Sunday, 16 April 2017

# feautured

Traveloka: APP DOWNLOAD


Assalamualaikum . hari ni sha nak share pasal Traveloka. 

Apa itu Traveloka ?

Traveloka ialah sebuah agensi/laman web yang menyediakan kemudahan untuk menempah tiket penerbangan dan sekaligus boleh menempah hotel secara online. wahh ni kiranya 2 in 1 lah kan? sekarang ni traveloka dah ada app. dengan adanya app tersebut dapat memudahkan lagi untuk traveller dan semua pengguna traveloka untuk menggunakan perkhidmatan darripada traveloka. kenapa sha cakap macam tu? sebab bila download je app tu, semua yang anda mahukan dan perlukan ada dalam satu app. disini sha sertakan screenshot app traveloka (sha dah download, anda bila lagi? hehe)

      

Traveloka bukan sahaja menyediakan perkhidmatan untuk dalam negara tapi international pun ada, semua ni dapat dilihat di home app traveloka. hanya dengan satu klik anda dapat membuat penempahan tiket penerbangan dan juga hotel secara online. dengan adanya traveloka ni dapat menjimatkan masa dan tenaga kan? hanya perlu duduk dan pilih flight & hotel. mudah bukan?  terdapat lebih 100 000++ hotel yang ditawarkan seluruh negara. wow banyak tu! anda boleh memilih hotel mengikut bajet anda.

Bagaimana ingin membuat tempahan tiket penerbangan menggunakan Traveloka ?

Anda hanya perlu memasukkan destinasi asal anda, destinasi yang anda mahu kan, tarikh berlepas, bilangan penumpang dan seat class apa dan traveloka akan mencari harga yang paling bersesuaian dengan apa yang anda mahu kan. anda hanya perlu meng-klik harga yang anda mahupun. mudah bukan?


  

Bagaimana ingin membuat tempahan hotel menggunakan Traveloka?

Begitu juga jika ingin menempah hotel, anda hanya perlu masukkan destinasi yang anda inginkan, tarikh check in, tempoh penginapan, berapa orang yang ingin menginap dan berapa bilik yang anda inginkan dan klik search. Traveloka akan memberikan hotel yang paling terbaik untuk anda. anda juga boleh memilih samada ingin menginap di hotel mewah mahupun hotel budget. kalau sha nak pilih hotel benda wajib yang kena ada adalah WIFI hahahaah!


begitu juga jika anda ingin menempah penerbangan antarabangsa dan hotel diluar negara. wah wah bestnya, semua dalam satu app anda boleh melancong ke satu dunia hehehe.

Apa yang best kat APP TRAVELOKA?

sha taktahulah pasal app lain tapi app traveloka ini menyediakan satu keistimewaan iaitu Price Alerts. mesti tertanya tanya bukan apa itu price alerts yang sha maksudkan. price alerts ini akan memberitahu anda apabila terdapat tawaran yang terbaik mengikut flight dan bajet yang sesuai dengan destinasi/ tarikh yang anda pilih.jadi anda tidak perlu untuk membuang masa untuk mengemaskini harga penerbangan setiap masa. dan ini dapat memudahkan kerja anda!


Kenapa anda perlu meng-download APP Traveloka?

App ini amat memudahkan anda yang selalu travel, melancong dan taklupa juga kepada yang selalu outstaion. semua maklum yang smartphone takpernah lekang dari tangan masing masing, jadi jika ada kelapangan bolehlah anda mencuci mata dan menempah tiket penerbangan dan juga hotel di app traveloka. app ini dapat mencari, membezakan harga sama ada garga tiket penerbangan mahupun harga hotel. selain itu dapat mengurus segala penempahan yang telah dibuat didalam satu app sahaja. di app traveloka juga terdapat promo promo yang best best tau! 

Bagaimana pula dengan harga yang ditawarkan?

harga yang ditawarkan oleh pihak Traveloka adalah harga yang sebenar dan tiada caj tersembunyi. jadi anda tidak perlu khuatir dengan caj tambahan ataupun penambahan bajet.

Macam mana nak download APP Traveloka?

anda hanya perlu klik ➡ APP TRAVELOKA . link tersebut akan terus bawak (hahaha) anda ke google play untuk mendownload app tersebut. selesai!



2 comments:

  1. Siqah dah download cuma masih tak bekesempatan nak pergi mana-mana :D

    ReplyDelete
  2. hehe samalah. tapi mcm cadang nakpi langkawi :D

    ReplyDelete