19 May 2017 – 1 June 2017 
 Title of the article: Recipe's name 

2. Week Two Contest: 

Theme: My Ramadhan Home 
 a. How are you decorating your house to be Raya ready? 
 b. Share your house decorating tips for this Raya 
 c. What kind of products (e.g., furniture) can you get on Lazada’s platform to help you decorate your house for this Raya? 

 Contest period: 2 June 2017 – 8 June 2017 
 Title of the article: Any title related to the Article 

3. Week Three Contest: 

Theme: Looking Good & Beautiful 
 a. What's your color theme for this Raya? 
 b. Share your outfit details for this Raya 
 c. What outfit/clothes would you like to buy on Lazada’s platform for this Raya? 

 Contest period: 9 June 2017 – 15 June 2017 
 Title of the article: Any title related to the Article 

4. Week Four Contest: 

Theme: Travelling Back Home 
 a. Where do you celebrate Raya this year? 
 b. List down your "balik kampung" essentials. 
 c. What would you like to buy on Lazada’s platform to bring along for "balik kampung"? 

 Contest period: 16 June 2017 - 25 June 2017 
 Title of the article: Any title related to the Article 

3. The Article must contain screenshots of the products mentioned in point 1.c, 2.c, 3.c and 4.c 

4. Contestants need to mention Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale that will take place from May 19 to 30 June (where you can find special discounts up to 90%!). 

5. Contestants are required to submit the link to their Article via e-mail to contest@lazada.com.my with the subject titled: Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest 

6. Contestants are welcomed to post the article in any language. 

7. Winners will be selected at random. 


Prizes – More Participants More Winners

Depending on the overall number of participants there will be either 15, 20, 50 or 80 winners: 

1. Less than 100 Participants (15 winners)
 15 x RM100

2. More than 100 Participants (20 winners)
 1st Prize: 1 x RM400
 2nd Prize: 8 x RM150
 3rd Prize: 11 x RM100 

3. More than 200 Participants (50 winners) 
 1st Prize: 1 x RM500 
 2nd Prize: 16 x RM150 
 3rd Prize: 33 x RM100 

3. More than 300 Participants (80 winners) 
 1st Prize: 1 x RM600 
 2nd Prize: 35 x RM150 
 3rd Prize: 44 x RM100 


Good news! Every week, we will select 3 lucky bloggers to win RM100 shopping voucher each at Lazada. 

Invite your blogger friends to join this contest, so you will increase your chance of winning! The more the merrier! 


7 DAYS CROISSANT BY MUNCHY'S

11:04 7 Comments

Assalamualaikum.



hari tu masa sha keluar pergi kedai, sha ternampak satu roti ni. nampak macam menarik hahaha! so sha pun ambiklah ketiga tiga perisa yang ada ; coklat, vanila dan karamel. sha makan yang coklat, adik makan yang karamel dan cousin sha makan yang vanilla. pastu bila tanya dorang sedap tak, masing masing cakap tak. sha cakaplah eh yang kaklong sedap ja pastu masing masing "eloklah yang kaklong perisa coklat" hahahahahahahahahaha walaupun mulut cakap taksedap tapi habis jugak -_____- but for me okaylah, sedap je, roti pun lembut je dan harga dia RM 1.30!


tapi krim dia memang sikit :( takpuas tau. hahaha kalau letak lebih coklat dan tambah  20sen, sha ok je :p hahahahahaha sha bagi 8.9/10 bintang!

Wednesday, 17 May 2017

HADIAH DARIPADA SURIAAMANDA.COM

15:36 16 Comments

Assalamualaikum.

hari isnin haritu, pakcik poslaju ada datang tempat kerja sha, katanya ada baranglah kan, tapi sha rasa takde pulak beli apa apa hahaha lepas tu tengok nama oh rupanya dari  SA. sha dapat hadiah untuk pemenang top komentators April 2017 di blog http://www.suriaamanda.com/. bukak je parcel terus happy sebab dapat barang yang sha suka hehe iaitu face mask


actually sha baru bercadang nak borong mask kat watson, hari selasa (semalam) tapi alhamdulillah dah dapat mask ni, boleh lah beli benda lain kan? sha dah try satu mask daripada tiga mask yang sha dapat, hahaha excited kan, lepas pakai tu muka rasa segar lain macam. sha pakai yang refening herb mask ;)


