shfyqhazhr

Thursday, 18 January 2018

AZAM 2018

12:44 4
AZAM 2018

Assalamualaikum

AZAM 2018 | Hi, perasan tak? harini tarikh cantik? haha 180118, sebaik bukan hari cuti kalau tak mesti banyak kenduri. so pagi tadi abang TM dah mai tengok apa masalah wifi kat tempat kerja sha ni. alhamdulillah dah laju semula, yeah boleh start blogwalking! sebab dan punca dia takmau bagitau hahaha. dah 18 hari dalam 2018 baru nak update azam 2018 ke? well hihihi kita perlukan perancangan. so lets start!


1. NAK BELI LAPTOP

nampak macam berat je benda ni hahaha since sha jenis geram tengok kalau ada duit sikit mesti nak berbelanja, tapi i need a laptop! sebab sebab nak ada laptop sendiri sebab rasa macam mudah ja, kat rumah pun boleh update entry sebab sha suka guna smartphone, kalau blogwalking pakai phone oklah. kalau update entry nak kena pakai pc huhu. harap harap dimurahkan rezeki!

2. NAK MENABUNG

menabung dan beli laptop. okay tak? sha dulu memang takreti nak menabung, maksud sha kalau menabung ja mesti akan ambik semula duit tu, lepas tu try lah menabungkan, menabung duit syiling ja, semua duit syiling sha dapat masuk tabung, sekali pecahkan dapat RM 70++ oklah kan dari takdak? terus rasa menabung ni best!

3. NAK KURANGKAN BERAT BADAN

rasanya ni bukan azam sha sorang je kan? haha takmau azam nak kurus, dapat turunkan berat pun dah cukup.target 20kg ke :p taksalah kan pasang impian haha manatau jadi betul betul. masalah paling utama sekarang, makanan kat kedah ni murah murah dah tu sedap pulak, tell me how to ignore all the food????!

4. NAK JADI RAJIN

ok kejap, sha ni bukan pemalas gila tapi semua orang ada malas dia kan? sha nak jadi rajin untuk tahun ni, takmau dah malas malas. rajin kemas katil, kemas bilik! ok sapikah u can!

5. BELAJAR MASAK

ok umur dah 22 tahun kan, tapi masak pun kena tengok google hahaha. bukan semua masakan lah sha tengok google, macam contoh dari dulu kini dan takselamanya adalah gulai ikan.. benda favorite tapi bila nak masak tengok google *tepuk dahi*.  sha selalu konfius nak masukkan mana dulu hahaha, harap harap tahun ni sha rajin nak belajar masak :p

6. PERUBAH KE ARAH KEBAIKAN

setiap tahun mesti kita berazam nak baiki diri kita kan? takpa pelan - pelan. insyaAllah Allah permudahkan.

7. NAK RAJIN MEMBACA

nak cari hobi baru dan sha rasa membaca lah kot yang kena dengan sha hihi. lepas ni harap harap rajinlah membaca, jeles tengok kaksha (http://kasihkuamani.blogspot.my/) dapat baca banyak buku!

8. RAJIN UPDATE BLOG

awal tahun haritu rajinlah, tiap hari ada ja benda nak update, alhamdulillah PV naik. pastu disebabkan internet yang buat sha stress ni, terus hilang mood dibawa angin rindu (eh) hahaha sekarang internet dah laju boleh dah kot update macam haritu hihi


banyak sangat tak azam sha?takpa, list banyak banyak kalau dapat settle setengah pun dah ok kan? tapi kalau dapat settle semua alhamdulillah lah. semoga sha terus beristiqomah dan dapat capai azam azam sha ni hihi. korang dah senaraikan ka azam 2018 korang?

ok bai!

Wednesday, 17 January 2018

LIRIK KATA AKHIRMU | ARIFF BAHRAN (OST CINTA HATI BATU)

20:00 3
LIRIK KATA AKHIRMU | ARIFF BAHRAN (OST CINTA HATI BATU)


Composer : Rudy Kasmaran & Jimmy Asmara, Sang Hitam
Lyricist : Rudy Kasmaran & Sang Hitam
Producer : Bratt Bob


LIRIK LAGU KATA AKHIRMU

harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku membuktikan
harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku persembahkan

cinta yang kau pinta
menurut telahan mu

tak mungkin ku
coba untuk mengsiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku meruntuhkan
egomu yang sering menggunung
dan menolakku jauh darimu

di mana kah ia
tempat ku di hati mu

tak mungkin ku
coba untuk mengsiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

tak mungkin ku
sekali pun akan mengalah demi cintaku
ku coba tuk menjadi yang terbaik
hanya untuk dirimu

sayang......
takkan pernah ku mengalah
untuk menjadi yang terbaik

tak mungkin ku
coba untuk mengsiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

tak mungkin ku
sekali pun akan mengalah demi cintaku
ku coba tuk menjadi yang terbaik
hanya untuk dirimu

andai kau menyedari
besarnya cinta ini
kan ku terus menanti
kata akhir darimu



CINTA HATI BATU (2017)

18:00 1
CINTA HATI BATU (2017)

Assalamualaikum

Cinta Hati Batu (2017) | Cinta Hati Batu merupakan sebuah drama sebanyak 13 episod terbitan Primeworks Studios yang diadaptasikan daripada novel One Day You'll Be Mine. Pelakon utama ialah Ashraf Muslim, Aishah Azman dan Fadlan Hazim. Ditayangkan di TV3 bermula 28 Disember 2017, setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam di slot Lestary TV3.

Cinta Hati Batu

CINTA HATI BATU

PENGARAH : AMOR RIZAN
PENULIS NOVEL : INAWZA YUSOF 

BARISAN PELAKON :-
Aishah Azman,Ashraf Muslim,Fadlan Hazim,Indah Emeerlda,Farisha Irwayu,Fazren Rafi,Ardell Aryana,Sasqia Dahuri,Nadzmi Adhwa,Shahriza Mahmud


SINOPSIS CINTA HATI BATU

Mengisahkan Anith Fitriah (Aishah Azman) yang berkahwin dengan Dzul Ehsan (Ashraf Muslim)  atas aturan keluarga. Namun perkahwinan mereka langsung tidak mewujudkan perasaan kasih sayang. Anith Fitri masih tidak dapat melupakan kisah cinta silamnya dan terus menyalahkan diri sendiri bila dia menyebabkan kematian tunangnya Nik Afezal (Fadlan Hazim) dalam satu kemalangan kereta. Ehsan pula tidak mempedulikan orang di sekelilingnya termasuk anaknya Aya.  Tanpa keserasian, mereka membuat keputusan untuk bercerai. Malah hubungan mereka bertambah baik. Fitri juga masih mengambil berat tentang Aya.  Tiba-tiba, Fitri dikejutkan dengan kemunculan Nik Afezal yang disangkanya telahpun meninggal dunia. Rupanya semuanya telah dirancang oleh keluarga mereka.