JOM SERBU BLOG SA DAN KOMEN BANYAK BANYAK HEHE 

Tuesday, 16 May 2017

SELAMAT HARI GURU! - GURU PEMBINA BANGSA NEGARA

08:30 10 Comments

Assalamualaikum


so this year adalah tahun kedua lepas sha habis sekolah. ah i miss my school so much. tempat paling rindu kat sekolah adalah kantin Pak Cha sebab ada karipap pusing yang sedap :( kat luar susah nak cari, selalu ada yang biasa ja T.T

2002 ; so sha mula bersekolah time umur 6 tahun di Taska Matang Paku or Tadika Matang Paku *sorry tak ingat*. ikr sekarang 4 tahun 5 tahun dah dihantar ke sekolah kan? sha pun ada jugak tanya my parents why tak hantar sha sekolah since 4/5 tahun. dorang cakap nanti kalau hantar awal sangat takut bosan je, tapi pada pandangan sha kalau umur 5 tahun tu okay kot sebab nak bagi dia selesa dengan persekitaran di sekolah kan? tapi masing masing ada pendapat sendiri. sha ingat lagi dulu dulu masa hari ahad mesti mak yang hantar pergi sekolah :') bila balik makcik yang datang ambik, mak sha dah balik penang sebab kerja sana. sha selalu nangis kat toilet dulu sebab semua orang mak ayah datang ambik, while me kenapa makcik sha yang ambik T.T selalu cakap kat cikgu yang sha nak pergi toilet, lama pulak tu hahahaa pi nangis pastu nanti mesti cikgu tu datang pujuk :') cikgu sha tu adik beradik sha jugak, so dia tau lah semua pasal family sha, dia selalu cakap mak kerja, cari duit nak sekolahkan sha :') time sekolah situ, makanan disediakan, tau tak tiap hari makan nasi lemak daun pisang? bila dapat makan je sha behenti nangis terus hehehehe dan sha hanya nangis hari ahad je sebab mak balik sabtu pagi macam tu pastu balik sana pagi ahad. kiranya taksempatlah nak ambik sha sekolah huhu so cikgu pertama sha adalah cikgu Azizah! haritu sha ada jumpa result exam last sha kat taska/tadika tu, semua 100% kecuali bahasa arab 98%. ya Allah pandainya sha time tu :'))))

2003 - 2008 ; ni sekolah kedua sha Sekolah Kebangsaan Matang Paku. kat sekolah ni sha ada banyak jugaklah bagi sumbangan hahaha sumbanganlah sangat. masa first day masuk darjah 1 tu, cikgu first yang sha kenal adalah cikgu Zainurin, dia nampak mcm kelakar dan suka senyum, mungkin sebab dia jadi guru kelas budak darjah 1 so dia mmg kena sentiasa senyum kalau tak nanti budak budak takut pulak kan? sini sha senaraikan nama guru kelas sha dulu ;

darjah 1 ; cikgu zainurin
darjah 2 ; cikgu megat *one of my fav math teacher*
darjah 3 ; cikgu siti hajar *kot*
darjah 4 ; ustazah salwa *cikgu paling garang dan suka cubit cubit ><*
darjah 5 ; cikgu zuzanariah
darjah 6 ; cikgu zuzanariah

tapi tak sure betul ke tak hahaha nanti sha balik cari balik buku masa sekolah rendah kalau ada ;p dulu kan sha memang tak minat english erti kata lain belajar sebab nak exam je, tapi ada satu hari tu kan, masa darjah 6 taksilap, ada sorang teacher ni dia suka bercerita pasal anak dia, kisah hidup dia dulu dulu , sha mcm boringnya diani masuk je cerita pasal anak dia, kisah hidup dia *im so sorry teacher* but one day, dia mcm perasan sha taksuka dia dan dia tegur sha hahaha malu gila weh time tu, she said "teacher tau shafyqah bukan suka dengar teacher membebel, dia cakap orang tua ni merepek apalah takhabis habis"  apa teacher ni ckap sama mcm apa sha rasa hahaha hebatkan dia? :( lepas tu dia cakap lagi, "teacher cerita semua ni sebab nak korang tau mcm mana hidup teacher, teacher bukan hidup hidup je terus pandai, berjaya apa semua" pastu ayat yang paling sha ingat sampai skrg dia cakap "shafyqah nanti bila dah berjaya naik kereta besar suami dia bawak lalu depan rumah teacher hon je pastu cakap kat anak dia, teacher ni lah duk bebel kat mama dulu" hahaha >< tapi sekarang teacher ni dah tak mengajar kat sekolah tu, idk dia pindah mana huhu i wish i could meet you, teacher zalilah. sebab lepas je dari dia cakap semua tu, dia masuk kelas je mesti mengajar haha!cerita pun mcm sikit sikit je, dari situ sha tanam impian nak jadi seorang teacher jugak ;') malangnya tak kesampaian hahaha.

my fav subject masa sekolah rendah adalah math. alhamdulillah sebab dapat cikgu cikgu yang handsome handsome semua yang ajar math haha! cikgu zainurin, cikgu megat dan cikgu kamal! rasanya cikgu zainurin ajar darjah 1 je kot, lepas tu cikgu megat yang ajar darjah 2 dan 3, cikgu megat lah seorang cikgu yang berjaya buat sha minat kat math. hello gais math kot? hahaha sha suka buat homework dia sebab dia punya tandatangan cantik hehe. next, cikgu kamal. cikgu ni pun fav sha. fav sangat sangat haha! ingat lagi dulu dulu, kalau lupa bawak kertas yang di bagi kan kena bayar 20sen hahaha. cikgu ni adalah bawak satu pencil box yang tin tu untuk letak duit syiling yang dia berjaya kumpul >< lepas tu kalau exam, taklepas target yang dia nak mesti kena pukul pakai rotan kat tapak tangan. nampak macam biasa biasa tapi sakit oh. tapi sha pernah kena sekali je hehehehehehe sha punya minat math time tu taip kali test or exam, kertas 1 paling paling sikit pun 32/40 hahahaha dan kertas 2 selalu 40/40 tapi pernah jugak dapat 38/40 hahaha pandaikan time tu :') sebab takde phone, takde semua benda lagha ni haha

sha tamatkan persekolahannya dengan keputusan UPSR 5A, time tu sha sorang je dapat 5A hahaa tapi muka mcm apani apani haha sebab cikgu tak target sha pun, banyak target anak cikgu yang lain je hehehehe tapi alhamdulillah i did it!

2009 - 2015 ; Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam. time form 1 form 2 stay hostel. sha ni mcm sedikit nakal. no bukan sedikit tapi banyak sampailah takboleh dah stay hostel masa form3 but siapa kisah hahaha stay luar best lagi kot :p masa form1, makcik sha ada datang bagitau sha dapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, tapi sha tolak :') cikgu datang pujuk pun sha tolak :') sebab paling takboleh pakai sha tolak tawaran tu sebab dah 3 bulan sekolah sini dan dah ada kawan apa semua kan huhuhu sha pernah menyesal buat keputusan ni, tapi benda dah jadi kan? yang bestnya kan, sha sekolah sini dari form 1 sampai form 5 kelas sama iaitu kelas Amanah hahahaha dan ada classmate yang sama dari form1 sampai form 5 :p pastu bila naik tingkatan 6, sha rasa satu tahun setengah yang paling best dalam hidup sha. tingkatan 6 ni memang orang cakap susah lah itulah inilah, tapi dari sinilah dapat belajar benda best. kena handle semua bila ada event, kena handle junior hahahaha kat situ belajar erti kerjasama. awal tahun 2015, kitaorang kena paksa bercamping sebab sambut jubli emas. mula mula tu memang rasa bencilah semualah tapi apa yang berlaku ada hikmah dia kan? cikgu cikgu kat form6 semua best best, boleh tukar tukar cerita, ada masalah pun cerita je. kenangan kenangan time form6 memang sha simpan ketad ketad dalam hati cia cia cia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sha tak sangka nak menaip sepanjang ni. kalau yang sekolah menengah tu nak describe satu satu memang esok pun takhabis hehe. rugilah serious rugi sapa cakap zaman sekolah takbest, ke dia yang tak menyeronokkan zaman sekolah dia heheh sebab pada sha time sekolah zaman paling best walaupun zaman tu zaman takde duit, takboleh enjoy sana sini kan? but i will always missing my school day

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU GURU DI MALAYSIA

kepada cikgu cikgu yang pernah mengajar saya, Shafyqah Azry. terima kasih yang tak terhingga sebab sabar ajar saya yang agak nakal ni hahaha sampai berjaya ke harini. semua jasa cikgu - cikgu saya takpernah lupa dan takkan saya lupakan ❤